BAB 7

Action Completed 3075

“Tak nak! Lepaskan aku! Lepaskanlah!” Jeritan Tyra membingitkan telinga Zamir. Lantas Zamir terus menyeluk poket seluarnya mengambil sapu tangan yang dicalitkan sedikit ubat memengsankan Qalisa tadi dan ditekup ke wajah Tyra. Tyra meronta-ronta. Tak lama kemudian Tyra kaku tidak sedarkan diri. Dia tiada pilihan selain memengsankan Tyra.

Zamir mempercepatkan langkah ke arah Qalisa yang sudah terbaring di lantai. Dia membuka ikatan kaki dan tangan Qalisa.

“Ya Allah, Alhamdulillah. Terima kasih awak sebab selamatkan saya. Moga Allah membalas atas kebaikan awak ini. InsyaAllah,” ucap Qalisa. Qalisa cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya malah dia hampir terjatuh tetapi sempat di sambut oleh Zamir.

“Saya minta maaf.Ini semua salah saya. Kalau saya tak bantu Tyra perangkap awak ini semua tidak berlaku,” Zamir memohon maaf. Dia kesal. Dia tidak sepatutnya terjerat dengan ugutan Tyra. Tapi apakan daya. Ini semua melibatkan maruah dirinya. Dia tidak boleh mengelak. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.

“Tak apa. Semua ini dugaan,” Qalisa menarik tangannya. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Tyra yang tidak sedarkan diri dan duduk berhati-hati di lantai. Dahinya berkerut-kerut menahan kesakitan. Sungguh dia tidak memahami apa yang berlaku. Izzat? Nama yang disebut-sebut oleh Tyra. Tapi siapakah gerangan yang bernama Izzat? Dia benar-benar tidak mengenali Izzat.

Zamir terus sahaja mengambil telefon bimbitnya di kocek seluarnya dan terus menghubungi ketua kampung.

“Iya Tok, rumah kosong hujung kampung tu Tok.” Panggilan putus.

Orang-orang kampung berkumpul di kawasan rumah usang itu. Tyra yang diiringi oleh dua orang lelaki dari hospital yang berdekatan masuk ke dalam ambulans. Sesekali Tyra ketawa dan menangis.

“Lepaskan aku!”

“Izzat... Kenapa kau buat aku macam ini.” Kedengaran sedih sahaja suara Tyra. Tidak lama kemudian Tyra ketawa. Qalisa hanya memerhati. Begitu juga dengan Zamir. Dalam pemerhatian Qalisa, Tyra kelihatan sedang mengalami tekanan perasaan. Hatinya sedih. Walaupun dia sudah lama tidak berhubung dengan Tyra, Tyra tetap sahabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience