BAB 52

Mature Content Series 11143

"NICK! APSAL KAU ada dekat sini?" Soal Denny dengan muka yang jelas terkejut.

"Plan B..." Jawab Nicholas dengan nada bersahaja sebelum orang bawahan nya melepaskan ikatan tali pada kedua - dua belah tangannya.

"Plan B? Apa maksud kau ni?" Dahi Denny sudah berkerut tidak mengerti.

"Aku di lepaskan!"

"Di lepaskan? Apa maksud kau ni, Nick?"

Nick tidak menjawab soalan Denny sebaliknya dia mengambil tempat di salah satu berhadapan dengan semua kawan - kawannya... Kecuali Dr. Erdy...

Pergelangan tangan nya yang lenguh di usap perlahan.

"Bukti tak mencukupi untuk aku di masukkan ke lokap..."

"Bukti tak mencukupi? Betul ke kau tak bersalah, Nick?" Giliran Alex pula bersuara.

Nicholas diam sebelum mengeluh perlahan.

"Aku tahu aku adalah manusia yang paling durjana sekali... Yang tega menghancurkan jiwa dan raga seorang gadis hanya kerana dendam... Tapi... Percayalah... Aku tak buat semua tu... Aku tak bunuh Nek Di... Kejadian itu terjadi selepas aku pergi dari rumah tu... " Nicholas menerangkan lagi.

" Dan aku dah tahu siapa yang nak perdajalkan Nick... "Bernard pula mengambil alih bersuara sebelum keempat - empat kepala sahabatnya itu menegak memandang dirinya.

"Mafia Derry..."

"Mafia Derry? Siapa dia tu?" Soal Denny keliru.

"Dia... Salah satu ahli lembaga pengarah merangkap orang bawahan dalam kumpulan arwah daddy aku... Kumpulan Mafia Stan..." Nicholas menjawab perlahan.

Jiavarry yang mendengar nama Mafia Derry di sebut sudah mengeluh kasar.

"Look, Nick! I dah cakap kan dari dulu... Mafia Derry tu orang yang licik tahu tak... Tak boleh pakai... Tapi... You dan yang lain masih lagi nak simpan benak tua tu!" Tukas Jiavarry dengan nada yang sungguh menjengkelkan.

Hampir terlepas ketawa Ramon saat mendengar nama gelaran yang di beri oleh Jiavarry ini! Bibir nya pantas di kemam bila Bebola mata Jiavarry tajam menikam Wajahnya.

" And musuh dalam selimut yang I cakap kan tempoh hari adalah si benak tua ni... Dia dah mula nak rancangan dia nak hapuskan you, Nick!" Terang Jiavarry lagi.

Ya... Mereka semua sudah tahu siapa dia dalang di sebalik semua ini!

"Tapi... Itu belum cukup lagi untuk Mafia Derry di kaitkan dalam masalah ini... Ada lagi seseorang yang telah berjaya mengawal si benak Tua ni!" Kata - kata Jiavarry membuatkan dahi Nicholas sudah berkerut. Bebola matanya kembali menikam wajah ibu saudaranya ini.

“What do you mean?”

“Do you know what really happened in Italy ten years ago? After your parents died in that car accident?” Jiavarry Mula membuka kisah lama.

Nicholas terdiam bila ibu saudaranya mula membuka kisah itu. Sejenak dia termenung seketika.

Imbasan demi Imbasan kejadian terjadi 10 tahun lepas mula menjengah mindanya!

Sekilas Imbasan wajah seseorang mula terpancar di ruang mata nya.

Bebola matanya tunak merenung wajah Jiavarry sebelum nama satu kumpulan yang hampir pupus itu dulu meniti di bibirnya.

"You mean, The Black Mamba?"

Jiavarry mengangguk perlahan.

Dan anggukkan perlahan dari Jiavarry itu membuatkan wajah Nicholas mula berubah serta merta.

Drrtt... Drrttt...

Telefon pintar milik Denny mula bergetar. Denny pantas mengangkat punggung dan berlalu menjauhi sedikit dari perbincangan antara sahabat - sahabat nya ini.

Nama Dr. Erdy naik di di skrin telefon!

Panggilan itu pantas di jawab.

"Halo... Haa... Kenapa kau call waktu macam ni? Kitorang si.." Tak jadi Denny mula menyambung ayatnya bila suara keras dan cemas milik Dr. Erdy mula menerpa gegendang telinganya.

"Den... Kau suruh diorang datang sini sekarang... Cover aku... Diorang cuba nak bawak lari Lily!"

Membulat bebola mata Denny saat mendengar ayat Dr. Erdy itu.

"What? Diorang cuba bawak lari Lily?"

"Ya, bangang! Kau cepat lah bagitau diorang atau si Nick bengong tu akan hilang orang yang dia sayang!" Usai berkata, talian terputus begitu sahaja.

Sebaik sahaja talian terputus, Denny pantas berlari mendekati sahabat - sahabat nya. Mereka yang berada di situ sudah berkerut hairan melihat tindak tanduk Denny yang tidak keruan!

" Kau dah kenapa, Den? Muka dah serupa macam ayam berak kapur saja aku tengok!" Alex mula bersuara.

“Guys… we need to go now, quickly. They’re trying to get Lily!”

Automatik mereka semua yang berada disitu berdiri serentak dengan wajah jelas terkejut.

"What?"

HOSPITAL YANG menempatkan Lily sudah mereka sampai.

Mereka berenam berpecah!

Nicholas bersama Alex dan Denny pergi ke arah di mana Dr. Erdy menyembunyikan Lily. Manakala Jai Ramon dan Bernard pula mengawal kawasan untuk Nicholas dan yang lain dalam membawa keluar Lily.

"Shitt!!!" Nicholas menyumpah bila melihat bayang - bayang beberapa orang lelaki yang mencurigakan berlegar di sekitar hadapan wad Lily. Nicholas memberi isyarat pada Denny dan Alex untuk membantu dirinya dari belakang. Kedua - dua sahabatnya itu mengangguk mengerti. Hoddie dan pelitup muka mula dikenakan oleh ketiga - tiga nya!

Target Nicholas sekarang adalah untuk menyelamatkan Lily yang Dr. Erdy sembunyikan di tidak jauh dari wad wanita itu. Untuk menyelamatkan wanita kesayangan jua itu, dia harus berdepan dengan beberapa orang lelaki yang berlegar di sekitarnya.

Salah seorang dari mereka mula perasan akan kehadiran Nicholas dan yang lain. Mereka mula bersiap sedia. Nicholas dan yang lain juga begitu.

Teriakan keras kedengaran!

Suara riuh rendah mula kedengaran di sekitar wad itu!

Bunyi orang berkelahi mula kedengaran!

Kecoh seketika kawasan itu dengan teriakan bingit dari para staf hospital! Mereka semua mula bertempiaran lari menyelamatkan diri!

Pangg!! Pangg!!

Bunyi tembakan bila kedengaran!

Nicholas, Alex dan Denny pantas membunyikan diri dari tembakan yang di buat pihak lawan! Siapa lagi kalau bukan konco - konco dari Mafia Derry! Hampeh punya benak tua!

Kawasan hospital pun kau nak buat macam gelanggang tembak menembak! Benak betul!

Nicholas dan dua sahabatnya mula mengeluarkan senjata masing - masing! Dah konco - konco si benak tua tu hunus senjata api, takkan mereka nak hunus penumbuk pula! Nanti tak pasal - pasal mereka bertiga mati katak di situ!

Nicholas mula menyasarkan senjata apinya ke arah beberapa orang konco - konco Mafia Derry.

Zapp!! Zapp!!

Senjata api kalis peluru mula memakan mangsanya!

Beberapa orang telah rebah menyembah lantai bila bidikan senjata api milik Nicholas tepat mengenai sasaran!

Begitu juga Alex dan Denny!

Senjata api masing - masing turut mengenai sasaran!

Pihak lawan yang masih hidup mula histeria!

Colt M4 di tangan mula menyasarkan sasaran!

Pangg!!! Pangg!! Pangg!!!

Berdesup tanpa henti peluru dikeluarkan dari senjata api itu!

"Bodoh betullah! Colt M4 dia pakai!" Maki Denny!

Mereka tidak berpeluang untuk membalas serangan itu akibat tembakan tanpa henti yang di buat oleh konco Mafia benak tua itu!

SITUASI YANG sama turut terjadi pada Bernard dan yang lain.

Mereka bertiga juga berusaha untuk melepaskan diri dari tembakan saki baki konco Mafia Derry yang masih tinggal!

NICHOLAS TIDAK tinggal diam!

"Lex, Den... Kau cover aku! Aku nak hapuskan si bangang tu!" Arah Nicholas pada Alex dan Denny.

Wajah Alex dan Denny mula berubah cemas!

"Kau boleh ke Nick? Dia pakai Colt M4 weh! Boleh mati katak kau dekat situ nanti!" Halang Alex!

"Sampai bila kita nak duduk macam ni, Lex? Lily dan Dr. Erdy ada dekat sana! Kalau kita stay sini sampai ke sudah pun.. Takde maknanya!" Balas Nicholas dengan nada sedikit keras.

Ya... Kalau mereka bertiga duduk berlindung macam ni pun... Takkan dapat selesaikan masalah! Lagi membuat pihak lawan gembira adalah!

"Sekarang... Kau berdua just cover aku aje... Aku nak masuk dalam sana... "Hendak tak hendak, Alex dan Denny terpaksa juga mengikut rentak Nicholas.

Mereka mula mengintai dari celah dinding untuk mengira saki baki konco Mafia Derry yang masih tinggal. Lebih kurang empat orang lagi konco Mafia Derry masih tinggal! Yang selebihnya, sudah lama hilang nyawa makan peluru Nicholas, Alex dan Denny tadi.

Nicholas memberi isyarat!

Dia mula bergerak dengan kecepatan tinggi! Tembakan konco Mafia Derry yang berhenti tadi kembali kedengaran bila bebola matanya melihat kelibat Nicholas mula menyelinap di sekitar mereka berempat!

Alex dan Denny mula beraksi!

Melihat kelekaan konco Mafia Derry, kedua - duanya mula melepaskan tembakan. Tiga dari mereka mula rebah bila tembakan yang di buat oleh Alex dan Denny mengenai tepat pada sasaran penting di tubuh mereka!

Sekarang, tinggallah lelaki yang memegang Colt M4 sendirian! Wajah nya yang bengis tadi berubah cemas bila Colt M4 nya sudah kehabisan peluru! Itulah, tembak lagi membabi buta! Kan sekarang dah mendapat!

Colt M4 yang sudah kehabisan peluru di campak kasar ke tepi. Senjata api bersaiz kecil di keluar kan sebelum picu senjata Itu di tarik.

Pang!! Pang!!

Bunyi tembakan kedengaran lagi!

Gila! Mafia Derry mahu si Nicholas ni mati juga!

Nicholas berusaha lagi untuk mengelakkan diri dari tembakan rambang konco Mafia Derry. Dalam cuba untuk mengelakkan diri, satu peluru terpantul di dinding dan berjaya mencederakan lengan lelaki itu!

"NICK!!" Teriak Denny dan Alex dengan wajah yang cemas!

Nicholas yang tercedera hasil dari tembakan rambang konco Mafia Derry sudah bersembunyi di balik dinding! Bibirnya mula di ketap akibat rasa sakit mula menyengat! Darah merah mula membuak keluar dari kesan tembakan itu!

Alex yang mengesan pergerakan konco Mafia Derry itu mula menyasarkan senjata apinya dan Dengan satu tembakan sahaja... Konco Mafia Derry yang masih tinggal itu rebah ke atas lantai dengan tubuh yang sudah terkaku keras!

Mana tak kerasnya... Tembakan yang di buat Alex langsung mengenai Dada dan tepat ke arah jantung si konco itu!

Setelah memastikan keadaan sudah terkawal, Nicholas terus meluru ke arah sebuah bilik di mana Lily di sembunyikan oleh Dr. Erdy.

Pintu bilik itu di tendang kuat dari luar!

Muncul wajah penat Dr. Erdy yang kehabisan tenaga selepas melawan konco - konco Mafia Derry yang mengesan tempat persembunyian nya ini. Rupa kacaknya habis lebam dan calar balar angkara bergelut dengan konco - konco Mafia Derry yang sudah pun kesemuanya terbaring tidak sedarkan diri akibat dari penangan Dr. Erdy!

Alex dan Denny menerpa ke arah Dr. Erdy manakala Nicholas pula menerpa ke arah wanita yang bergelar isterinya itu. Tubuh longlai Lily yang masih tidak sedarkan diri di paut ke dalam dakapannya.

Berkali - kali dahi dan kepala wanita kesayangannya ini di kucup.

"Dah... Jom kita keluar dari sini sekarang... Lagi lama kita stay sini... Lagi banyak budak - budak si benak tua tu dapat kesan kita!" Arah Alex sebelum dia dan Denny memapah Dr. Erdy manakala Nicholas pula menggendong tubuh kecil Lily keluar dari ruangan itu.

Kecederaan yang di alami di lengan tidak dihiraukan!

Yang penting sekarang, keselamatan Lily dan mereka semua harus di utamakan dahulu!

Kita buat aksi tembak menembak di dalam kawasan hospital pula ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience