“Tyra? Kau okay ke?” Qalisa mengesot sedikit ke arah Tyra. Situasi sekarang ini membuatkan Qalisa benar-benar dalam kebingungan. Tyra menangis? Tapi kenapa aku diperlakukan seperti ini? Soal Qalisa sendirian.
“Ini semua salah kau! Salah kau!” Lantas sahaja Tyra menolak kasar Qalisa. Dia menempeleng pipi Qalisa berkali-kali sehingga memerah.
Qalisa lemah. Lemah dalam keadaannya seperti ini. Hari ini dia puasa sunat dan langsung tiada tenaga untuk melawan. Ya Allah, kuatkanlah tubuhku untuk mengharungi dugaan ini. Pohon Qalisa dalam hati.
“Tyra! Kau gila ke hah! Kau nak bunuh dia ke?” Jerkah seorang lelaki di belakang Tyra. Segera tangan Tyra dipaut oleh lelaki itu.
Bunuh?. Qalisa terdiam.
“Aku memang gila! Aku nak bunuh dia! Baru aku puas!” Tyra ketawa.
Sekali lagi Tyra menerkam Qalisa yang sudah terbaring dilantai. Ditarik-tarik tudung Qalisa sehingga tercabut. Qalisa yang lemah itu hanya melihat anak mata lelaki itu memohon simpati.
“Cukup Tyra! Cukup!” Lantas lelaki itu terus menolak Tyra hingga terdorong ke tepi.
Segera lelaki itu memangku kepala Qalisa dan menyarungkan kembali tudung di kepala gadis itu. Qalisa mengukirkan senyuman kerana lelaki itu memahami dirinya. Lelaki itu hanya diam. Di fikirannya pelik memandang gadis dihapannya.
Walaupun Qalisa teruk diperlakukan, gadis itu masih tersenyum kepadanya. Walaupun dirinya membuatkan gadis ini menjadi seperti ini. Ya Allah, apa yang aku telah buat.
“Zamir! Kau dah lupa ke apa yang aku akan buat jikalau kau ingkar dengan arahan aku?” Tyra menyoal Zamir dengan nada yang keras. Dia memeluk tubuh.
“Aku tak nak terlibat dalam semua ini! Lantak kaulah!” Jawapan yang diberikan oleh Zamir benar-benar membuatkan Tyra naik angin.
Share this novel