BAB 2

Action Completed 3075

“Tolong... tolong.. a.... ” Tidak sempat Tyra mengucapkan ayatnya terus sahaja pemanggilnya bertukar tangan.

“Kalau kau mahu dia hidup, baik kau datang ke rumah kosong kat hujung kampung. Ingat! Datang sorang!” Seseorang memberi amaran. Di sebalik amaran itu, Qalisa terdengar esak tangisan Tyra. Ya Allah, Engkau selamatkanlah kawanku. Doa hatinya.

“Baik-baik. Awak jangan cuba cederakan dia. ” Qalisa segera berlari anak ke dalam bilik mencapai tudung dan segera disarungkan di kepalanya.

“Ayah, Qalisa nak keluar sekejap.” Terkocoh-kocoh Qalisa memakai stoking dan menyarungkan sandal di kakinya. Dalam hatinya tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah. Hanya Dia yang dapat membantu Qalisa sekarang ini.

Pak Deraman yang sedang mengait buah rambutan hanya menggangguk. Sesekali matanya melihat kelakuan anaknya dan lantas menyambung pekerjaannya kembali.

*Qalisa * perlahan-lahan berjalan ke arah rumah usang itu. Semakin dekat langkahnya, semakin berdebar hatinya. Sebenarnya apa yang telah terjadi? Soalnya sendirian. Tanpa sedari ada seseorang memerhatikan Qalisa.

“Kau ingat, kurung dia tu dalam bilik. Aku tak nak dia terlepas! Faham!” Arah perempuan itu. Dia tersenyum puas.

Akhirnya perangkapnya mengena. Lelaki disebelahnya hanya mengangguk menuruti arahan.

Di saat ini lelaki itu kusut dengan masalah yang timbul membuatkan dia terjebak ke arah ini. Kepalanya runsing memikirkan hal ini dan ugutan dari perempuan di hadapannya. Ugutan yang boleh menjatuhkan maruahnya walaupun bukan salahnya.

Segera sahaja lelaki itu mengeluarkan sehelai sapu tangan serta sebotol ubat. Lantas lelaki itu menuangkan sedikit cecair kloroform ke atas sapu tangan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience