Suasana hambar diruang tamu. Munirah hanya menundukkan kepala memandang permSyifa ni berona ungu gelap.
Manakala Zakry diam membatu. Entah apa yang bermain di dalam kotak fikirannya. Datin Zahara memandang keduanya silih berganti. Dengan wajah yang tegang dia memulakan bicara.
“Okay, one of you, explain to me from A to Z.”
“Sebenarnya..” bersuara Munirah dan Zakry serentak.
“Biar aku explain!” kata Zakry .
“Tak payah. Nanti kau putar belit. Biar aku yang explain.
"Aunty, yang sebenarnya...” belum sempat Munirah menghabiskan ayat, Zakry sudah memotong.
“Ehh.. kau lagi putar belit.”
“Apa hal pulak?”
“Enough!” Datin Zahara bersuara. Munirah dan Zakry terdiam.
“Apa masalah ni? Mama suruh explain pun payah ke? Ha Ira? Susah? Sampai nak bertikam lidah semua?” Munirah dan Zakry menjeling sesama sendiri.
“Zakry , tell me what happened? Kamu berdua dah……..”
“Tak! Tak aunty.” Pintas Munirah .
“Kami tak buat macam yang aunty bayangkan tu. Kami tak terlanjur pun. Kita orang tak buat aksi atas katil tu.”
“Eh, bukan ke tadi kita..” celah Zakry .
“Tadi apa?” soal Datin Zahara.
Entah kenapa dengan Zakry ini, lagi mahu mengeruhkan keadaan.
“Beritahu Mama! Zakry Idham! Beritahu Mama apa yang kamu dah buat.” Nada Datin Zahara tegas.
Suasana sunyi seketika.
“Tadi Ira nak pulang buku Zakry ,” bicara Zakry .
“Wei! Kau yang tarik aku masuk bilik kau!” bersuara Munirah pantas.
“What?! Zakry tarik Ira masuk bilik?” Datin Zahara terkejut.
Munirah dan Zakry masing-masing menundukkan kepala tanpa sebarang kata.
Datin Zahara mengeluh.
“Ira.. Aunty tahu, Ira tak akan berbohong dengan aunty. Cerita kat aunty apa yang Zakry dah buat.”
“Sebenarnya.. Zakry yang tarik Ira masuk bilik dia. Dia tarik kuat sampai Ira jatuh atas katil. Lepas tu Zakry paksa Ira..”
Datin Zahara masih menanti sambungannya. Dia membayangkan apa yang akan terjadi. Mungkin Zakry memaksa Ira.. Astaghfirullah halazim..
“Zakry paksa Ira jadi girlfriend Zakry …” suara Zakry hambar.
“Jadi girldfriend?” dahi Zatin Zahara berkerut.
“Kamu dah kenapa Zakry ? Tak cukup ke girlfriend yang kamu dah ada? Sekarang kamu nak rosakkan Ira pula?”
“Mana ada Zakry nak rosakkan Ira. Untuk malam esok je Mama. Zakry sebenarnya dah putus dengan Syifa .
"Zakry dah janji dengan Razif nak datang birthday party dia bawa girlfriend Zakry .
"Tapi, Syifa tiba-tiba putuskan hubungan. Zakry buntu, Ma.
"Tu yang Zakry bertindak luar jangkaan tarik Ira masuk bilik Zakry , paksa dia ganti tempat Syifa . Zakry tahu, salah Zakry ,” jelas Zakry satu persatu.
“Tapi, Mama jangan risau. Anak angkat kesayangan Mama ni masih suci. Zakry tak sempat buat apa-apa pun lagi,” sambungnya lagi cuba berseloroh.
“Baik. Mama terima penjelasan ni. Tapi, Mama tak nak Ira jadi girlfriend Zakry .”
Mendengarkan kata Datin Zahara, senyum Munirah panjang sampai telinga. Akhirnya dia bebas dari menjadi girlfriend Zakry , Si Playboy.
“Alaa Mama.. esok je,” rengek Zakry .
“Mama tak mahu Ira jadi girlfriend Zakry , tapi Mama nak Ira jadi isteri Zakry .”
“What?” bersuara Zakry dan Munirah serentak.
“Tak payah nak ‘what’ sangat. Ini keputusan Mama. Sebagai hukuman kamu berdua.
"Nak tak nak, kamu berdua kena kahwin juga. Muktamad!” Datin Zahara berlalu pergi meninggalkan keduanya tepinga-pinga.
Share this novel