BAB 11

Drama Completed 4130

Tibalah saat yang dinanti-nantikan.

Hari ini Munirah Imani dan Zakry Idham akan diijab kabulkan.

Sepasang kurung moden berona putih suci terpakai molek ditubuh Munirah . Zakry memandang bakal isterinya yang berada tidak jauh darinya.

Dia mengakui kecantikan Munirah . Cantiknya luar biasa. Satu senyuman manis terukir indah dibibir Zakry kepada Munirah .

Setelah Zakry berjabat tangan dan selesai melafazkan ‘Aku terima nikahnya’ maka, sahlah mereka bergelar suami dan isteri.

“Boleh tak aku nak tanya sikit?” soal Zakry semasa melangkah menuruni anak tangga masjid.

“Apa dia?” ujar Munirah .

“Kenapa kau cantik sangat ni?” bisik Zakry ditelinga Munirah . Langkah mereka terhenti.

Munirah tersenyum memandang anak tangga.

“Takkan baru tahu..” jawabnya dan berlalu meninggalkan Zakry

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience