Series
11143
JIAVARRY DAN RAMON TELAH pun sampai di Malaysia.
Dan mereka sekarang berada di kediaman milik Nicholas.
Bilik kerja milik Nicholas dirempuh masuk oleh Jiavarry tanpa sempat di tahan oleh Ramon. Nicholas yang sedang berbincang sesuatu bersama Alex, Denny dan Jai pantas berpaling ke arah Jiavarry yang sudah kelihatan beriak tegang.
“Can you leave me alone with Nick for a moment?” Pinta Jiavarry pada keempat - empat sahabat anak saudaranya ini.
Alex, Denny, Jai dan Ramon mengangguk mengerti sebelum keempat - empatnya terus menapak keluar dari ruang kerja Nicholas ini. Dan kini, tinggallah Nicholas bersama Jiavarry ini sekarang!
"Ada sesuatu yang telah terjadi ke untie?" Soal Nicholas sebaik sahaja melihat wajah tegang ibu saudaranya ini.
"Yes, Nick! Sesuatu dah terjadi dekat Perancis dan Itali sekarang ini. You know, segala apa yang mendiang daddy you tinggalkan dekat Perancis dan Itali.. Ada seseorang yang sedang incar kan sekarang! Termasuk aset penting milik keluarga Mafia Stan!" Ujar Jiavarry. Dan ayat Jiavarry itu membuatkan riak Nicholas mula berubah drastik.
"Apa maksud untie ni?"
"Riddell...You know him, right?”
Semakin tegang wajah Nicholas saat mendengar nama lelaki durjana itu meniti di bibir ibu saudaranya ini.
"Kenapa dengan dia?"
"I dapat information dari orang - orang yang I upah... Mafia Dex dah bergabung dengan Riddell untuk menjahanamkan you all semua.. Sama macam dia hendak buat pada mendiang daddy dan mummy kamu 10 tahun lepas!" Kali ini, Jiavarry pantas berkata ke pokok pangkalnya kerana kali lepas tidak habis ayat nya gara - gara sesuatu terjadi pada Dr. Erdy dan Lily sewaktu di hospital dahulu. Itu pun adalah sebahagian rancangan Mafia Dex untuk menghapuskan orang terdekat Nicholas! Tak guna betul!
Riddell atau di kenali sebagai Ketua Mafia Ridell adalah orang yang paling berpengaruh di Itali. Asal usul Ketua Mafia Ridell ini adalah berasal dari orang bawahan Tuan Javier Stan sahaja. Semasa menjadi mafia, Ridell ini boleh di katakan menjadi orang kanan Tuan Javier Stan yang amat di percayai oleh lelaki mafia itu.
Tapi kepercayaan yang diberikan oleh Tuan Javier Stan itu memakan diri sendiri. Ketamakan dan kerakusan yang tertanam di dalam diri Ridell sejak sekian lama akhirnya membuatkan lelaki itu tergamak mengakhiri hidup majikannya.
Ya. Kemalangan yang menimpa Tuan Javier Stan bersama isterinya adalah ciptaan lelaki itu sendiri. Selepas kematian ibu bapa Nicholas, lelaki itu pula menjadi sasarannya untuk di jahanamkan. Nicholas yang ketika itu masih baru dalam dunia mafia sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan di tengah - tengah konflik tersebut. Serata negara dia pergi untuk menyembunyikan diri tetapi semuanya gagal. Dirinya waktu itu umpama telur di hujung tanduk. Dengan bantuan ibu saudaranya, Nicholas berjaya melepaskan diri dan pulang ke Malaysia, tanah kelahiran ibunya. Dan di sinilah dia menyembunyikan identiti nya dari dapat di kesan oleh orang - orang Ridell sendiri. Dan legasi peninggalan mendiang bapanya turut di teruskan juga.
Wajah Nicholas semakin tegang. Tubuhnya kembali di sandar pada bucu meja kerja nya.
"Untie tak banyak minta dengan you, Nick. I nak you jagalah aset yang daddy you Tinggalkan untuk family kecil you ni.. I percaya, daddy dan mummy you pun nak you hidup bahagia... Dan yang penting, jaga Lily dan dalam kandungan Lily tu.. Jangan lepaskan apa yang you sayang dan cinta pada orang yang hendak musnahkan hidup you... Fahamkan maksud untie?" Luah Jiavarry lagi.
Nicholas hanya mampu mengangguk mengerti sahaja.
" Baiklah... Untie pergi dulu... Better you bagitau semua sahabat - sahabat you berkenaan ini... Biarlah mereka dapat membantu you jika keadaan huru hara nanti... Faham kan maksud untie?" Sebelum beredar, Jiavarry memberi arahan pada Nicholas. Dan sekali lagi lelaki itu mengangguk mengerti.
Usai memberi arahan pada anak saudaranya, Jiavarry terus melangkah keluar dari bilik kerja anak saudaranya ini. Dan selepas kelibat Jiavarry menghilang, keempat - empat sahabat Nicholas mula menapak masuk semula ke dalam ruang kerja Nicholas ini.
"You all... There's something I want you all to know... And it's related to something related to the power I hold now... I hope you all can help me.. Can you?" Beritahu Nicholas dengan nada suara yabg sungguh memberat sekali.
Keempat - empat sahabat Nicholas, kecuali Bernard dan Dr. Erdy memandang sesama sendiri sebelum Alex mula bersuara bertanya.
"Apa yang kau nak kitorang buat, Nick?"
"Lindungi Lily walau apa pun terjadi!"
