Enjin kereta dihidupkan. Sudah 10 minit berlalu, namun Toyota Hilux itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bergerak.
“Sampai bila kita nak menjeruk dalam kereta ni?” bersuara Munirah memecah sunyi.
“Sampai kau pakai seat belt.”
“Seat belt?” soalnya pura-pura tak tahu.
“Selagi kau tak pakai seat belt tu, selagi tu aku tak akan jalan.”
Amboi..keselamatan sungguhlah. Bagus!
Munirah mengeluh. Mata memandang ke luar tingkap yang tertutup rapat.
“Dah la kena kahwin paksa. Lepas tu, pakai seat belt pun kena paksa. Parahlah!
"Masalahnya seat belt kau ni tak boleh nak tarik dari tadi.”
“Ha? Ye ke? Meh sini aku try tarik,” tangan Zakry pantas menarik seat belt di sisi kiri Munirah .
“Tak payah lah..” Munirah menoleh cuba menghalang tindakan Zakry .
Tatkala menoleh, hidungnya berlaga dengan hidung Zakry . Mereka berpandangan. Dapat dirasa nafas hangat lelaki itu.
Lama Zakry memandang wajah gadis itu. ‘Cantik jugak dia ni. Kenapa aku tak perasan dari tadi eh?
Kau ni Ira, buat tulang rusuk aku bergetar je ahh malam-malam gini! Bicara Zakry dengan dirinya sendiri.
'Handsome jugak dia ni. Kenapa aku tak perasan kehandsomeman dia ek? Padahal duduk satu rumah.’
Mata Zakry jatuh ke arah bibir Munirah . Apabila bibir Zakry menghampiri bibir Munirah , kedengaran cermin tingkap diketuk oleh orang.
Zakry cuba membetulkan posisinya dan cermin tingkap dibuka. Oh! Razif rupanya.
“Kenapa tak balik lagi? Kereta problem ke?” Soal Razif.
“Kereta aku okay. Aku cari handphone aku jatuh tadi. Tu yang tak gerak lagi tu,” jelas Zakry mengubah fakta.
“Ohh.. aku ingat apa tadi. Ya lah.. korangkan tak kahwin lagi. Kau tahu je lah Bro, bila berdua macam ni, mesti ada yang ketiga, Ye dak??
"Nak-nak pulak cermin tingkap kau ni gelap. Gelap sangat, Bro. Bahaya!” sakat Razif sambil menjeling ke arah Zakry .
“So, dah jumpa?” sambungnya.
“Dah, dah. Okay, Zif. Aku balik dululah. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam..” Cermin tingkap ditutup. Munirah hanya diam memandang ke luar tingkap.
Kejadian tadi sungguh bahaya. Kalau tak kerana Razif datang, mungkin Zakry akan meneruskan niatnya.
‘Cantik sangat ke aku malam ni?’
Share this novel