Series
7403
BERDERAU HATI Alex dan yang lain saat mengetahui tentang keadaan yang menimpa Nek Di.
Tidak terkecuali Lily!
Dia dulu pergi bersama Denny dengan di ikuti Alex, Ramon dan Dr. Erdy dengan satu lagi kenderaan.
Sampai di rumah tempatnya membesar, hampir rebah Lily saat melihat jasad kaku Nek Di berada di atas pengusung dengan tutup dengan kain putih. Mulut nya sudah di tekup! Dia ingin meluru ke arah jasad kaku Nek Di tetapi pantas di halang oleh Denny.
"Tolong... Lepaskan saya! Saya nak tengok nenek saya! Tolong!" Rayu Lily kepada Denny.
Denny menggeleng kepalanya perlahan.
"No, Lily... Awak tak boleh ke sana... Awak tahu kan status awak macam mana sekarang?" Ujar Denny dengan nada lembut. Lengan wanita itu di tarik lembut.
"Tolonglah! Kali ni saja! Lepaskan saya! Saya nak tengok nenek saya buat kali terakhir! Saya mohon sangat! Tolong..." Rayu Lily dengan wajah yang lencun dengan air mata kepada Denny.
Denny hanya mampu menggeleng kepala sahaja. Keadaan status yang di miliki oleh Lily sekarang angkara ulah Nicholas dulu tidak membolehkan wanita itu mendekati jenazah kaku neneknya.
Alex memberi isyarat kepada Denny untuk membawa pergi Lily dari situ. Keadaan sekitar yang tidak mengizinkan boleh menyebabkan bahaya akan datang bila - bila masa sahaja.
Meronta - ronta Lily bila Denny mula membawa pergi tubuh nya dari kawasan itu. Esak tangis dan raungan Lily semakin menyesakkan dada Denny. Tetapi memikirkan keselamatan wanita ini, Lily terpaksa di bawa pergi.
Dr. Erdy juga turut membuntuti langkah Denny dan Lily. Dia tidak yakin untuk Denny mengawal Lily keseorangan nanti. Mana lah tahu yang Lily akan mengamuk nanti! Ada dia boleh back up Denny dari belakang!
Dan sekarang, tinggal Alex dan Ramon di tempat kejadian!
Dari kejauhan, mereka melihat Jai sedang menguruskan kesemuanya. Dari arah sudut lain pula, Janny pula sedang menenangkan ibunya, Puan Jedi yang menangis tidak henti - henti dari tadi.
Selesai semuanya, Jai memberi isyarat pada adiknya untuk membawa pergi ibu mereka dari situ. Janny mengangguk mengerti sebelum perlahan - lahan memapah tubuh lemah Puan Jedi pergi dari situ.
Jai pula bergegas berlari anak menuju ke arah sahabat - sahabat nya setelah urusan di situ selesai tadi. Mayat Nek Di telah pun di bawa pergi oleh ambulans ke hospital.
"Ada sesuatu yang tak kena waktu aku check kawasan sekitar ni tadi.." Beritahu Jai kepada Alex dan Ramon.
"Sesuatu yang tak kena? Apa maksud kau ni, Jai?" Alex menyoal.
"Aku syak... Ada orang bunuh Nek Di.."
"What's?" Serentak Alex dan Ramon bersuara. Kedua - dua nya mula memandang antara satu sama lain.
"Dan aku syak orang yang lakukan pembunuhan ni... Nick!"
"Hah? Nick? Kau biar betul Jai!" Balas Ramon laju.
Nick?
Takkan lah mamat tu yang bunuh Nek Di? Apa motif dia nak tamatkan riwayat orang tua tu sedangkan dia dah insaf teruk sekarang?
"Kau mengarut apa ni, Jai? Nick? Takkan mamat tu ada kaitan pulak?"
"Aku bercakap berdasarkan bukti.. Ni.." Sebuah gelang berwarna silver tergenggam elok di tangan Jai.
Mata Alex dan Ramon terbuka luas bila melihat gelang itu!
"Ini bukan..." Ayat Alex terhenti bila melihat anggukan Ramon!
Wajah Alex berubah serta merta!
Tak guna punya Nicholas!
Ingatkan dah insaf! Sekarang, masih lagi dengan perangai lamanya! Dasar bodoh!
Tanpa menunggu balasan dari Ramon dan Jai, Alex sudah mula mara ke arah kenderaannya.
"Eh, kau nak pergi mana ni?" Soal Ramon dengan wajah hairan!
"Aku nak jumpa si bodoh tu!" Deram Alex sebelum masuk ke dalam kenderaan nya. Ramon dan Jai tak tinggal diam! Mereka berdua masuk sekali ke dalam perut kereta milik Alex. Mereka berdua tak mahu melepaskan Alex pergi sendirian jumpa Nicholas! Nanti ada yang lepak underground terus!
TANPA AMARAN, WAJAH Nicholas yang terpampang di muka pintu vila di tumbuk laju.
Terdorong Nicholas ke belakang. Alex masih tidak puas lagi!
Tubuh Nicholas di tarik kasar sebelum satu lagi tumbukan padu hinggap di wajah lelaki itu. Kali ini, Nicholas tersungkur di atas lantai.
Bila Alex mahu melayangkan lagi penumbuk ketiga, Ramon dan Jai sudah mula menahan tubuh lelaki itu dari membantai wajah Nicholas. Barai member tu nanti!
Bernard pula sudah bergegas membantu Nicholas yang masih tersungkur itu.
"Wooo... Wooo... Lex.. Calm down... Calm down... Jangan macam ni!" Tegah Ramon sambil membawa Alex menjauhi sedikit Nicholas yang sudah bangun di bantu oleh Bernard.
"Apsal korang nak halang aku pulak? Eh, biarlah aku bantai muka si bangang ni!" Marah Alex sebelum sekali lagi mahu mara ke arah Nicholas tetapi sekali lagi Ramon dan Jai menghalang. Mendengus geram Alex bila tindakan nya di tegah dan dihalang oleh dua sahabatnya ini!
"Hoi! Bangang! Aku ingatkan kau dah berubah! Tapi perangai syaitan kau masih ada lagi rupanya! Hoi! Apa salah Nek Di sampai kau tamat kan riwayat orang tua tu? Tak cukup lagi ke kau dah bunuh jiwa dan raga Lily... Sekarang nyawa nenek budak tu pulak kau cabut? Eh, otak kau dekat kau letak hah, bangang? Dekat mana?" Jerkah Alex dengan riak wajah yang sudah berapi menahan marah.
"Aku? Bunuh Nek Di? Apa yang korang mengarut ni?" Soal Nicholas dengan riak jelas terkejut!
Dia? Bunuh Nek Di, nenek Lily? Apa yang si Alex ni merapu?
Alex hanya tergelak sinis sebelum gelang silver yang berada di poket seluar nya di campak kasar ke arah Nicholas.
"Kalau bukan kau siapa lagi, hah? Hantu? Saka kau? Eh, sudahlah, Nick! Jangan nak buat muka blur lah... Jelak tau tak... Jelak! Baik kau mengaku sekarang!" Desak Alex. Kepercayaan dia terhadap Nicholas semakin tipis bila satu persatu bukti mula mengaitkan lelaki ini dengan kejadian ini!
" Lex... Kau sahabat aku... Kau kenal aku dah lamakan... Takkan aku nak buat benda tu... Aku tak bunuh lah Nek Di... Bukan aku!" Balas Nicholas dengan bersungguh - sungguh!
Sungguh! Dia tidak tahu menahu soal kematian Nek Di ni!
"Habis tu? Macam mana gelang tu ada dekat rumah Nek Di hah? Dia jalan sendiri ke?" Perli Alex.
"A... Aku ada jumpa Nek Di dua hari lepas... Aku nak terangkan apa yang telah terjadi dekat Lily..." Ujar Nicholas dengan nada perlahan.
Ya... Memang betul dia ada datang rumah Nek Di dua lepas. Segala cerita berkaitan Lily dan dirinya semua nya di beritahu pada wanita tua itu. Dan apa yang dia dapat adalah tamparan dan pukulan dari wanita itu. Riak kecewa dan sedih wanita itu jelas di ruang matanya. Dan Nek Di juga meminta dia untuk melepaskan Lily dan pulangkan wanita itu ke pangkuan nya semula. Mungkin dari bergelut dengan tamparan serta pukulan wanita itu lah gelang sliver nya terlepas dari pergelangan tangannya tanpa di sedari!
Sekali lagi Alex tersenyum sinis!
"Kau ada beritahu sesiapa yang kau ada datang jumpa Nek Di?"
Nicholas menggeleng perlahan. Dia tidak memaklumkan pemergiannya ke rumah Nek Di kepada sesiapa hatta Bernard sekali pun.
“See… It’s clear now you’ve been lying, Nick! Now… don’t even try to deny it… You’re the one who killed Grandma Di, aren’t you?”
"No... I swear... it wasn't me! I'm not crazy enough to kill her!" Tingkah Nicholas lagi.
"Jadi memang kau lah pembunuh nenek aku?"
Pertelingkahan antara Alex dan Nicholas terhenti bila suara serak bercampur sebak di belakang Ramon bergema.
"Lily..."
Berubah terus riak Nicholas!
Lily?
Datang ke vila ini?
Halo... Bab terbaru dah ada... Meh layan Lily pula... Dahlah lama tak update...
Share this novel