"KAU NI LILY... Makin dah kembang aku tengok!" Tegur Janny sambil melirik ke arah sahabat nya yang masih melantak makanan di hadapan.
Lily buat tak endah dengan teguran Janny sebalik nya makanan yang terhidang di hadapan nya di suap ke mulut nya tanpa henti.
Makanan percuma kan! Siapa tak nakkan!
Eh, tunggu sekejap!
Makanan percuma? Siapa yang bagi makanan ini semua pada Lily?
Siapa lagi kalau bukan Nicholas Stan! Lelaki itu sanggup meredah di serata kawasan semata - mata mahu mencari makanan yang di idamkan oleh Lily ini!
Dan hasilnya, semua makanan idaman Lily itu sudah siap terhidang di hadapan mak buyung ini!
Sudah berbaik kah antara Lily dengan Nicholas? Apakah persengketaan dan kebencian Lily pada Nicholas sudah terhapus?
Tidak! Persengketaan itu masih berjalan! Tapi kali ini, semua itu tolak ke tepi dahulu! Yabg penting sekarang, adalah makanan di hadapan harus di lahap dahulu! Aduhai, Lily! Lily!
"Boleh ke kau habiskan semua ni, ILY?" Soal Janny dengan bebola mata terpaku pada mulut Lily yang tidak henti - henti mengunyah Dari tadi.
Lily hanya membuat muka tidak layan sahaja pada Janny sebelum dia melahap kembali makanan di hadapannya. Janny yang melihat perli laku sahabat nya sudah me juling mata ke atas. Dia bangun dari tempat duduk nya dan terus menapak menuju ke arah dapur. Dia membebel pun bukannya si Lily hendak membalas! Lagi asyik layan makanan dia dari membalas bebelan Dia ini! Buat menghabiskan air liur sahaja!
"Lily dah habiskan makanan dia dah?" Soal satu suara garau dari arah belakang membuatkan niat Janny yang hendak mengambil cawan dari kabinet terbantut seketika.
Dia pantas berpaling ke arah empunya Suara itu. Siapa lagi kalau bukan Nicholas!
"Tu... Tengah sedap melantak tu!" Bibir Janny muncung ke arah Lily yang sedang asyik menikmati makanannya. Nicholas juga turut mengarah bebola matanya ke arah Lily. Terbit senyuman nipisnya melihat kelakuan comel Lily itu.
"Kau dengan family kau memang keturunan macam jin ke? Melantak tak ingat dunia!" Dalam memerli sahabatnya, sempat lagi dia melempar kan perlian pada Nicholas. Yelah, tengok sahaja cara Lily melahap makanan nya itu! Serupa tidak makan setahun! Agaknya dari keturunan Nicholas!
Nicholas yang mendengar ayat perlian Janny hanya ketawa kecil sahaja. Langsung tidak ambil hati dengan ayat perlian gadis yang sudah di maklumi memiliki mulut tiada insurans ini!
"Janny..." Usai memerhati tingkah Lily, dia kembali memandang wajah Janny semula. Kali ini, wajah sedikit serius di pamerkan pada sahabat isterinya ini.
"Hmm.. Ada apa?"
"Aku nak minta tolong kau sesuatu boleh?"
"Kau nak aku tolong apa?" Soal Janny dengan dahi yang mula berkerut. Wajah dingin Nicholas itu di pandang dengan pandangan yang pelik.
"Aku nak kau dengan Cik Salla bergabung tenaga..."
"Bergabung tenaga? Dah kenapa pulak ni, Nick? Aku tak fahamlah!" Dah kenapa Nicholas mahu dia bersama Cik Salla mahu bergabung tenaga pula? Bergabung untuk apa? Tenaga buruh ke apa?
"Look, Janny! Listen to me! Kalau Jadi apa - apa nanti... Aku harap, kau dengan Cik Salla selamatkan dan lindungi Lily walau apa pun terjadi! Faham?"
Berubah terus wajah Janny saat mendengar ayat dingin yang keluar dari mulut lelaki ini.
"Apa maksud kau ni, Nick? Aku tak faham lah!" Soal Janny. Hatinya mula tidak enak mendengar ayat yang di keluar kan oleh Nicholas itu tadi.
"Sesuatu yang besar akan terjadi nanti.. Jadi aku harapkan kau, Cik Salla dengan yang lain untuk lindungi Lily!"
"What's? Sesuatu yang besar?"
Nicholas hanya menangguk perlahan.
"Jadi.. Kau tak boleh berenggang dari Lily kecuali ada salah satu dari kami berada dekat dengan dia..." Pinta Nicholas dengan penuh mengharap.
"Baiklah.. Aku akan ikut apa yang kau pinta kan..." Janny memberi kata putus. Wajah gusar Nicholas menjentik rasa ingin tahu dalam dirinya tentang apa yang terjadi saat ini.
"Apa yang sebenarnya terjadi, Nick?" Soal Janny lagi.
Nicholas yang mendengar soalan Janny itu hanya tersenyum pahit sahaja.
Dia tidak mampu untuk menyuarakan semuanya pada Janny. Cukuplah dengan hanya lindungi Lily bersama bayi dalam kandungan wanita itu!
Selebihnya, biarlah dia bersama keenam rakannya akan hadapinya nanti!
Lily! Jangan mengalah ya! Bertahan untuk diri awak, anak dan saya! Bisik hati kecil Nicholas!
Halo... Bab baru dah update.. Enjoy ??
Share this novel