Series
7403
"JADI BETULLAH KAU BUNUH nenek aku?"
Suara milik Lily mula bergema dia serata vila tua milik Nicholas ini. Tajam bebola matanya menikam wajah Nicholas yang jelas terkejut dengan kehadirannya disitu.
“Lily! Listen to me! I didn’t kill Grandma Di, I swear! It wasn’t me, Lily.. It wasn’t!” Bersungguh - sungguh Nicholas mempertahankan dirinya.
Lily hanya tersenyum sinis sahaja sebelum...
Pangg!!
Satu tamparan padu hinggap di wajah tampan Nicholas!
Hampir terteleng wajah Nicholas saat mendapat tamparan padu dari wanita ini.
"Kau ingat... Aku nak percaya ke jawapan kau tu! Hei, Nick! Walaupun kau dah berubah macam ni... Aku tetap tak percayakan syaitan dan lelaki tak guna macam kau ni lah!" Herdik Lily.
Sakit jiwa dan raga nya akibat perbuatan lelaki ini dulu masih lagi terasa... Sekarang... Rasa sakit itu kembali mencengkam bila mendapat tahu yang nenek nya meninggal angkara Nicholas tak guna ini!
Sahabat - sahabat Nicholas kecuali Janny dan Cik Salla yang masih berada di rumah keluarga Janny hanya mampu memerhati sahaja pertelingkahan antara Lily Dan Nicholas ini.
"Sayang... Tolong lah... Dengar penjelasan aku... Aku tak buat semua tu... Aku tak bunuh Nek Di! Percayalah!" Rayu Nicholas lagi.
"Jangan panggil aku sayang lah, bodoh! Sakit tau tak telinga aku! Sakit tau tak?" Marah Lily.
"Perkataan tu buat telinga aku bernanah tau tak? Bernanah!" Jari telunjuk nya sengaja di tuju ke arah telinga yang menyatakan panggilan Nicholas untuk dirinya tadi sungguh jelak Dan jijik sekali!
Nicholas yang mendengar ayat Lily itu hanya mampu memejamkan matanya sahaja. Hatinya terasa sakit saat Lily mengeluarkan ayat berbisa itu tadi. Tetapi itu tidak setanding dengan perbuatan dan perkataan nya terhadap Lily dahulu!
"Aku minta maaf, Lily... Aku minta maaf..." Ucap Nicholas dengan nada sayu sekali.
Tergelak sinis Lily dengan permintaan maaf lelaki keji ini.
"Hei! Kau tengok muka ni... Ada muka untuk maafkan kau ke tak, hah?" Lagi sekali jari nya menunjuk ke arah dirinya sendiri.
"Walaupun waktu tu kau dah sekarat... Apa yang kau dah buat dekat kau takkan aku maafkan! Kau faham tak?" Suara Lily meninggi, menolak segala apa kemaafan yang diucapkan oleh lelaki ini tadi terhadap dirinya.
"Kau boleh mereput dalam penjara dan mamah dosa - dosa kau di dalam sana..." Serentak itu dua orang pegawai polis datang dari pintu dan terus mendekati mereka berlapan di ruang tamu mewah ini.
"Maafkan kami... Kami terpaksa menahan Encik Nicholas Stan atas kejadian menimpa mendiang Puan Syudi Alee... Kami harap Encik Nicholas memberi kerjasama dalam siasatan ini..." Kata salah seorang pegawai polis kepada Nicholas. Pegawai polis itu mula mendekati Nicholas sebelum kedua - dua tangan lelaki itu digari.
Kenapa pihak polis boleh memberkas Nicholas sedangkan lelaki ini ada pengaruh yang paling kuat?
Yang itu kita tidak tidak tahu!
Tapi yang pasti... Lily yang melaporkan kejadian yang menimpa nenek nya ada kaitan dengan Nicholas! Dan Nicholas menuruti kemahuan kesayangannya Ini!
"Mari ikut kami.." Pinta anggota polis ketua pula.
Nicholas hanya menuruti sahaja. Dia mula melangkah menyaingi langkah kedua - dua anggota polis ini.
