Series
11143
WAJAH PUCAT LILY YANG TERBARING DI ATAS KATIL di tatap dengan penuh lembut. Rambut ikal wanita itu di usap dengan penuh rasa kasih. Bebola matanya kemudian turun ke perut Lily yang sudah kelihatan bentuk nya. Perut yang mula menonjol menandakan ada nyawa yang sedang berjuang di dalam di usap perlahan.
Kemudian, wajah nya mula di bawa ke arah perut Lily itu sebelum di kucup dengan penuh rasa sayang. Agak lama dia mengucup perut Lily sebelum muka nya mula di bawa sedikit menjauh sebelum kembali menatap perut Lily yang menonjol itu.
"Terima kasih baby... Terima kasih sekali lagi sebab kuat dengan mummy... Maafkan daddy sayang... Maafkan daddy sebab tak jaga mummy dengan baby dengan baik... Daddy janji... Lepas ni... Daddy akan jaga mummy dan baby lebih dari nyawa daddy sendiri... Daddy janji..." Ucap Nicholas dengan penuh sayu sekali.
Sekali lagi bayi dalam kandungan Lily hampir kehilangan nyawa akibat ulahnya.
"Lily... Saya minta maaf sayang... Saya menyesal buat awak macam ni... Saya terlalu sayang kan awak... I love you so much!" Wajah Lily dah dahi Lily pula menjadi sasaran kucupannya.
Air mata yang membasahi wajahnya di kesat laju.
"Awak rehat lah dulu... Nanti saya datang balik tengok awak ya sayang..." Bisik Nicholas dengan lembut sebelum dahi Lily dicukup buat kali kedua.
Dan ternyata tingkah Nicholas itu menjadi tatapan Alex, Denny dan Ramon.
Sungguh!
Ucapan maaf lelaki itu kepada Lily itu membuatkan hati mereka menjadi sayu.
Dan mereka merasai keikhlasan Nicholas di balik ucapan maaf lelaki itu tadi!
"ADUH! PERLAHAN SIKIT BOLEH tak?" Ujar Dr. Erdy sebaik sahaja Denny menyapu ubat pada luka di wajahnya.
"Kau ni... Mencecah aje mulut tu... Aku dah tenyeh ubat dekat luka kau pun dah cukup baik tau tak?" Rengus Denny pada Dr. Erdy.
Nama saja doktor... Luka sikit pun dah menceceh serupa mak lampir sakit gigi!
Dr. Erdy hanya menjeling tajam ke arah Denny yang sedang sibuk mengubat dirinya.
Kalau tak kenangkan si mata kucing ni sedang ubatkan lukanya, dah lama kuali merah jambu dia hinggap dekat kepala mamat mulut savage ni!
Haaa! Eloklah tu! Mata dah serupa macam kucing! Sepet aje memanjang! Mulut pula takde insurans!
Ramon yang berada di antara Denny dan Dr. Erdy ini sudah menjuling bebola matanya ke atas! Riak sinis nya sudah terpapar di situ! Tak daya dia nak hadap kelakuan sahabat - sahabat nya yang serupa budak bawah umur ini! Tak kuasa dia nak hadap!
Umur dah tua pun perangai masih macam budak - budak lagi!
Malas nak melayan kerenah kedua - duanya, Ramon pantas keluar dari bilik Dr. Erdy dan terus menuju keluar. Kelibat Jai dan Nicholas di cari.
Alex dan Bernard?
Tak payah cari! Budak berdua tu tengah sibuk menolong Cik Salla dan Janny dekat dapur. Sejak bila 'si kembar beza bulan' itu pandai menolong dekat dapur pun dia tak tahu! Dia pun hairan Bernard yang pendiam, sedikit dingin dan misteri tu boleh rapat dengan Si Alex, crush si budak Janny tu!
Dia mula menapak ke arah kamar yang di huni oleh Jai.
Pintu di ketuk sebelum suara Jai menyahut dari dalam. Tombol pintu di pulas dari luar. Dia mula menjenguk wajahnya ke dalam kamar milik Jai ini. Dia mula meloloskan diri nya masuk ke dalam kamar budak berambut tempurung kelapa ini!
Kelihatan Jai sudah selesai membalut luka di lengan Nicholas akibat dari tembakan yang di buat oleh konco - konco Mafia Derry itu.
"Okay... Dah siap..." Ujar Jai sebelum dia menyusun peralatan yang di gunakan untuk membersihkan luka Nicholas tadi. Nicholas yang memerhati tingkah Jai itu terus menarik pantas tubuh sasa milik Jai ke dalam dakapan nya.
"Terima kasih Jai sebab kau masih stay dengan aku walaupun aku dah buat kau hampir hilang nyawa... Terima kasih banyak - banyak!" Ucap Nicholas dengan nada suara yang mula bergetar.
Sungguh!
Hatinya tersentuh dengan kesanggupan Jai Dalam membantu dirinya ketika dia dalam kesusahan. Terasa dirinya jijik saat ini bila mengenangkan kekejaman yang dia telah lakukan dulu! Bertapa teruknya dirinya ketika Itu!
Jai yang mendengar ucapan tulus Nicholas itu hanya menepuk Perlahan bahu lelaki itu.
Mereka mula meleraikan dakapan.
"Aku dah lama maafkan kau, Nick! Aku tahu... Kau salah faham tentang semua tu... Benda dah lepas Nick... Jangan di ungkit lagi..." Balas Jai dengan tulus.
Tiada langsung rasa dendam dia terhadap lelaki ini walaupun nyawa nya hampir melayang!
Ramon yang melihat semuanya pantas mendekati kedua - duanya dan bahu Nicholas di tepuk perlahan.
"Semua dah terungkap, Nick... Dah jangan fikirkan lagi..." Sampuk Ramon pula. Walaupun dia seorang yang ceria, tapi bila melihat wajah menyesal Nicholas ini... Air matanya tumpah juga! Ceh! Tak macho langsung! Pantas air mata nya mahu menitis di sekat laju sebelum di perasan oleh Nicholas dan Jai. Nanti tak pasal - pasal kena bahan dengan dua ekor makhluk ini pula!
"Dah jom kita keluar..." Ajak Ramon kepada Jai dan Nicholas. Kedua - dua nya mengangguk mengerti sebelum mula menapak keluar dari kamar yang di huni oleh Jai ini.
Lupa hendak bagitahu!
Sekarang mereka semua berada di vila tua milik mendiang bapa Nicholas! Vila di mana Nicholas membawa lari Lily dahulu. Tapi, tempat inilah juga satu - satu nya kawasan yang boleh di katakan aman dari serangan si benak tua itu! Hendak ke vila yang di diami oleh Dr. Erdy, rasanya bukan idea yang baik buat waktu sekarang. Menurut informan dari Jiavarry, ibu saudaranya Nicholas... Kawasan kediaman Dr. Erdy itu sudah di ketahui oleh Mafia Derry bersama - sama konco - konco nya. Jadi... Untuk selamat... Mereka harus menginap di vila tua milik bapa Nicholas ini buat sementara!
Dah! Kita skip tentang semua tu! Sekarang mari kita fokus pada keriuhan yang berlaku di dapur. Suara petir milik Dr. Erdy mula kedengaran!
Aik? Bila masa pula doktor mulut cerewet itu ada di dapur? Bukan ke tadi masih bertengkar dengan si Denny mata kucing tu? Alih - alih dah ada dekat dapur dah sekarang!
"Dah... Dah... Korang berdua boleh blah dari kawasan dapur ni sekarang... Biar aku, Cik Salla dengan Janny sahaja yang buat semua benda ni..." Halau Dr. Erdy kepada Alex dan Bernard.
"Alah... Kitorang just nak tolong aje... Bukan nya nak buat berkecah dapur ni pun!" Rungut Alex dengan wajah yang langsung tidak puas hati. Bernard juga turut sama mempamerkan riak tidak puas hati dengan usiran doktor mulut cerewet itu.
"No... Korang just letakkan pinggan, cawan dan seangkatan dengannya dekat atas meja... Okay?" Arah Dr. Erdy pada Alex dan Bernard. Dia lebih rela mengarah dua lelaki ini menyusun peralatan di meja makan dari menolong mereka di dapur!
Meletup terus dapur tu nanti jadinya!
Alex dan Bernard sudah mula menayangkan riak tidak puas hati. Tapi kedua - duanya turuti juga perintah Doktor si mulut cerewet ini! Bernard yang dulu dingin, tegas dan pendiam dah berubah karakter bila bergabung dengan si Alex yang sedikit masuk air ini. Tapi taklah seteruk Ramon! Si Ramon tu kalau gelak dah serupa mak lampir gila! Hahaha!
Dah... Dah... Jangan nak melalut!
Mari kita susun pinggan dan cawan di atas meja kalau tak nak kena bebel dengan Dr. Erdy!
Denny si mata kucing buat tak endah dengan keriuhan di dapur itu. Dia sebaliknya merebahkan tubuh sasanya di atas sofa di ruang tamu. Nicholas dan Jai juga turut mengikuti Denny ke ruang tamu. Kecuali Ramon!
Lelaki berperwatakan ceria itu sudah menempel di ruang dapur dan ruang makan sambil membantu kesemua yang berada ruang tersebut!
Wajah murung Nicholas menjadi tatapan Denny.
"Kau masih fikirkan Lily ke, Nick?" Soal Denny dengan nada mendatar kepada Nicholas. Nicholas hanya mendiamkan diri sahaja. Tetapi reaksi Nicholas itu cukup membuatkan Denny mengerti.
"Aku takut, Den... Aku takut... Aku takut yang dia akan mengamuk bila dia sedar nanti... Aku risaukan keselamatan kandungan dia..." Luah Nicholas dengan penuh kebimbangan. Rambut nya sudah sedikit panjang di raup ke belakang.
Jai yang berada di sisi nya mula menepuk bahunya Perlahan.
"Kau jangan mengalah, Nick! Kalau kau bimbang dan risaukan Lily... Kau kena jaga dia dengan sebetulnya... Jaga anak kau yang sedang dia kandungan itu... Kau kena hadap... Kena terangkan apa yang telah berlaku waktu dia sedar nanti..." Nasihat Jai.
"Apa pun yang bakal kau hadapi nanti... Jangan mudah mengalah... Biarlah apa dia hendak katakan nanti... Kau tetap dengan pendirian kau! Hadap dia dengan rasa tenang dan jangan mudah berputus asa.. Okay?" Giliran Denny pula memujuk Nicholas.
Ya... Dia dan Jai tahu apa yang bakal di hadapi oleh Nicholas nanti!
Tapi dengan keadaan sekarang serta keadaan yang di hadapi oleh Lily... Boleh kah Nicholas menjaga Lily dengan seutuhnya? Sepertinya menjaga nyawa nya sendiri?
Jawapanya hanya ada pada Lily!
Kerana itu semua bergantung pada wanita itu!
Harap Nicholas tabah menghadapi karakter Lily yang sudah semakin berubah ini! Berubah angkara dirinya yang kejam dahulu!
Share this novel
x de sambungan