Series
1768
Kelihatan Yoojung mula sedar dari tidurnya,dia mengerang perlahan sakit di seluruh badannya ditahan setiap pergerakan yang dibuat mengundang sakit yang tak terperi.
Bau busuk bilik bawah tanah tu sudah lali baginya. Dia cuba bangun namun gagal.
"Arghhh!" Jerit Yoojung apabila sakit mencengkam kakinya.
"Sleeping beauty dah bangun?"
Yoojung memandang ke arah suara itu lalu memandang jijik kepada pemilik suara itu.
Kang Minjae ayah angkatnya, manusia yang bertopengkan syaitan. Tiada satu suarapun yang keluar dari mulutnya setelah dia sedar akan kehadiran lelaki itu dalam bilik bawah tanah atau yang sebenarnya bilik kurungan untuk dirinya.
"Kenapa senyap? Kau ni degil betul lah suka naikkan darah aku kan" kata Minjae lalu berjalan menuju ke arah Yoojung.
Minjae menarik kasar rambut Yoojung membuatkannya mengerang kesakitan.
Lagi kuat Yoojung mengerang lagi kuat dia menarik rambutnya.
"Aku suka dengar kau mengerang sakit macam ni. Bunyinya best sangat"kata Minjae yang sedang mencangkung di hadapan Yoojung dan tangannya menarik kemas rambut Yoojung.
"Kau dengar sini ya betina,aku makin lama tengok muka kau makin menyampah kau tahu tak! Kalau tak kerana mak kau aku dah lama lacurkan kau tahu tak tapi tu la tengok kau yang macam serupa dengan budak jantan aku kuburkan saja niat aku tu.
Badan dah serupa papan sekeping rambut pun pendek macam lelaki kalau aku jual kau buat malu aku ja. Tak ada orang nak"kata Minjae sambil memandang penuh kebencian kepada Yoojung.
"Malam ni aku nak kau tidur sini,maklumlah client aku datang aku tak nak dia tahu kau ada. Kalau kau keluar siap kau aku kerjakan! Kau dengar tak?"tengking Minjae.
"De..dengar"perlahan suara Yoojung menjawab. Minjae melepaskan kepala Yoojung kuat tak dipedulikan suara Yoojung yang mengerang kesakitan.
Selepas mendengar pintu bilik itu dikunci dari luar, Yoojung menyandarkan badannya ke dinding tangannya mengurut lembut kepalanya cuba menghilangkan kesakitan yang mencengkam kepalanya.
Sakit diseluruh badannya dibiarkan walau seluruh anggota badannya bagaikan dicarik-carik namun dia sudah biasa diseksa dan dipukul hingga hatinya juga mula menjadi sekeras batu.
Yoojung membuang pandangannya ke tingkap sedikit cahaya dari tingkap kecil itu menerangi kegelapan bilik itu.
Namun belum cukup untuk menerangi kegelapan hatinya kadang dia berfikir sampai bila dia perlu diseksa begini.
Umurnya yang sudah menginjak 18 tahun namun dia tidak membesar seperti remaja lain.
Sudah 2 tahun dia berhenti sekolah,terpaksa bekerja setelah ayah angkatnya mula menunjukkan belang.
Semua angkara mak dia yang mula curang di belakang ayahnya. Setelah perbuatannya terbongkar ayahnya mula berubah dan segala kekecewaan dan kemarahannya dilampiaskan kepada Yoojung.
Bukan itu saja ayahnya mula menjadi syaitan dan menjadikan maknya sebagai pelacur.
Dia teringin sekali melarikan diri tapi dia takut maknya diapa-apakan cukuplah mak dia terseksa setelah dipaksa melayan jantan-jantan keparat tu.
Perutnya mula berbunyi dia meletakkan tangannya di perut cuba menahan sakit yang mencucuk-cukup sudah sehari dia dibiarkan berlapar tanpa makanan.
Itulah cara Minjae menyeksanya pernah dia membiarkan Yoojung berlapar selama 3 hari hanya kerana dia pulang lewat ke rumah.
Lelaki itu memang tak berperikemanusiaan.
Dulu rasa sayang yang pernah diberikan buat lelaki itu sekarang bertukar menjadi benci
Benci sampai tahap dia memikirkan 1000 cara untuk membunuh lelaki yang pernah bergelar ayah kepadanya.
Yoojung tidak sedar berapa jam dia melayan perasaannya sehingga malam mula menjelma suasana di dalam bilik itu gelap gelita.
Dari kejauhan dia mendengar pintu dibuka dari luar. Maknya masuk sambil membawa makanan.
Yoojung cuba untuk bangun namun ditahan oleh mak.
"Yoojung ah mak dah jumpa keluarga angkat kembar kamu. Kamu patut pergi kepada mereka tinggalkan tempat ni. Mak nak kamu bahagia dengan mereka kat sini kamu terseksa sayang. Tengoklah apa yang ayah kamu buat ni. Lebam sini sana. Dengar cakap mak ya sayang" pujuk mak sambil tangannya lincah menyapu ubat di muka Yoojung.
Airmatanya menitis melihat keadaan Yoojung wajahnya penuh luka dan lebam di seluruh tubuh. Dia menyalahkan dirinya kerana silap yang pernah dia buat anaknya menerima hukuman.
"Kalau saya tinggalkan mak nanti appa akan apa-apakan mak saya tak nak semua tu berlaku tak apa saya masih boleh bertahan" pantas mak menggelengkan kepalanya.
"No Yoojung kamu kena tinggalkan sini juga malam ni keputusan mak muktamad. Keluarga angkat kamu dalam perjalanan ke sini"
"Mak kalau apa-apa jadi kat mak macamana?"tanya Yoojung sambil matanya berair memandang maknya.
"Sayang,mak dah hidup lama dan mak dah bahagia sebab mak ada kamu mak dah puas hati seandainya mak mati di tangan ayah kamu sayang. Janji dengan mak yang kamu mesti bahagia hidup kamu masih panjang sayang kamu takkan kemana kalau kamu masih disini."kata mak sambil mengelap pipi Yoojung yang basah dengan airmata.
"Ambil roti ni dan makan cepat kamu perlukan tenaga untuk lari dari sini keluarga kembar kamu akan sampai dalam sejam lagi. Ambil kunci ni Yoojung mak buat kunci pendua tanpa pengetahuan ayah kamu. Tepat jam pukul 3 pagi kamu keluar dari bilik ni dan terus keluar dari rumah keluar ikut pintu dapur mak biarkan tak berkunci. Ingat jangan kembali lagi ke rumah ni"
Yoojung mula menangis tidak mahu berpisah dengan maknya. Pantas dia memeluk erat maknya.
"Saya tak sanggup tinggalkan mak"
"Yoojung anak mak kamu kuat mak tahu kamu mampu harungi semua ni. Mak sayang sangat pada kamu. Terima kasih ya nak bahagiakan hidup mak" kata mak sambil membalas pelukan Yoojung.
"Ambil rantai ni, mak hanya ada ini saja untuk kamu sayang jaga elok-elok. Jangan lupakan mak"
"Macamana saya nak lupakan mak, saya takkan boleh lupakan mak sampai saya mati. Terima kasih mak atas segalanya. Saya sayangkan mak hingga hujung nyawa saya"kata Yoojung dalam tangisannya.
Setelah puas didesak oleh Yoojung akhirnya mak keluar dari bilik itu. Rantai ditangan dikalung ke lehernya lalu tangannya menggenggam erat loket rantai itu yang berbentuk hati.
Yoojung melihat jam tangan yang ditinggalkan oleh mak. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Perlahan Yoojung bangun lalu menuju ke arah pintu.
Dengan perlahan dia membuka pintu lalu menjengukkan kepalanya keluar bilik. Suasana gelap tanpa sebarang cahaya menyukarkan penglihatannya.
Perlahan Yoojung menapak menuju ke ruang dapur.
Baru sahaja dia ingin menarik tombol pintu dapur suasana yang gelap tadi bertukar cerah.
Pantas Yoojung berpaling kebelakang. Ketakutan mula menyelubungi dirinya tatkala melihat maknya yang lemah longlai dipukul dipegang oleh dua lelaki.
"Nak lari kemana betina?"kata Minjae bersama reaksi wajah yang menggerunkan.
"Sa..yang! Lari sekarang jangan pedulikan mak!"jerit mak membuatkan Yoojung mengalirkan airmata.
"Saya minta maaf mak"kata Yoojung dan tanpa membuang masa dia terus menarik tombol pintu lalu keluar dari rumah.
"Kau takkan dapat lari Kim Yoojung!"jerit Minjae lalu mengarahkan orangnya agar mengejar Yoojung.
Yoojung menggunakan seni mempertahankan diri yang pernah dipelajari di sekolah untuk berlawan melepaskan diri daripada orang suruhan Minjae.
Walaupun sakit dibadannya masih terasa namun Yoojung gagahkan juga dirinya untuk lari dari neraka itu.
Setelah dia berjaya menumbuk muka lelaki yang ingin menghalangnya. Dia menyepak muka lelaki itu sekali lagi sehingga dia rebah.
Setelah itu dia perasan 5 orang lagi mula mendekatinya Yoojung terus melarikan diri keluar dari pintu pagar lalu berlari menuju ke jalan raya.
Mereka semua masih mengejar Yoojung. Larian Yoojung mula perlahan disebabkan kecederaan yang dialaminya.
Namun dia masih meneruskan lariannya. Kerana hanya ini sahaja peluang yang dia ada jika dia gagal dia pasti akan mati di tangan Minjae.
Ketika Yoojung ingin melintas dia tidak perasan ada sebuah kereta yang meluncur laju kearahnya.
Belum sempat dia mengelak badannya sudah dilanggar oleh kereta itu.
Namun dia sempat melihat pemandu kereta itu . Minjae.
Minjae tertawa seperti orang gila selepas melanggar Yoojung.
Badan Yoojung yang melayang lalu jatuh bergolek atas jalanraya. Darah mula membasahi jalan.
Mata Yoojung memandang ke langit. Dalam kepayahan dia mengukir senyuman tubuh badannya kaku dan dia mulai lemah. Dia masih mendengar bunyi siren ambulans yang makin lama mulai mendekat.
"Min..jaee ka..u ak..an ma..ti ju..ga"bisik Yoojung sebelum dia mula tidak sedarkan diri.
Minjae yang masih memandu keretanya ketawa berdekah-dekah.
"Mak pun aku dah bunuh anak pun sama. Matilah korang berdua hidup menyusahkan aku je"katanya sambil ketawa.
Ketika Minjae ingin membelok di selekoh dia ternampak ada lori trailer yang sedang laju menuju ke arahnya.
Dia terus menekan brek namun bila brek keretanya tidak berfungsi dia mula ketakutan.
"Kenapa brek ni tak makan!"aduh Minjae saat keretanya laju menuju ke arah lori trailer.
Minjae yang sedang ketakutan itu terus memusingkan stereng keretanya saat lori trailer sudahpun membunyikan hon kepadanya.
Namun nasib tidak menyebelahinya apabila kereta yang dipandunya melanggar tiang elektrik lalu terbabas dan keretanya bergolek di atas jalan. Dan Minjae mati di tempat kejadian.
Yoona yang baru sampai di situ mulai ketakutan kerana melihat kembarnya yang terbaring berlumuran darah di atas jalan.
Kalau tidak kerana keretanya membuat masalah dalam perjalanan untuk menyelamatkan adiknya pasti Yoojung takkan jadi begini.
Tanpa membuang masa Yoona terus berlari menuju ke arah Yoojung meninggalkan ibubapanya yang masih lagi berada di dalam kereta.
Abang angkatnya Kim Seokjin pantas membontoti langkah Yoona.
"Yoojung ah! Yoojung ah! Jangan tinggalkan aku please. Kau tak boleh tinggalkan aku! Jin Oppa tolong selamatkan Yoojung Jin oppa please! Yoona tak nak kehilangan dia"rayu Yoona sambil menangis teresak-esak.
"Ya sayang oppa cuba okay. Yoona bertenang dulu oppa tengok keadaan dia dahulu"pujuk Seokjin lalu menuju ke arah Yoojung.
"Saya doktor saya nak tengok keadaan pesakit"kata Seokjin kepada jururawat yang sedang memeriksa keadaan Yoojung.
Selepas Seokjin memeriksa keadaan Yoojung dia mengesahkan yang Yoojung mengalami pendarahan yang teruk di kepala dan dia memerlukan pembedahan dalam kadar yang segera jika tidak nyawanya dalam bahaya.
Selepas memindahkan badan Yoojung ke atas stretcher mereka bergegas menuju ke arah ambulans lalu memecut menuju ke hospital.
Ibubapa Yoona cuba menenangkan Yoona yang sedari tadi menangis tanpa henti.
Seokjin pula sedang melakukan pembedahan ke atas Yoojung bersama dengan doktor pakar yang lain.
Dari kejauhan Taehyung berlari menuju ke arah ibubapanya dan adik angkatnya Yoona.
"Taehyung kamu dah sampai?"tegur Tuan Kim lalu menepuk bahu Taehyung.
"Cuba pujuk adik kamu tu Taehyung dari tadi dia menangis tak berhenti"Taehyung hanya menganggukkan kepalanya.
"Hyung mana papa?"tanya Taehyung.
"Ada kat dalam tengah operate Yoojung keadaan dia teruk juga."jawab Tuan Kim perlahan.
Setelah itu dia menuju ke arah adiknya Yoona yang masih lagi menangis. Puan Kim masih cuba memujuk Yoona.
"Tae oppa!"panggil Yoona setelah melihat kelibat abang angkat keduanya di situ.
Pantas dia menuju ke arah Taehyung lalu memeluk lelaki itu.
"Hei,semua akan baik-baik saja lagipun Jin oppa kan ada. Dia pasti akan selamatkan Yoojung."pujuk Taehyung kepada Yoona.
Dia amat menyayangi Yoona yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri.
Perlahan dia mengusap rambut Yoona yang panjang sehingga paras pinggang itu.
"She can't leave me Tae oppa. Not this time"bisik Yoona sambil memeluk Taehyung.
Share this novel