Series
11143
LILY SUDAH SEDAR SEPENUHNYA!
Dan apa yang di bayangkan oleh mereka semua akhirnya terjadi juga!
"Aku nak keluar dari rumah ni! Kenapa kau bawak aku masuk balik ke dalam rumah lelaki jahanam ni Janny?" Soal Lily bersama tangisan yang mula pecah.
Janny yang melihat keadaan Lily itu pantas membawa tubuh sahabatnya ke dalam dakapan nya.
"ILY... Please calm down..." Pujuk Janny sambil mengusap belakang sahabat nya.
"Kenapa Janny? Kenapa? Kenapa perlu masukkan balik aku ke dalam rumah puaka dia ni? Tolong keluar kan aku dari rumah ni, Janny! Tolong... Aku tak sanggup nak hadap sekitar kawasan rumah ni lagi!" Rayu Lily pada sahabatnya.
Cik Salla yang baru sampai di muka pintu sudah tidak mampu terkata apa lagi. Malah, kesemua sahabat Nicholas termasuk Nicholas yang berada di luar kamar Lily turut mendiamkan diri!
" ILY... Calm down... Jangan emosi sangat... Please... Kesian kan baby kau dalam perut tu!" Pujuk Janny lagi.
"Baby? Baby aku? Baby aku masih ada lagi ke, Janny?" Soal Lily dengan wajah cemas. Perutnya yang mula menonjol itu di usap laju.
"Ya... Baby kau selamat,Ily... Jangan risau..." Pujuk Janny dengan tangannya masih berlingkar belakang badan sahabatnya.
Lily masih tersedu sedan di bahu rakan nya.
"Kau jangan risau, okay... Aku ada dengan kau..." Ujar Janny lagi.
Lily tidak menjawab! Dia masih lagi tersedu sedan di bahu rakannya ini!
Nicholas yang berada di luar sudah tidak tahan sebelum terus berlalu pergi dari situ. Jiwanya sakit bila melihat tangisan Lily tadi. Tangisan akibat dari tangan sialnya!
Jai dan yang lain hanya memerhati sahaja tingkah Nicholas itu!
Dan mereka amat faham apa yang bergolak di dalam hati sahabat mereka saat ini!
"BRO..." TEPUKAN lembut seseorang menyedarkan Nicholas yang sedang termenung jauh!
Pantas Nicholas memagungkan kepalanya bila melihat susuk tubuh milik Denny yang sudah melabuhkan punggung di sisi nya!
"Kau masih bersedih lagi ke, Nick?" Soal Denny.
Nicholas yang mendengar soalan Denny sudah mengeluh panjang.
"Aku tak tahu nak mulakan macam mana dengan Lily, Den... Dia... Dia langsung tak nak tengok muka... Apatah lagi nak bercakap dengan aku.." Rintih Nicholas.
"Hey, Nick! Look at me! Please don't give in like this! You're strong Nick! Don't give in like this! If you really love Lily... You'll make up for your mistakes with her... Explain everything... Don't give in like this...!" Pujuk Denny dengan lembut kepada sahabat nya ini.
Ya... Semua sedia maklum... Lily memang tidak akan memaafkan perbuatan Nicholas terhadap dirinya! Tapi... Nicholas dah berubah sepenuhnya! Lelaki itu sudah hidup dalam penyesalan yang paling dalam!
Nicholas yang mendengar nasihat Denny hanya mendiamkan diri sahaja!
Bebola matanya masih tunak merenung ke hadapan!
Yang penting sekarang, Nicholas harus bersua muka dengan Lily untuk menjelaskan segala nya pada wanita kesayangan nya itu nanti!
TOK! TOK! TOK!
KETUKAN dari seseorang di luar pintu bilik yang di huni nya mematikan pandangan Lily yang sedang berdiri memeluk tubuh menghadap jendela.
Dia berpaling ke belakang dan pada yang sama, kelibat seseorang yang paling dia benci mula munculkan diri di balik pintu biliknya!
"Kau buat apa datang bilik aku ni? Kau nak jadi kan aku hamba seks kau lagi ke hah, setan?" Cemuh Lily tanpa bertangguh.
Menggelegak darahnya Melihat wajah kuyu Dan murung milik Nicholas membatu dibalik pintu.
"Lily... Please... Jangan emosional dulu... Please Lily... Saya dah berubah... Jangan tuduh saya macam tu lagi... Saya mohon Lily... Saya mohon..." Pinta Nicholas dengan nada sayu sekali. Bebola mata kuyu nya langsung tidak lepas dari menatap wajah membahang milik Lily.
Lily tertawa sinis saat telinga mendengar ayat Nicholas yang dirasa sangat memualkan!
Dengan perut yang mula memboyot, langkahnya mula di atur menuju ke arah Nicholas yang berdiri membatu di hadapan pintu biliknya.
Pangg!!!
Satu tamparan yang sungguh padu di layang ke wajah tampan Nicholas yang semakin serabut dan serabai itu.
"Itu adalah tamparan aku untuk kau... Lelaki yang paling tak guna dan kejam... Kalau nak ikutkan hati aku... Aku habiskan nyawa kau! Tamparan ni tak setimpal dengan apa yang kau dah buat dekat diri aku! Kau sangat berkuasa Nick! Kalau aku rancang untuk tamat kan hidup kau... Bunuh lelaki tak guna macam kau ni... Apa yang aku dapat? Aku takkan dapat apa langsung! Kosong! Orang akan labelkan aku sebagai pembunuh! Sama pembunuh macam kau! Pembunuh maruah aku... Jiwa dan hidup aku! "Luah Lily dengan suara yang sungguh terkesan sekali.
Ya... Kalau dia ikutkan kata hati... Dia akan dapat gelaran tidak sepatutnya! Dia akan di samakan dengan jiwa Nicholas yang sememang nya ada sifat pembunuh itu! Sifat seorang mafia!
Dia tidak mahu jiwa dan hatinya terpalit dengan sikap dan sifat itu. Kerana itu bukan dirinya yang sebenarnya!
Lihatlah... Betapa mulia nya jiwa seorang wanita bernama Lily ini!
"Aku berbuat begini kerana aku tak nak anak aku nanti akan tahu yang ibu dia seorang pembunuh! Cukuplah... Orang yang bertanggungjawab menghadirkan diri sudah cukup kejam dan tak guna terhadap ibunya! Dan aku tak nak anak aku nanti sifat nya turun dari lelaki kejam dan tak guna macam kau! "Pedas berapi Lily menyembur ke arah Nicholas.
Dan kenyataan itu membuatkan diri keras seorang Nicholas jatuh sejatuh jatuhnya!
Esak tangis Seorang Nicholas mula kedengaran mula kedengaran! Dia mula melutut lemah di hadapan wanita kesayangannya ini!
" Maafkan saya, Lily... Maafkan saya... Sebab perangai kejam dan tidak berperikemanusiaan saya ni... Awak jadi mangsa... Maafkan saya!" Pohon Nicholas dengan penuh penyesalan. Air matanya menjadi terlalu murah bila penyesalan demi penyesalan yang hadir di dalam dirinya saat ini!
" Baik! Kau nak aku maafkan kau kan... Kau kembalikan semula apa yang kau dah ragut dulu... Barulah aku pertimbangkan untuk maafkan kau!" Dan syarat yang Lily lakukan itu makin menyesakkan jiwanya!
"Lily..." Bisik Nicholas dengan nada yang sungguh sayu!
"Dah tak ada apa kan... Dah... Berambus dari bilik ni sekarang! Aku malas nak hadap muka jijik kau tu lama - lama dekat sini!" Usai berkata, Lily terus menghalau Nicholas tanpa bersalah!
Dia kembali menatap jendela dari menatap esak tangis Nicholas yang dirasakan palsu itu!
Nicholas yang mendengar ayat Lily pantas mengesat air matanya!
Dia mula bangun dan berdiri tegak semula!
Bebola matanya masih lagi merenung sayu belakang tubuh Lily yang kelihatan mungil itu. Apatah lagi dalam keadaan mengandung! Sungguh comel di matanya!
Hanya tatapan sahaja yang dia dapat rasai sekarang! Untuk mendekati, dia sudah menjadi objek kebencian tepu wanita ini.
"Takpelah... Kalau macam tu... Awak rehatlah... Jangan lasak sangat... Ingat baby dalam perut... Saya keluar dulu..." Ujar Nicholas dengan suara yang parau sebelum melangkah keluar dari bilik yang di huni oleh Lily, wanita kesayangannya ini!
Langkahnya di matikan seketika sebelum berpaling semula ke hadapan.
"Walau apa pun keadaannya... Saya tetap tunggu kemaafan dari awak, Lily... Awak wanita pertama dan terakhir yang saya sayang... Saya akan terus jaga awak... Dan maafkan saya kerana menjadikan awak seperti ini sekarang!" Habis kata, Nicholas terus melangkah keluar dari ruang bilik itu bersama hati yang penuh berat dengan penyesalan.
Pintu bilik Lily ditutup perlahan sebelum wajah Ramon dan Denny yang berdiri di luar bilik Lily di tatap dengan pandangan kosong.
Dia melangkah menuju ke arah kedua sahabatnya itu sebelum tubuh salah satunya di peluk erat.
"Aku gagal, Den... Aku gagal... Aku gagal jaga kesempurnaan yang berada di hadapan mata aku sekarang! Aku lelaki kejam, Den.. Aku lelaki tak guna!" Berkali - kali Nicholas mengutuk Dan menyalahkan dirinya. Denny dan Ramon hanya mampu menepuk belakang Nicholas untuk menenangkan lelaki itu!
Mereka berdua juga tidak tahu hendak berbuat apa lagi!
SEMENTARA DI dalam bilik, Lily sudah duduk sambil memeluk lutut!
Esak tangisnya mula kedengaran!
"Baby.. Maafkan mummy ya sayang... Sebab tak mampu maafkan lelaki yang bergelar bapa kepada baby sekarang... Sebenarnya, mummy nak sangat baby di belai dan dimanja macam orang lain... Tapi mummy tak mampu sayang... Mummy tak mampu... Mummy tak mampu nak hadap muka orang yang dah hancurkan hati dan kepercayaan mummy.. Mummy tak mampu... Maafkan mummy.. "Bisik Lily dengan tangisan yang semakin membingit!
Masih terngiang lagi kekejaman yang dilakukan oleh Nicholas terhadap dirinya!
Dia tidak mampu!
Dan sekarang... Biarlah masa yang menentukan!
Sama ada Lily akan memaafkan Nicholas nanti!
Halo... Maaf sangat... Kekangan kerja hakiki membuatkan sis lambat untuk update bab baru.. Dan sekarang.. Bab baru dah di update... Selamat membaca... Saranghaeyo❤️❤️
Share this novel