BAB 5

Action Completed 3075

Segera Tyra mencapai sebatang kayu yang berhampiran dan memukul kuat di belakang tubuh Zamir sehingga Zamir jatuh dan tidak sedarkan diri. Pembelot!

“Tyra! Lepaskan aku lah!” Qalisa menjerit. Dihatinya geram melihat keadaan yang berlaku. Kawasan yang sunyi sepi menyukarkannya meminta tolong.

“Kau ingat aku senang-senang je nak lepaskan kau! Please lah. Dengan apa yang kau dah buat kat aku, kau ingat aku apa? Tunggul?” ungkap Tyra. Matanya yang menunjukkan kebencian memandang Qalisa.

“Apa yang aku dah buat sampai kau perangkap aku macam ini sekali?”

“Kau boleh tanya apa yang kau buat?” Tyra mencangkung memegang kayu. Air matanya mengalir.

“ Kau buat Izzat tinggalkan aku. Disebabkan kau juga aku merana. Lepas Izzat meniduri aku, dia langsung tidak menghubungi aku! Dia tinggalkan aku lepas apa yang terjadi. Ini semua salah kau! Salah kau tahu tak!” Tyra memukul-mukul kaki Qalisa membuatkan Qalisa berteriak kesakitan. Jeritan Qalisa membuatkan Tyra ketawa. Dia seronok. Tak lama kemudian dia menangis kembali.

“Kesiannya kau Qalisa. Siapa buat kau macam ni... ”Tyra mengelus lembut wajah Qalisa yang sedang menahan sakit. Berair mata Qalisa. Perit dirasakan di kakinya itu.

“Aku tak kenal Izzat. Lepaskan aku! Lepaskan aku!” Qalisa bingung. Izzat?Siapa Izzat?Dia betul-betul tidak mengenali Izzat. Ya Allah, apa yang sebenarnya terjadi. Kenapa Tyra jadi sampai macam ini...

Matanya merenung tubuh lelaki yang dikenali sebagai Zamir itu. Jari jemari Zamir kelihatan bergerak-gerak sedikit. Harap Zamir tersedar.

“Eh, kau kenal Izzat kan? Kau yang rampas Izzat dari aku kan? ” Tyra tersenyum.

Selepas malam indah bersama Izzat, Izzat terus menghilangkan diri. Langsung tidak berhubung dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience