BAB 9

Drama Completed 4130

Pagi subuh yang dingin itu, dia menatap gambar seseorang yang sangat disayanginya. Kini, dia keseorangan tanpa ibu di sisi.

“Ibu, kenapa semua ni jadi kat Ira? Kenapa Ira kena terima semua ni? Ibu, kenapa ibu pergi saat Ira sangat perlukan ibu. Ira rindu ibu,” dia bermonolog dengan titisan air mata mengimbau kembali suka dan duka hidupnya bersama arwah ibu.

Tinggal seminggu sahaja lagi dia dan Zakry bakal bernikah. Dia langsung tidak berminat untuk menjayakan majlis itu.

Datin Zahara, Datuk Mazlan masing-masing sibuk dengan tempahan catering, pelamin, baju, goodies dan sebagainya. Teruja mereka nak bermenantu jelas kelihatan.

Zakry tidak kurang hebatnya. Dia seolah-olah suka akan semua ini. Teringat semasa di butik pengantin. Zakry sahaja yang beriya-iya memilih dan me’macthing’kan baju pengantin.

Kejap-kejap yang ni tak sesuai. Kejap-kejap yang ni gelap sangat. Munirah hanya menunjukkan reaksi malas. Layannya hanya ala kadar.

Dia hanya mengikut sahaja apa yang dirancang oleh keluarga Zakry . Kalau ikutkan, mahu sahaja dia lari dari situasi itu. Tapi kemana dia mahu pergi?

Dia tidak punya siapa-siapa. Sebatang kara. Nak tak nak, terpaksalah dia turuti segala hal.

Jam tepat sepuluh pagi. Dimeja itu dia menghirup milo panas yang baru dibancuhnya.

“Minum sorang je? Untuk aku?” bersuara Zakry tiba-tiba memeranjatkan Munirah , hampir tersedak dia. Satu jelingan tajam diberikan.

Munirah hanya diam membisu menghabiskan baki air milo.

“Aku bercakap dengan meja ke apa ni? Ke aku bercakap dengan bayang-bayang aku sendiri?” soal Zakry menjengkelkan.

Dia masih diam.

“Okay, fine. Aku tahu, kau tak suka semua ni, kan? Kau rasa terpaksa kahwin dengan aku, kan?”

Diam. Masih tiada jawapan.

“Meh nak sikit air kau,” tanganya laju mencapai air milo itu lalu dihirupnya.

Munirah cuba mengambil kembali air milo itu, namun gagal. Pantas Zakry mengalihkan tangannya sebelum berjaya dirampas Munirah .

Dia bangun. Belum sempat dia membuka langkah. Zakry menghalang. Pergelangan tangannya dipegang Zakry .

“Kejap. Kau ni kenapa. Emotional?” soal Zakry .

Munirah menyentap pegangan Zakry .

“Kenapa kau tak halang semua ni? Kenapa kau biarkan semua plan mama dan papa kau terus berjalan? Ha? Kenapa?

"Aku tak nak jadi isteri kau. Kau takkan tak faham keadaan aku,” langkah diatur semula. Namun gagal.

Zakry berjaya mendapatkan Munirah semula dan menariknya sehingga badan Munirah mati didinding sebelah almari yang menempatkan pinggan mangkuk.

Dia cuba meloloskan diri dari keadaan yang seakan didakap oleh Zakry .

“Apa yang aku tak faham keadaan kau? Kenapa kau tak boleh jadi isteri aku?” soal Zakry .

“Ishh.. perlu ke kau cakap dekat-dekat macam ni? Tolonglah Zakry . Jangan buat aku macam ni.”

“Kau cakap dengan aku kenapa. Sebab peristiwa 5 tahun lepas?”

Munirah diam. Memandang tepat wajah Zakry .

“Aku tahu silap aku masa tu. Aku tak patut buat benda tu kat kau.”

“Aku tak suci, Zakry !”

“Aku yang buat kau tak suci!”

Munirah tertunduk.

“Aku terima perkahwinan ni tanpa membantah sebab aku nak tebus dosa aku kat kau. Salah ke?”

Munirah diam. Masih menundukkan kepala. Perlahan-lahan tangan Zakry mengangkat dagu Munirah agar dia memandangnya. Zakry merenung tajam ke dalam mata Munirah .

“Aku faham kau susah nak terima semua ni?”

“Zakry !” tegur Datin Zahara dari arah belakang.

Munirah yang berjaya meloloskan diri, melulu masuk ke bilik meninggalkan Datin Zahara dan Zakry .

“Ira..” panggil Datin Zahara. Namun tiada balasan.

“Kamu buat apa lagi ni?” sambungnya setelah pandangan kembali kepada Zakry .

Zakry hanya diam menundukkan kepala. Tiada jawapan.

Kalaulah Datin Zahara tahu keadaan sebenarnya, pasti dia tidak akan berfikiran bukan-bukan terhadap perbuatan Zakry .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience