Beberapa hari kemudian, polis menghubunginya mengatakan Izzat terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal di tempat kejadian. Disebabkan kejadian itu, dia stress sehinggalah hidupnya tidak tentu arah.
Sehinggalah dia pilih untuk pulang ke kampung dan memantau pergerakkan kawannya iaitu Qalisa yang sering disebut-sebut oleh orang kampung yang mengatakan Qalisa semakin cantik.
Dia iri hati dan hatinya mengatakan Qalisa lah yang merampas Izzat dari hidupnya. Dia tidak tahu bagaimana Qalisa merampasnya tapi yang dia tahu Qalisa yang merampas Izzat. Di fikirannya hanyalah Qalisa yang menjadi punca semua ini berlaku. Salah Qalisa!
“Tyra, aku tak kenal Izzat. Betul. Percayalah cakap aku ni.”
“Kau kenallah. Ala... Izzat yang tinggi lampai tu. Kau kenal kan? Jangan tipu, tipu dosa tau. Nanti mati terseksa.” Tyra mencangkung sambil jari telunjukkan ditujukan ke wajah Qalisa.
Seperti seorang guru memberi amaran kepada anak muridnya. Qalisa bingung dengan keadaan Tyra. Sekejap ketawa, sekejap menangis. Sekejap serius, sekejap bergurau.
Tanpa Tyra sedar, Zamir sudah bangkit dan perlahan-lahan menerpa ke arah Tyra.
“Tyra! Stop it! Kau gila!” Jerkah Zamir. Dia mencengkam kedua belah tangan Tyra.
“Aku tak gila!” Ronta Tyra. Air mata mengalir dari tubir matanya. Zamir terus membawa Tyra duduk di sudut ruangan itu. Dia mencapai tali lantas mengikat tangan Tyra. Tyra meronta-ronta minta dilepaskan.
“Lepaskan aku la mangkuk! Kau mangkuk! Mangkuk!” Tyra ketawa. Tangannya digoyang-goyangkan meminta dilepaskan.
“Kau duduk sini diam-diam!”Jerit Zamir. Pukulan dibelakang badannya masih terasa bisa.
Share this novel