Series
1768
"Yoona pergi panggil Taehyung turun makan"pesan Puan Kim sambil memandang Yoona. Mendengar sahaja namanya disebut serta merta Yoona menggelengkan kepalanya.
"No mama,angin Tae oppa tengah tak elok tu memang tak lah Yoona nak pergi panggil dia,serik tau kena tengking dengan dia dulu sakit masih terasa mama,suruh Jin oppa lah"kata Yoona sambil memandang Seokjin penuh makna.
"Tak payah nak pandang oppa macam tu la. Oppa tak nak mood oppa yang baik malam ni hilang disebabkan Taehyung so no jugak, Yoona pergi panggil sendiri Taehyung tu.
Yoona mencebikkan bibirnya tanda protes,melihatkan dua beradik tu yang tak nak panggil Taehyung Puan Kim menggelengkan kepalanya dan anak matanya memandang Yoojung.
"Yoojung ah boleh tolong panggilkan Taehyung? Bilik dia mula-mula lepas naik tangga tu."kata Puan Kim dan serentak mereka yang berada di meja makan itu memandangnya.
"Kau pergilah,lagipun aku rasa Tae oppa takkan tengking kau punya"kata Yoona sambil tersengih dan Seokjin pula mengangguk mengiyakan kata-kata Yoona.
Yoojung mengeluh perlahan. Dan tanpa menbantah dia bangun lalu menuju ke tangga..
'Nampaknya memang aku kena panggil jugalah Taehyung ni'
Yoojung yang berada di hadapan bilik Taehyung berdebar saat mahu mengetuk bilik lelaki tu.
Namun dia kuatkan hati,dia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan. Setelah itu dia mengetuk perlahan pintu bilik Taehyung.
Tok! Tok!
"Masuk" kedengarn suara garau milik Taehyung dari dalam bilik. Yoojung cuba bertenang lalu perlahan tangannya memegang tombol pintu lalu menariknya kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik Taehyung.
Matanya meliar melihat segenap ruang bilik Taehyung yang berlatarkan warna dinding hitam dan kelabu itu nampak elegan dan susun atur bilik itu simple dan kemas.
Dapat dia dengar derapan kaki Taehyung yang memunculkan dirinya dari ruang almari pakaiannya.
Saat mata Yoojung memandang susuk tubuh Taehyung serta merta jantungnya berdegup kencang.
'Kenapa lelaki ini hensem sangat pakai sweater dengan seluar sukanĀ je pun asal kacak sangat'
Lagi membuatkan dirinya berpeluh apabila melihat rambut Taehyung yang masih lagi lembap tanda lelaki itu baru sahaja selesai mandi.
Taehyung masih lagi dengan wajah ketatnya memandang ke arah Yoojung namun selepas melihat kelibat Yoojung tekanan yang dia rasa daripada ofis sehingga ke rumah hilang begitu sahaja setelah melihat seraut wajah milik Yoojung.
Dan tanpa disedari Taehyung menuju ke arah Yoojung lalu memeluknya erat.Yoojung membulatkan matanya saat dirinya tenggelam dalam pelukan Taehyung.
Jantungnya mengepam laju saat bau haruman segar milik Taehyung menusuk ke hidung.
"Let me stay like this for a while l really need this"kata Taehyung sambil mengemaskan pelukannya.
Yoojung semakin kaku saat Taehyung mula mengemaskan lagi pelukannya. Perlahan Yoojung mengusap belakang Taehyung cuba menenangkan lelaki itu.
Taehyung tersenyum dengan perlakuan Yoojung.Setelah beberapa saat dia meleraikan pelukan mereka. Tangan Taehyung memegang erat pipi Yoojung dan saat itu keinginannya untuk mencium bibir Yoojung tak dapat ditahan lagi.
Dan tanpa sempat Yoojung mengelak bibirnya diragut oleh Taehyung. Akibat terkejut Yoojung hanya kaku dan tidak membalas ciuman Taehyung.
Dan bila dia menyedari yang Yoojung tidak membalas ciumannya.
"Kiss me back please"bisik Taehyung lalu mencium bibir Yoojung semula.
Dan setelah itu Yoojung mula membalas ciuman Taehyung,dan dia dapat rasakan satu perasaan yang dia tidak pernah rasa sebelum ini.
Ciuman yang lembut tadi mula bertambah hangat seakan Taehyung tidak puas,dia mendalamkan lagi ciumannya tangannya memegang belakang kepala Yoojung.
Yoojung mencengkam bahu Taehyung. Dia masih keliru dan terkejut akan tindakan abang angkatnya itu.
Taehyung meleraikan ciuman mereka nafas mereka tidak teratur perlahan dia mencium dahi Yoojung. Tangannya masih di pinggang Yoojung tidak mahu melepaskan gadis itu lagi.
Pipi Yoojung mula merona merah,dia mula rasa malu dan segan akan perbuatan Taehyung sebentar tadi. Wajahnya disembamkan di dada Taehyung.
"You are mine Yoojung,no one will have you except me"kata Taehyung sambil memeluk Yoojung.
Selepas itu Taehyung menghadiahkan satu lagi ciuman di pipi Yoojung.
"Jom turun makan,saya dah lapar"kata Taehyung lalu tersenyum sambil tangannya memegang tangan Yoojung lalu mereka keluar dari bilik menuju ke tangga.
Yoojung yang terpinga-pinga hanya membontoti langkah Taehyung.
Mereka semua berada di ruang tamu,Yoojung masih lagi malu untuk menatap wajah Taehyung yang duduk di hadapannya. Jadi dia hanya menundukkan wajahnya dan bermain dengan jarinya.
Dan Taehyung pula terus terusan memandang wajah Yoojung tanpa jemu bibirnya mengukir senyuman.
'Kau tunggu Yoojung aku akan kiss lagi bibir kau tu,kau betul-betul buatkan aku gila'
"Tae,asal kau tiba-tiba tersenyum sorang-sorang ni tadi bukan main balik rumah hempas pintu bagai"tegur Seokjin sambil menyuap buah potong ke dalam mulutnya.
"Aku ok dah,mood aku dah ok,masalah aku kat ofis dah settle. Cuma aku kena kerja keras sikit untuk buat proposal yang baru"kata Taehyung sambil mengusutkan rambutnya.
"Ha,aku lupa Yoojung ah ,ni telefon baru kau tapi aku masukkan nombor telefon lama kau tak apa kan atau kau nak tukar nombor baru?"tanya Yoona sambil menyerahkan telefon jenama Iphone kepada Yoojung.
"Tak apa,biar jela nombor lama pun"jawab Yoojung ringkas lalu dia membuka butang on telefonnya.
Banyak notifikasi yang masuk namun matanya tertancap pada satu nombor yang tak dikenali yang menghantar mesej suara kepadanya.
Yoojung pun menekan mesej suara tersebut.
"Long time no see Yoojung ah,glad to hear you still alive or else l will kill your bastard father. Stay with the Kim's and take care of yourself well Yoojung ah when the times come l will get you back dear. And we will stay forever. Just you and me."
"Ah,sebelum terlupa aku Seojun. Kang Seojun. Jangan kau pernah lupa nama aku" panggilan itu tamat.
Yoojung melepaskan keluhannya. Satu lagi masalah yang datang. Kang Seo jun.
Lelaki yang dia kenal semasa dia membuat kerja terkutuk Minjae. Sewaktu dia menjual dadah di lorong gelap berdekatan Moon Club. Kelab malam tu milik keluarga lelaki itu.
Dia akui Kang Seojun seorang yang kaya,namun lelaki itu terlalu obses kepadanya.
Pertama kali dia bertemu dengan Kang Seojun,lelaki itu sudah pun jatuh hati pada dia. Selalu ingin bertemu dengannya sampai membuatkan Yoojung rimas.
Namun begitu,Yoojung tidak pernah takut akan lelaki itu,bergelumang dengan dosa membuatkan hatinya keras dan tidak gentar akan apa-apa.
"Sape tu Yoojung?"tanya Yoona.
Yoojung memandang segenap wajah ahli keluarga barunya.
"Just someone,someone who really obsess with me"
Taehyung mula rasa cemburu dengan ayat yang keluar daripada mulut Yoojung.
Dia tidak akan izinkan mana-mana lelaki dekati Yoojung,gadis itu hanya miliknya seorang.
Share this novel