"Please take care of Lily for me, Den..." Sebelum melangkah ke arah pintu utama, sempat lagi Nicholas berpesan ke arah Denny yang masih mematung di belakang Lily. Lily kelihatan langsung tidak berpaling menatap wajah Nicholas. Hatinya terlalu benci dengan wajah lelaki itu. Denny hanya mendiamkan diri sahaja mendengar permintaan sahabatnya ini. Usai memberi amanat, Nicholas mula melangkah keluar dari vilanya.
Siren kenderaan polis mula kedengaran sebelum mula menghilang di tengah kepekatan malam.
Mereka berenam mengeluh kecewa.
Pelbagai reaksi terpamer di wajah masing - masing saat ini!
Kecuali Lily!
Dahinya mula kerut Seperti menahan kesakitan!
Perut nya mula disentuh saat rasa sakit mula menjalar.
"Aduh!" Lily mengaduh!
"Lily... Are you okay?" Soal Denny dengan nada cemas! Kedua - dua tangan nya automatik memegang bahu wanita ini.
"Sa.. Sakit!" Rintih Lily dengan tangisan yang mula pecah.
Seluar yang di pakai mula seperti terlekat dengan sesuatu! Lily sempat mengerling ke arah seluarnya! Da.. Darah?
"Den! Jangan diam dekat situ! Bawak Lily ke hospital sekarang!" Dr. Erdy mula bersuara keras. Serentak keadaan ruang tamu itu kecoh dengan suara keenam - enam lelaki ini.
Tubuh kecil Lily di kendong oleh Denny menuju ke arah pintu utama...
Malam Itu juga, Lily dikejarkan ke hospital dengan bantuan keenam - enam lelaki ini akibat pendarahan yang berlaku!
"SHE'S FINE..." Ujar seorang doktor perempuan yang telah merawat Lily tadi kepada Dr. Erdy dan lima yang lain.
"But... remind her to take care of her pregnancy. Her condition is very weak even though it’s stable. After this, tell her not to think about anything else." Pesan Doktor perempuan itu lagi kepada Dr. Erdy. Dr. Erdy hanya mengangguk mengerti sahaja.
Denny dan Ramon yang turut bersama Dr. Erdy hanya mengeluh lemah sahaja. Manakala Jai, Alex dan Bernard berada di luar kerana ada urusan hendak mereka selesaikan.
"Kalau takde apa lagi... I pergi dulu... Kalau ada perlukan apa - apa... Just beritahu nurse okay?" Pesan Doktor wanita itu sebelum mula beredar meninggalkan Dr. Erdy, Ramon dan Denny.
Mereka bertiga mengeluh serentak bila doktor wanita itu sudah berlalu.
"Er... Kalau boleh... Tolong jagakan Lily ya... Aku dan dan Mon susul Alex dan lain..." Pinta Denny kepada Dr. Erdy..
"Okay... Aku jagakan dia... Tapi kau dengan yang lain kena hati - hati jugak... Cari bukti dan bersihkan nama Nick... Okay?" Dr. Erdy pula membalas.
Kedua - duanya mengangguk mengerti sebelum bergegas pergi dari situ. Manakala Dr. Erdy pula terus melangkah menuju ke bilik yang menempatkan Lily.
MEREKA BEREMPAT MULA mencari tahu apa yang terjadi sebelum kejadian.
Sekarang mereka berempat berada di markas Dr. Erdy... Sebenarnya vila Dr. Erdy... Sengaja mereka cop sebagai markas... Lagipun.. Dr. Erdy tak bising pun... Jangan usik dapur dia sudahlah! Nanti tak memasal kuali pink lelaki itu melayang atas kepala mereka nanti!
"Aku dah dapat footage cctv apa yang terjadi sebelum waktu kejadian.." Jai mula membuka cerita. Tangan nya mula menayang kan satu pendrive berwarna hitam.
"Dan aku jugak dapat sesuatu... Sesuatu yang dapat bersihkan nama Nick..." Ramon pula mengambil alih bersuara. Dia mula meletakkan satu sampul surat berwarna coklat di atas meja di hadapan sahabat - sahabat nya ini. Mereka yang berada di situ mula menyemak satu persatu bukti yang di perolehi oleh Jai dan Ramon ini.
Denny dan Alex mula mengeluh panjang setelah meneliti bukti - bukti itu.
"Ini masih tak cukup untuk bebaskan Nick dalam kes ni..." Ujar Denny pula. Rambut blonde nya di raup ke belakang.
"Bernard mana? Dari tadi aku tak nampak pun dia..." Soal Denny sambil melihat sekeliling sambil mencari kelibat lelaki berambut perang itu. Sekali imbas, seperti bulu jagung rambut si Bernard itu!
"Dia ada urusan dengan mak cik Si Nick.. Tu yang dapat join kita..." Balas Alex.
Denny mengeluh keras.
"Time ni jugaklah... Ada urusan... Apa lah.. Kita punyalah sibuk dengan semua benda ni.. Dia pula hilang entah ke mana..." Dengus Denny. Wajah nya jelas kelihatan kesal dengan sikap Bernard padahal Bernard adalah orang bawahan Nicholas.
"Siapa cakap aku hilang entah kemana?" Suara garau milik Bernard mula memecah di sebalik bebelan Denny.
Serentak keempat - empat nya berpaling ke arah pintu utama dimana Bernard muncul secara tiba - tiba dengan di ikuti oleh Jiavarry dari belakang.
"Kau? Bukan kau dengan Miss Jiavarry ke?" Alex menyoal dengan dahi berkerut. Bebola matanya terus menyoroti langkah Jiavarry yang sedang melangkah dengan penuh bergaya menuju ke arah salah satu sofa yang hanya di duduki oleh Ramon. Dan punggung nya lantas di labuh di sisi Ramon yang jelas ternganga melihat penampilan Jiavarry sungguh menawan ini.
"Korang takut aku tak tolong bos ke?" Soal Bernard dengan nada sinis. Dan serentak itu juga bebola matanya tajam memanah wajah kelat Denny. Mungkin dia dah dengar apa yang di ucapkan oleh Denny tadi. Denny ni pun... Cakap langsung tak bertapis! Kan dah kena sinis dengan Bernard!
Dia mula memberi isyarat kepada orang - orang di belakang untuk membawa masuk 'sesuatu' ke dalam vila Dr. Erdy ini.
"I dengan Nard ada suprise untuk you all... Nanti you all akan tahu juga..." Jiavarry pula mula membuka suara nya. Kakinya mula di silang sehingga menampakkan paha dan betis nya yang putih gebu. Maklumlah, dress yang di kenakan sungguh singkat dan sendat. Dan itu membuatkan Jai, Denny dan Alex pantas memaling wajah ke arah lain. Haih... Tak padan dah berumur! Menggeletisnya bukan main!
Tapi tidak pada Bernard! Lelaki itu dah biasa dengan tingkah Jiavarry yang satu ini! Dah biasa sangat dengan perangai menggoda dan menggeletis ibu saudara si Nicholas ini. Ramon pula sudah mula memerah muka bila Jiavarry mempamerkan paha nya yang putih gebu. Dia mula menelan air liur sebelum turut berpaling ke arah lain.
Dah... Skip pasal mereka semua ini! Nanti sampai esok pagi pun tak habis lagi!
Lelaki - lelaki yang di arah Bernard tadi mula kembali masuk ke dalam vila sambil membawa masuk 'sesuatu' yang di maksud kan oleh Jiavarry itu tadi.
'Sesuatu' itu mula di paksa melutut menghadap mereka semua yang berada di situ.
"Ini dia... 'Sesuatu' yang I maksudkan tadi..." Serentak itu juga kain yang menutupi wajah 'sesuatu' itu di tarik kasar oleh Bernard. Dan di situlah, terserlah wajah seseorang yang amat mereka kenali!
"Nick!!!"
Mereka yang berada di situ mula menjerit riuh!
Nick!
Apa yang dah terjadi ni?
Kenapa Nicholas boleh berada di sini sedangkan lelaki itu baru sahaja di tahan oleh pihak berkuasa tak sampai lapan jam tadi?
Minta maaf... Sebab lama tak update... Kesibukan dengan kerja hakiki... Membuatkan saya kurang update... Terima kasih yang bertanya bila hendak update... Stay with me ya ❤️?
Share this novel