BAB 56

Mature Content Series 11143

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

KEDIAMAN RAHSIA MILIK KELUARGA NICHOLAS

LILY MASIH LAGI berkampung di kawasan vila tersorok peninggalan orang tua Nicholas ini.

Kisah mereka semua dari di buru oleh konco - konco Mafia Derry masih berlanjutan. Sekarang, hampir kesemua sahabat Nicholas juga turut berada di vila yang di huni oleh Lily ini. Kecuali Ramon dan Jai!

Ramon masih lagi berada di Paris bersama ibu saudara Nicholas, Jiavarry. Ada sesuatu yang Jiavarry harus lakukan di negara itu sebelum kembali semula ke Malaysia dalam masa terdekat. Dan kehadiran Ramon bersama wanita itu adalah atas arahan Nicholas sendiri.

Jai pula, masih duduk bersama ibu dan adiknya, Janny. Jai dan Janny sedaya upaya menyembunyikan keberadaan mereka bertiga dari pengetahuan konco - konco Mafia Derry.

Dr. Erdy pula masih sibuk dengan pekerjaannya selain dari membantu Nicholas. Yang lain juga sama, sibuk dengan urusan masing - masing walaupun tinggal di bumbung yang sama.

TIDUR LILY KELIHATAN tidak lena. Riak gelisahnya terpamer di wajah comelnya. Perlahan - lahan dia bingkas bangun dari tempat pembaringannya walaupun dalam keadaan agak sukar. Tubuh nya di sandar pada kepala katil. Perut nya semakin memboyot itu di usap Perlahan.

Sedar tak sedar, usia kandungannya kini sudah mencecah tujuh bulan. Lagi tiga bulan dia akan melahirkan bayi dalam kandungannya ini. Dan jantina bayi dalam kandungan nya juga sudah di ketahui. Dan jantina itu adalah lelaki!

Tersenyum nipis Lily saat mengetahui jantina bayinya ketika membuat pemeriksaan di klinik milik Dr. Erdy sebulan yang lepas.

Krukk!! Krukk!!

Bunyi perutnya yang kelaparan kedengaran!

Alahai! Tengah malam macam ni pula lah perut dia buat hal!

Dengan susah payah dia bangun dari birai katil dan terus menapak keluar dari ruang biliknya menuju ke tingkat bawah!

Dengan langkah perlahan, dia mula menuruni tangga dan terus menuju ke arah ruang dapur. Sebelum itu, pintu bilik Cik Salla di perhati. Hati nya was - was ingin meminta bantuan wanita itu. Tetapi bila memikirkan jarum jam sudah menginjak ke 12 tengah malam, niatnya di batal kan terus! Kesian pula pada wanita itu jika dia mengejutkan wanita itu nanti! Sudah lah seharian wanita mempekerjakan pekerjaan rumah. Jadi, jalan terbaiknya adalah dengan Tidak menganggu tidur wanita itu. Biarlah dia buat sendiri. Kakinya sudah sampai di ruang dapur.

Peti ais di buka. Dia mula menilik memerhati apa yang boleh di makan. Peti ais kembali ditutup bila tiada apa yang hendak di makan. Kemudian bebola matanya melilau mencari di sekitar kawasan dapur tersebut sebelum pandangan nya tertumpu pada kabinet dapur.

'Haaa.. Mungkin ada makanan instan dekat kabinet. Boleh lah untuk buat alas perut.' Bisik Lily di dalam hati. Pintu kabinet di buka. Mengeluh lemah Lily saat melihat plastik makanan segera itu berada sedikit di dalam. Terjingkit kakinya hendak mencapai plastik makanan segera itu. Lily tidak mudah berputus asa. Kerusi yang berdekatan di tarik menuju ke arah kabinet itu. Dan tanpa berfikir panjang, kakinya pantas memanjat kerusi tersebut.

Tersenyum riang Lily saat dapat mencapai plastik makanan segera itu. Senyuman nya tiba - tiba mati bila serasa pinggang nya di pegang dan tubuh nya serta merta di angkat menjauhi kerusi yang di panjat itu. Terjerit kecil Lily bila tubuh kecilnya terasa melayang seketika sebelum di dirikan lembut di atas lantai.

“What are you doing, Lily? Don’t you know it’s dangerous?”Suara garau dan tegas milik seseorang yang amat di kenali membuatkan riak wajah Lily mula berubah.

"Hish!Apa ni? Lepas lah!" Dengus Lily sambil cuba untuk meleraikan pautan tangan kekar Nicholas pada pinggangnya.

Terlerai terus pautan tangan kekar milik Nicholas dari melingkari pinggang wanita ini.

"Tak. Yang awak naik atas kerusi tu dah kenapa? Bahaya tahu tak?" Ujar Nicholas dengan pandangan matanya tak dari memandang diri Lily.

Mencebik kecil Lily saat mendengar ayat lelaki ini.

"Saya tahulah!" Jawab Lily dengan nada sedikit keras. Kedua - dua belah tangannya di silang ke dadanya dengan wajah di paling ke arah lain. Langsung tidak mahu mengadap wajah Nicholas.

Nicholas yang melihat tingkah Lily sudah kulum senyum. Terasa comel sangat di matanya!

"Awak naik ke atas tadi sebab nak capai benda ni ke?" Soal Nicholas sambil memungut plastik mi instan yang tergeletak di atas lantai dapur. Mungkin terlepas dari tangan Lily agaknya tadi.

Lily hanya mengiakan acuh tak acuh sahaja dengan soalan Nicholas.

Nicholas mengeluh lemah sebelum bersuara lagi.

"Tak baik tau makan mi instan ni. Tak baik untuk baby dengan kesihatan awak." Tegur Nicholas dengan lembut kepada Lily.

Lily menjeling sekilas ke arah Nicholas sebelum kembali memalingkan wajahnya.

“Lapar…” jawabnya ringkas.

Kali ini nadanya tidak lagi setinggi tadi. Kedengaran lebih lembut sedikit dan hampir seperti merajuk.

Nicholas terdiam seketika.

Wajah kerasnya tadi perlahan-lahan berubah. Ada sesuatu pada nada Lily yang membuatkan hatinya sedikit terusik.

“Kenapa tak kejut kan saya?” soal Nicholas perlahan.

Lily mengangkat bahu kecil. Malas nak ambil peduli.

“Semua orang penat. Saya tak nak susahkan sesiapa… termasuk awak.” Ujar Lily dengan nada sedikit perli di akhir ayat.

Nicholas terkedu seketika saat mendengar ayat perlian Lily itu. Tapi, di hujungnya di selit Senyuman tipisnya!

Tanpa berkata apa-apa lagi, Nicholas terus melangkah ke arah peti ais. Dibuka semula, kali ini dia meneliti satu persatu isi di dalamnya dengan lebih serius. Tangannya mencapai beberapa bahan yang terdapat di dalam peti tersebut. Telur, sayur, nasi yang masih elok dan beberapa bahan lain di bawa keluar.

Lily yang dari tadi memerhati hanya diam.

“Apa awak nak buat tu?” soal Lily.

“Masak.” Jawapan Nicholas ringkas. Tangan mula sibuk menyediakan bahan masakan.

Lily mengerutkan dahi.

“Awak pandai masak ke?” Soal Lily lagi dengan nada sarkastik. Yelah, selama ini tak pernah dilihat Nicholas turun tangan di dapur. Lelaki itu lebih senang berada di pejabat dan bilik kerjanya dari berada di dapur.

Nicholas tidak terus menjawab. Sebaliknya, dia hanya mencapai kuali dan mula menghidupkan api dapur.

Bunyi desiran minyak panas memenuhi ruang dapur yang sunyi itu.

Beberapa minit pun berlalu.

Aroma nasi goreng yang harum mula memenuhi udara.
Lily tanpa sedar menelan air liur. Perutnya yang sejak tadi berbunyi sudah tidak terkata. Nicholas akhirnya menghidangkan sepinggan nasi goreng panas di hadapan Lily. Tidak lupa juga telur mata di letakkan di atas nasi tersebut.

“Simple je. Tapi lebih baik dari mi instan tu.” Ujar Nicholas.

Lily memandang pinggan itu dengan liur nya di telan berkali - kali. Aroma nya sungguh menggoda sekali.

Tanpa banyak kata, dia mula duduk di atas kerusi di meja makan dan nasi goreng di hadapannya di suap ke dalam mulutnya. Perkelahian antara dirinya dengan Nicholas saat itu di tolakkan ke tepi dahulu. Yang penting sekarang, perutnya yang sudah berkeroncong harus di isi dahulu! Pandangan lembut dari Nicholas tidak di hiraukan!

Mata Lily sedikit membulat besar.

Sedap!

Dia cuba menahan reaksi itu, tapi jelas terpamer di wajahnya.

Nicholas yang bersandar di kaunter dapur hanya memerhati dengan senyuman nipis.

“Sedap?” tanya lelaki itu dengan senyuman tidak lekang dari bibir sensualnya.

Lily berhenti seketika. Dia berdehem sekejap sebelum bersuara dengan nada ala kadar.

"Boleh lah.”

Nicholas ketawa kecil.

“Boleh lah?” Haih, Lily ni! Bolehlah dia cakap? Kalau dah sedap tu tak payahlah nak berdolak - dalik bagai!

Lily menjeling.

“Jangan perasan sangat.” Tingkah Lily dengan nada jengkel.

Namun, suapan Lily semakin laju. Nicholas hanya menggeleng kecil. Matanya lembut memandang wanita itu.

Sejenak, suasana menjadi tenang. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan dan nafas malam yang menemani mereka.

Tanpa Lily sedar, pandangan Nicholas jatuh pada perut wanita itu.

Tujuh bulan.

Ya, kandungan wanita itu sudah menginjak ke usia tujuh bulan. Dan dalam pada masa itu jugalah, keperluan dan kehendak wanita kesayangan nya ini sentiasa di penuhi walaupun sentiasa mendapat perlian dan kata - kata sinis dari wanita itu buat dirinya. Tetapi, Nicholas tidak kisah dengan semua itu. Asalkan keperluan Lily dan anak mereka yang bakal lahir nanti terjaga di bawah kendaliannya.

"Nanti kalau dah siap makan, tinggalkan saja dekat situ. Biar saya yang kemaskan." Ujar Nicholas lagi.

Lily tidak menjawab. Dia masih lagi asyik dengan suapan nasi gorengnya sehingga ke suapan terakhir. Gelas yang berisi air putih yang di hulurkan oleh Nicholas di capai sebelum di teguk dengan sedikit rakus.

Wajah riang Lily mula terpamer saat menyedari yang perut nya sudah kenyang berkat makanan yang di buat oleh Nicholas ini. Lily mula bangun dari tempat duduknya Dan terus berlalu Dari situ. Tapi langkahnya terhenti seketika buat sementara waktu. Dia berpaling ke belakang sebelum wajah Nicholas yang kebetulan memerhati kan dirinya di tatap.

"Terima kasih." Dua patah perkataan itu di ucap laju sebelum dia berpaling ke hadapan semula dna langkah kakinya di atur ke semula ke hadapan.

Dan senyuman tipis milik Nicholas terukir sekali lagi di bibir sensual lelaki itu sebaik sahaja ucapan terima kasih yang di ucap oleh Lily buat dirinya untuk pertama kali.

Tak terbendung rasa senang dan bahagianya hati lelaki ini saat mendengar ayat ucapan terima kasih yang keluar dari mulut kesayangannya ini.

Senyuman lelaki itu tidak lagi lekang dari bibir nya walaupun Lily tidak lagi berada di ruang dapur itu lagi.

Dan ternyata, kelakuan mereka tadi mendapat tatapan mata dari Cik Salla.

Senyuman tipis hinggap di bibir wanita itu.

Moga sahaja Lily dan Nicholas lekas berbaik seperti sedia kala!

Halo... Dah update bab terbaru ya... Selamat membaca... ?✌️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience