Bab 11

Fantasy Series 1768

Cahaya mentari pagi menerangi segenap ruang bilik Yoojung,perlahan matanya terbuka lantas itu matanya membulat apabila wajah Taehyung begitu hampir dengannya.

Dapat dia rasa setiap hembusan hangat di mukanya. Dia menggaris satu senyuman kecil di kesempatan ini dia menilik segenap wajah milik Taehyung.

Senyumannya melebar,hatinya memuji keindahan lelaki yang berada dalam dakapannya itu.

Perlahan jari runcingnya bermain di kening lebat milik Taehyung rambutnya yang menutupi dahi di selak lembut jarinya dibawa menyentuh pipi milik lelaki itu lalu diusap lembut dan turun ke bibir lelaki itu.

Jarinya ralit bermain dibibir lelaki itu dan tanpa dia sedar sepasang mata milik Taehyung sedang merenungnya.

"Mak!!"jerit Yoojung apabila terkejut melihat Taehyung yang sudah terjaga itu memandangnya penuh menggoda. Senyuman terukir di bibir lantas itu dia mengeratkan lagi pelukannya menyebabkan Yoojung makin tenggelam dalam dakapannya.

"Awak! Terkejut saya dah lama ker awak bangun?"tanya Yoojung sambil meletakkan tangannya di dada Taehyung cuba mencipta jarak antara mereka tidak mahu lelaki itu mendengar degupan jantungnya yang laju.

Taehyung melagakan dahinya ke dahi Yoojung,pelukan dikemaskan. "Saya bangun masa awak main rambut saya tadi"jawab Taehyung tersenyum kecil.

Suara garau dan serak basah milik Taehyung betul-betul menggentarkan seketul hati milik Yoojung.

"Kalau macam ni lah hari-hari boleh sakit jantung aku. Suara dia buat aku tergoda betullah"bisik hati Yoojung.

"Ermm..awak bangunlah nanti kalau Yoona masuk dia cakap apa pulak"kata Yoojung lantas berura-ura untuk bangun namun lengannya ditarik lalu badannya rebah ke tilam semula.

Dan sesaat kemudian tubuhnya diperangkap oleh tangan kekar milik Taehyung.

"Tapi saya nak morning kiss saya dulu"ucap Taehyung sambil tersenyum nakal,rambutnya yang kusut itu menambahkan lagi kekacakan wajahnya.

Pantas Yoojung menekup mulutnya."Tak nak saya tak gosok gigi lagi,mulut saya busuk"Taehyung tergelak kecil.

"Habis tu awak ingat saya gosok gigi lah,kita sama-sama busuk Yoojung"balas Taehyung lantas mengalihkan tangan Yoojung dari bibirnya lalu mencium bibir merah milik gadis itu.Ciuman yang hangat itu membuatkan jantung mereka berdegup kencang.Taehyung memegang rahang Yoojung lantas memperdalamkan ciumannya.

Baginya Yoojung seperti dadah sekali dah rasa nak lagi dan segalanya milik Yoojung buatkan dia ketagih. Ya,Yoojung adalah dadah baginya.

"Mama masak apa tengahari ni?"tanya Yoojung yang baru sahaja memunculkan dirinya di ruang dapur,dia nampak mamanya yang sibuk memasak bersama dengan seorang pembantu rumah.

"Oh,Yoojung ah macamana tidur lena tak?Mama dengar kamu balik lewat semalam? Mesti penat kan. Mama masak western hari ni Papa tiba-tiba je request spaghetti carbonara katanya dah lama tak makan"jawab Puan Kim sambil tersenyum ke arah Yoojung.

Yoojung menganggukkan kepalanya. "Ada apa-apa yang mama nak Yoojung tolong?"tanya Yoojung sambil tangannya membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sekotak jus oren lalu menuangkannya ke dalam sebuah gelas,perlahan dia minum jus oren itu sambil matanya memandang ke arah Puan Kim.

"Dah tak ada apa-apa yang nak ditolong semua dah siap pinggan dan cawan pun dah terhidang atas meja makan cuma kalau Yoojung nak tolong,Yoojung tolong panggilkan papa kat bilik bacaan boleh?"tanya Puan Kim sambil tersenyum memandang Yoojung.

"Okay mama Yoojung panggilkan papa ya"jawab Yoojung lalu melangkah keluar dari ruang dapir lalu menuju ke bilik bacaan yang terletak di tingkat dua rumah itu.

"Tok! Tok! Tok!"

"Masuk!"Suara Tuan Kim kedengaran dari dalam bilik bacaan perlahan Yoojung memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik itu.

"Oh, Yoojung masuklah"jawab Tuan Kim setelah dia melihat susuk tubuh Yoojung berada di muka pintu.

"Erm,papa mama panggil makan"jawab Yoojung ringkas wajahnya jelas kelihatan yang dia masih tak biasa lagi dengan Tuan Kim,kenangan buruk bersama Minjae membuatkan dia takut pisang berbuah dua kali dia tahu Tuan Kim bukan sama macam Minjae namun dia masih trauma cukuplah dia masih boleh menggelarkan lelaki itu sebagai papa. Untuk sayangkan lelaki itu seperti ayah sendiri,itu memerlukan masa yang lama.

"Papa nampak Yoojung masih tak biasa dengan papa tapi tak apa papa faham dan papa tak paksa Yoojung untuk terima dan sayangkan papa macam ayah kandung Yoojung sendiri. Yoojung masih trauma kan?"kata papa lalu dia mengeluh perlahan.

Setelah itu dia bangun lalu menuju ke arah sofa yang berada di tengah bilik itu.

"Duduk dulu Yoojung papa ada benda nak dibincangkan dengan kamu"jawab papa sambil menatap wajah Yoojung.

Perlahan dia melangkah lalu duduk dihadapan Tuan Kim.Matanya menatap lembut wajah tua Tuan Kim,sejak dia menjejakkan kaki ke rumah milik keluarga Kim itu dia tidak pernah menatap lama wajah Tuan Kim dan setelah dia mengamatinya barulah dia sedar dari mana Taehyung dapat wajah yang hensem itu.

'Mesti Taehyung ikut papa ni sebab aku boleh rasa yang papa masa muda mesti hensem sedangkan di usia tuanya pun dia masih lagi segak.'bisik hati Yoojung.

"Sebenarnya papa nak kamu belajar di sekolah bukan belajar dari rumah"Yoojung mengerutkan dahinya setelah mendengar kata-kata Tuan Kim.

"Papa tahu kamu trauma untuk belajar di sekolah biasa tapi papa nak kamu dapat masuk ke universiti yang bagus,kalau kat sekolah kamu boleh aktif dalam pelajaran dan kurikulum dan kalau kamu lulus dengan cemerlang dalam kedua-duanya peluang kamu untuk ke universiti yang bagus lebih cerah"terang Tuan Kim panjang lebar.

Yoojung mempamirkan reaksi kosong mindanya cuba memahami maksud cadangan Tuan Kim.

"Papa tahu cara papa nampak macam memaksa kamu tapi papa dah janji dengan Yoona untuk bagi yang terbaik untuk kamu,papa nak kamu lupakan kisah duka kamu dan mulakan hidup baru.Papa tahu semua tu susah tapi kalau kita tak cuba kita tak tahu kan"pujuk Tuan Kim lagi matanya redup memandang Yoojung.

Dia mengeluh perlahan,sejujurnya dia belum bersedia untuk bersekolah semula namun jika itu yang terbaik dia terpaksa akur juga. Dia perlu merancang masa depan dia kerana dia ingin meninggalkan rumah itu apbila masa telah tiba.

"Kalau kamu takut jangan risau papa akan sekolahkan kamu dengan Yoona malah satu kelas lagi supaya kamu tak keseorangan"tambah Tuan Kim lagi.

"Baiklah papa kalau itu yang terbaik Yoojung ikutkan sahaja"jawab Yoojung ringkas sambil memandang Tuan Kim bersama segaris senyuman.

"Baguslah kalau kamu terima kalau tak ada apa-apa Isnin ni kamu dah mula sekolah papa akan beritahu Yoona nanti kamu keluarlah berdua beli apa yang patut ya. Nah,guna kad ni papa hadiahkan kepada kamu"kata Tuan Kim ceria selepas mendengar jawapan dari Yoojung lalu menyerahkan sekeping black card kepada Yoojung.

Lambat dia menyambut matanya tidak lepas dari memandang black card itu.

"Wah,kaya betul papa sampai beri aku black card ni tapi jangan risau aku guna ala kadar je sebab duit simpanan aku banyak lagi'bisik hati Yoojung sambil tersenyum.

"Thank you pa,kalau tak ada apa-apa lagi jom turun makan nanti mama membebel pula kita lambat turun"

"Ha yalah papa pun dah lapar ni"jawab Tuan Kim lantas menarik lengan Yoojung lalu melangkah keluar dari bilik bacaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience