Bab 7

Fantasy Series 1768

Yoojung mengemaskan topi di kepalanya,rambutnya yang separa bahu itu diikat kemas. Mask dimukanya dinaikkan supaya orang tidak mengenalinya.

Perlahan dia masuk ke sebuah lorong kecil lalu membelok ke kanan.Matanya melilau risau jika ada sesiapa yang mengekorinya saat itu.

Apabila dia sudah memastikan hanya dia seorang sahaja yang berada di situ perlahan dia mengeluarkan kunci lalu membuka pintu pagar dan masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah usang.

Dia berjalan menuju ke belakang rumah itu lalu langkahnya berhenti di sebelah pokok rendang. Perlahan dia membongkok lalu menarik karpet usang dan kelihatan sebuah pintu bawah tanah yang terdapat di situ.

Dia membuka mangga lalu dengan perlahan dia menuruni tangga lantas masuk ke bilik bawah tanah itu.

Lampu suluh di poket seluar dikeluarkan lalu dia menyuluh di segenap ruang ruang bawah tanah itu. Dia menuju ke suis lampu utama lalu membukanya dan setelah itu lampu pun menyala menerangi segenap ruang bawah tanah.

Perlahan dia menuju ke arah komputer dimana dia tinggalkan disitu lalu menghidupkan komputer itu. Bibirnya tersenyum sinis. 'Kang Minjae kau bodohkan sebab percayakan aku sayangnya kau tak dapat nak merasa duit yang kau laburkan ni its okay biar aku yang habiskannya bagi pihak kau. Itu adalah hutang yang kau patut bayar selepas menyeksa aku dan mak'bisiknya perlahan.

Yoojung menuju ke kotak besi dihujung ruang bawah tanah itu lalu menekan password dan setelah berjaya membuka pintu itu dia tersenyum selepas melihat sejumlah wang yang banyak yang dia berjaya sorokkan masih berada di situ.

Dia tidak risaukan jika sesiapa tahu akan tempat ini sebab rumah usang itu sudah dia beli setelah dia genap 18 tahun.

Dan bagaimana bilik bawah tanah ini terbina,semua itu biarlah rahsia.

Yoojung mengambil tempat di hadapan komputernya lalu dia menaip sesuatu lalu terserlah di skrin komputernya cctv yang berjaya dia godam dan dapat dia lihat pergerakan Kang Seojun yang ketika itu sedang melakukan perbuatan terkutuknya dengan seorang wanita.

'Lelaki semua sama cakap sayang dan suka tapi tetap menyundal dengan perempuan lain.'bisik Yoojung.

Dia ralit melihat Seojun yang sedang menikmati perbuatannya itu. Dan setelah itu dia menarik sebuah beg pakaian yang berada di bawah meja komputer lalu menuju ke kotak besi lantas memasukkan sejumlah wang ke dalamnya.

Setelah dia mengeluarkan pendrive yang disambungkan ke komputernya dia mengorak langkah keluar dari bilik bawah tanah itu bersama senyuman sinis yang tak lekang dari bibirnya dan dia melangkah keluar dari kawasan rumah itu.

"Mama nampak Yoojung tak?"tanya Taehyung sambil mengambil gelas lalu menuangkan jus oren kedalamnya.

"Yoojung awal pagi lagi dah keluar katanya ada hal yang nak diselesaikan jadi mama izinkan lagipun Pak Cik Yoon yang hantarkan dia"jawab Puan Kim sambil mengacau sup di atas dapur.

"Tapi tak apa ke mama dia pergi seorang tak jadi apa-apa ker?"tanya Taehyung lagi.

"Jangan risau Tae,aku dah install tracker dalam handphone dia kalau dia tak balik hari ni kita tahu kat mana nak cari dia"tambah Seokjin yang tiba-tiba munculkan diri.

"Aku tak tahu pun kau tak kerja hari ni hyung dan macamana kau terdetik hati nak letakkan tracker dalam handphone Yoojung?"tanya Taehyung.

Seokjin melepaskan keluhannya."Aku cuti hari ni dan untuk soalan kau tu...."Seokjin mendekati Taehyung gusar jika Puan Kim mendengarnya.

"Yoojung dia tak seperti yang kita sangka Tae,she dangerous what she doing before this was dangerous. Dan aku tahu dia tengah selesaikan masalah dia supaya keluarga kita tak diancam. Kau faham kan maksud aku?"bisik Seokjin.

"Taehyung mula risaukan keselamatan gadis itu. Mulalah fikirannya berfikir yang bukan-bukan. Melihatkan reaksi wajah Taehyung Seokjin tahu yang lelaki itu risaukan keselamatan Yoojung.

"Jangan risau aku pasti Yoojung boleh jaga dirinya sendiri,kalau dia tak balik hari ni kita cari dia okay?"tambah Seokjin sambil menepuk lembut bahu Taehyung.

Dan setiap detik untuk menunggu Yoojung pulang betul-betul menyeksa batinnya.

"Bagi aku lokasi tracker Yoojung hyung"pinta Taehyung.

Seokjin teragak-agak untuk bagi sebenarnya kerana dia tahu Taehyung itu macamana orangnya dan dia sudah masak dengan perangai Taehyung.

"Tapi Tae aku bukan tak nak bagi cuma aku takut kau akan buat perkara yang bukan-bukan"jawab Seokjin perlahan.

"Jangan risaulah hyung aku pandai jaga diri dan jangan risau aku pandai berlawan aku cuma nak pastikan Yoojung selamat tu je"pujuk Taehyung sambil memegang lengannya.

"Okaylah aku bagi tapi kalau ada perkara mencurigakan berlaku kau jangan lupa call aku okay?"tambah Seokjin lalu mengeluarkan handphone.

"Ya hyung aku bagitahu kau aku tak lupa okay"kata Taehyung lagi.

"Nah ambik handphone ni password dia birthday aku nanti kau akan nampak kat mana Yoojung berada. Apa-apa call aku tau"ujar Seokjin lalu dia menuju ke biliknya di tingkat atas.

"Apa yang kamu berdua duk bisik-bisik dari tadi tu Tae nampak macam rahsia sangat je"tegur Puan Kim yang sedari tadi memerhati gelagat kedua anak lelakinya itu.

"Tak ada apalah mama ni rahsia orang lelaki orang perempuan tak boleh tahu"jawab Taehyung selamba sambil menayangkan senyuman kotaknya itu.

"Amboi,Tae dah pandai ea sekarang berahsia dengan mama nak mama ketuk dengan senduk ni kat kepala kamu tu berahsia sangat cepat cakap rahsia apa yang lamu bisik-bisik dengan Jin tadi"gertak Puan Kim sambil mengangkat senduknya seperti mahu mengetuk kepala Taehyung.

"Sorry ma,buat masa sekarang tak boleh nak cakap nanti Tae cakap ok,Tae pergi dulu love you mama"kata Tae lalu menghadiahkan flying kiss buat Puan Kim dan cepat-cepat dia berlalu dari situ.

Yoojung ralit bermain dengan pisau kecil ditangannya sesekali bibirnya mula membuat belon menggunakan gula-gula getah yang berada di dalam mulutnya.

Setelah dia melihat Seojun masuk ke dalam kelab malam miliknya. Yoojung tersenyum lalu mula menapak masuk ke falam club itu menggunakan pintu belakang.

Yoojung membuka jaket kulit yang dipakainya terserlah baju dress seksi yang dipakainya itu,dia mengeluarkan cermin muka lalu menilik wajahnya membetulkan makeup nya agar lebih kemas dan rapi.

Dari jauh dia dapat melihat kelibat Seojun yang berjalan menuju ke tingkat atas,beg pakaian yang masih dalam pegangannya digenggam kemas.

Perlahan dia menuju ke arah tingkat atas cuba sedaya mungkin untuk menutupi penyamarannya gusar jika bodyguard di situ dapat mengecamnya.

Taehyung mula berdebar,hatinya risaukan keselamatan Yoojung apabila mengetahui keberadaan gadis itu.

"Moon club apa yang kau buat kat sana Yoojung"ujar Taehyung lantas meraup wajahnya.Kakinya pantas menekan brek lalu membuat U-turn pantas kakinya menekan pedal minyak meluncur laju menuju ke Moon Club.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience