Perlahan-lahan dia mengambil bantal di sisi Munirah lalu dibentangnya di atas lantai bilik yang mewah itu. Saat matanya mula terlelap, satu suara membantutkan lenanya.
“Kenapa tidur kat bawah?” Soal Munirah setelah melihat suaminya tidur dilantai.
Zakry berpaling.
“Tak apalah. Kau tidurlah kat atas tu. Aku okay je kat sini.”
“Mana boleh macam tu. Ni bilik kau. Aku yang patut tidur kat bawah tu,” ujar Munirah pula.
“Tak payah nak mengada-adalah. Kau tidur je lah kat atas tu.”
“Tak boleh. Kau kena tidur sama-sama dengan aku. Kau suami aku. Takkan aku nak biarkan suami aku tidur kat lantai pulak,” ujarnya prihatin.
“Betul ni? Kau tak takut kalau aku apa-apa kan kau?” soalnya nakal.
“Apa-apa apa?”
“Ya lah. Mana tahu aku terpeluk kau ke, tercium kau ke. Karang kau kata kau nak… ehem ehem. Aku okay je,” katanya serius tapi nakal.
“Aku sepak jugak kau karang. Kau jangan nak buat hal! Tidur je lah atas ni! Ergghh!” kata Munirah bernada marah.
“Ye lah..” Zakry mengalah.
Selang sepuluh minit kemudian. Zakry masih tak boleh melelapkan mata. Dia memandang kipas yang berpusing.
“Ira..” Zakry memanggil Ira yang baring membelakanginya.
“Hmm..” Jawabnya malas.
“Kau dah tidur ke?”
“Aku tengah menoreh ni. Tak nampak ke?”
“Aku nak cakap sikit.”
“Esok je lah.”
“Mana boleh.”
“Kenapa pulak?”
“Ni antara hidup dan mati kita.”
“Kau nak mati dah ke?!” pantas Munirah memalingkan badannya menghadap Zakry .
Zakry merenung tajam mata Munirah .
“Okay sorry. Cakaplah nak cakap,” Munirah mengalah. Takut akan renungan Zakry .
Dia tahu Zakry sedang serius tika itu. Matanya juga memandang kipas yang berpusing ligat.
Beberapa saat kemudian, Zakry bersuara.
“Aku nak minta maaf pasal kejadian 5..”
“Dah lah! Kau tak payahlah ungkit kisah lama,” Munirah memotong.
“Kau ingat senang ke aku nak lupa? Dan aku tahu, kau sampai sekarang tak dapat lupakan kejadian tu.”
Munirah mengeluh lembut. Dia diam. Tak tahu mahu berkata apa.
“Kau kena tahu kenapa aku buat semua tu..”
“Apa maksud kau?”
“Aku dah lama sukakan kau, Ira. Kau je tak nak layan aku. Kau tahu tak kenapa aku selalu sakat kau? Sebab aku nak perhatian dari kau. Tapi kau still tak layan aku.”
“Kau..”
“Aku takut kau terkejut dengar pengakuan aku ni. Let me explain.” Zakry menarik nafas panjang.
“Masa Mama selamatkan kau dari tindakan bodoh aku 5 tahun lepas tu, sebenarnya aku tak ada niat pun nak buat semua tu.
"Aku kena cabar dengan kawan-kawan aku. Termasuk Razif. Dia orang tahu yang aku sukakan kau. Aku tanya dia orang macam cara nak dapatkan kau, nak buat kau jadi milik aku.”
“Sampai hati kau kan!” Munirah mula marah.
“Sabar. Aku tahu kau marah. Biar aku terus terang. Dia orang bagi cadangan tu pada aku.
"Dia orang suruh acah-acah nak perkosa kau, tapi jangan sampai perkosa betul-betul.
"Dengan cara tu, kau akan takut dengan aku dan ikut cakap aku. Aku boleh ugut kau. Tapi..”
“Tapi kau tak sempat. Mama datang selamatkan aku. Dan plan kau gagal! Lepas tu, esoknya kau..” Munirah mencelah. Mukanya merah menahan marah.
“Aku tak puas hati sebab tu aku dapatkan kau keesokkan hari tu! Aku dah rosakkan maruah kau dengan harapan bila kau mengandung kau akan kahwin dengan aku.
"Tapi sayang, Kau tak mengandung. Beberapa hari lepas tu, ibu kau meninggal.
"Apa yang aku nampak, kau kuat! Kau jalani hidup kau tanpa mempedulikan apa yang dah jadi.
"Aku sangat kecewa sebab kau masih tak nak layan aku. Asal kita berjumpa je nak bertekak.
"Dan fungsi Syifa pula adalah supaya kau cemburu bila aku dengan dia. Aku tak cinta pun kat dia. Tapi masih gagal.
"Sampailah suatu ketika Syifa tiba-tiba putuskan hubungan dan aku terdesak cari teman untuk ke party hari jadi Razif.
"Bila kau yang aku nampak, aku jadikan kau peluang aku. Aku tak sangka pula sampai ke peringkat ni aku dapatkan kau.”
“Kau ni memang binatang tahu tak! Kau memang jantan tak guna!” Munirah menarik selimut, turun dari katil, berjalan pantas menuju ke pintu bilik untuk keluar.
Zakry berjaya mengejar dan mendapatkan Munirah dalam pelukan.
Munirah meronta-ronta minta dilepaskan. Namun kudratnya tidak mampu menolak dakapan tubuh Zakry yang besar. Dia pasrah dalam dakapan itu.
“Aku minta maaf sekali lagi. Aku tahu tindakan aku tu tindakan paling bodoh di dunia.
"Ya benar, aku patut terima caci dari kau. Aku tahu kau tak ada hati kat aku. Tapi aku akan usahakan untuk kau jatuh cinta kat aku.
"Aku cintakan kau Munirah Imani Binti Abdul Manaf,” bicara Zakry lembut ditelinga Munirah .
“Aku takkan jatuh cinta kat kau!”
Share this novel