Zamir perlahan-lahan memimpin Qalisa masuk ke dalam kereta. Ayah Qalisa, Pak Deraman kelihatan sedang berbual dengan beberapa anggota Polis. Tidak lama kemudian, anggota Polis itu menerpa ke arah Qalisa dan Zamir.
“ Minta maaf Encik, kami terpaksa menahan Encik. Sila ikut kami ke balai.” Qalisa terkejut. Dia tidak sanggup membiarkan Zamir ditahan. Tidak boleh!, lelaki itu sudah menolongnya.
“ Encik, Zamir tidak bersalah. Dia hanya menolong saya. Dari awal lagi dia mempertahankan saya. Dia penyelamat, Encik.” Terang Qalisa mengejutkan Zamir. Zamir hanya diam tidak berkutik.
“Cik, kami hanya mengikut prosedur. Kami hanya nak penerangan dari Encik Zamir sahaja. Harap bagi kerjasama. Selepas penerangan dari Encik Zamir selesai, Cik Qalisa pula akan diminta penerangan.”
“Tapi...”
“Tak apa Qalisa. Awak patut bimbangkan kaki awak. Saya harap awak tidak apa-apa. Mereka cuma nak penerangan sahaja.” Zamir senyum cuba menenangkan Qalisa.
“Qalisa, mari kita ke klinik. Zamir, pakcik minta diri dulu. Terima kasih Zamir kerana telah selamatkan anak pakcik. Kalau Zamir tak ada tadi, tak tahulah apa yang jadi dekat anak pakcik ni. Assalammualaikum.” Ucap Pak Deraman seraya menutup pintu kereta di bahagian belakang.
Zamir hanya tersenyum. Pelik. Sepatutnya dia dipersalahkan atas apa yang berlaku. Tapi lain pula yang jadinya. Qalisa benar-benar baik hati menolongnya. Kebaikannya secantik wajahnya. Dia benar-benar bersyukur. Ingatkan masa depannya akan jadi gelap selepas apa yang dibuat tapi sebaliknya. Dia memanjatkan kesyukuran. Diraupkan kedua telapak tangannya ke wajah lalu kembali di sisi semula.
Pandangan matanya sedari tadi tertancap pada seraut wajah nan ayu dan manis milik Qalisa. Qalisa tertunduk malu, hatinya penuh dengan bunga debar begitu juga Zamir. Kereta milik Pakcik Deraman keluar dari kawasan itu. Dia tersenyum sebelum mengikuti salah seorang anggota polis masuk ke dalam perut kereta.
Share this novel