“Ira rasa terpaksa ke kahwin dengan Zakry ?” soal Datin Zahara yang datang menjenguk Munirah . Munirah memandang Datin Zahara dengan pandangan kosong.
“Aunty minta maaf. Tapi apa yang aunty buat ni untuk kebaikan kamu berdua juga.”
“Maksud aunty?” ujar Munirah .
“Aunty rasa, Ira masih ingat apa yang Zakry dah buat kat Ira 5 tahun lepas.
"Walaupun masa tu aunty sempat selamatkan keadaan, aunty masih risau kalau-kalau Zakry buat lagi.
"Bila aunty tahu yang Zakry tarik Ira masuk bilik dia tempoh hari, aunty teringat kejadian 5 tahun lepas tu,” bicaranya satu persatu, lembut dan berhalus.
Ternyata Datin Zahara masih lagi salah faham tentang kejadian dibilik Zakry tempoh hari.
“Sebelum benda buruk jadi, sebelum Zakry meragut kehormatan Ira..”
Kalaulah Aunty tahu yang Zakry dah pun meragut kehormatan Ira keesokan hari selepas aunty selamatkan keadaan, sudah tentu Aunty akan naik hantu.
Atau mungkin masa tu kita orang akan dikahwinkan. Atau juga, mungkin Zakry akan dipenjara.
“Ada baiknya kalau kamu berdua bernikah. Lagipun, aunty dah lama berkenan dengan Ira sejak hari pertama ibu Ira bawa Ira datang sini.
"Seingat aunty, masa tu Ira umur 17 tahun. Entahlah kenapa Aunty suka sangat tengok Ira.
"Aunty selalu berdoa supaya pilihan Aunty ni tepat.
"Lagipun Zakry tu satu-satunya anak Aunty. Aunty ada nyatakan hasrat ni pada arwah ibu Ira.
"Ibu Ira senyum je. Kata setuju pun tidak. Tak setuju pun tidak,” luah Datin Zahara.
“Tapi Ira ni anak orang gaji je Aunty. Tak layak untuk semua ni, apatah lagi tinggal dalam rumah ni,” katanya merendah diri.
“Aunty tak pernah berkira pun tentang hal tu. Bila Zakry cuba nak rogol Ira, Aunty tak senang duduk.
"Tapi, satu je Aunty nak tanya, kenapa Ira tak cerita hal tu pada arwah ibu?”
“Ir, Ira takut..”
“Ira tahu kenapa ibu meninggal?” tanya Datin zahara lagi.
“Sebab ibu jatuh.”
“Ira tahu yang ibu ada sakit jantung?”
Munirah mengangguk.
“Aunty minta maaf. Aunty cerita kejadian tu pada ibu Ira. Ibu Ira terkejut.
"Tiba-tiba nafas ibu Ira sesak. Arwah jatuh ke lantai, Aunty sempat sambut. Lepas tu..”
“Lepas tu Ibu meninggal?” pintas Munirah .
Datin Zahara mengangguk.
“Kenapa Aunty tak cerita hal sebenar ni kat Ira? Kenapa hari ni?”
“Aunty minta maaf,” katanya sayu.
“Tapi, sebelum arwah pergi, semasa arwah nazak, Ibu Ira tinggalkan amanat untuk Aunty.”
“Tolong jagakan Ira untuk akak. Kalau Datin masih berhasrat nak jodohkan Ira dengan Zakry , akak restu kalau itu yang terbaik..”
Datin Zahara mengimbas kembali bait-bait kata Kak Sarimah ketika arwah sedang nazak.
Air mata sudah mula membasahi pipi Munirah . Datin Zahara memeluk Munirah dengan erat.
Zakry yang sedari tadi berada di luar bilik Munirah mendengar semua perbualan mereka.
Mendengarkan apa yang diceritakan oleh mamanya, rasa bersalahnya semakin menebal terhadap Munirah .
Share this novel