Series
1768
Namjoon hairan melihat Taehyung yang happy semacam daripada pagi. Kadang dia lihat lelaki itu tersenyum seorang diri.
"Tae,kau dah kenapa hari ni aku tengok kau happy semacam je kalau tak muka macam ayam berak kapur je. Ada berita gembira ker? Project juta-juta yang kau cakap tu dah lulus ea? Ginilah kau berita baik tak nak kongsi dengan aku"kata Namjoon sambil muncungkan bibirnya.
"Haish,apa kau merepek ni Joon. Mana ada lulus lagilah aku baru je siapkan proposal tu takkan secepat tu nak lulus. Agak-agakla kau ni. Tak adalah aku okay je kau je yang melebih ni"jawab Taehyung sambil membetulkan duduknya.
"Wey,agak-agakla kalau kau nak menipu pun kau ingat aku baru kenal kau hari ni ke? Dah bertahun tau kau punya perangai tu dalam poket aku tahu tak? Sebelum aku merajuk baik kau cerita sekarang"ugut Namjoon lalu mendekati Taehyung lantas duduk berhadapan dengannya.
"Ha tu la modal kau merajuk je daripada dulu sampai sekarang. Kau kena ubah sikit perangai kau tu nanti tak ada awek yang lekat padan muka. Aku bagitahu kau ni perempuan tak suka tau lelaki yang cepat merajuk ni. Diaorang suka yang cool handsome macam aku"kata Taehyung bersama senyum petaknya tu.
"Dengan perempuan tak adalah aku nak buat macam tu dengan kau je aku merajuk"
Taehyung menjeling Namjoon yang sedang tersengih seperti kerang busuk tu.
"Hish kau ni cepatlah cerita kejap lagi nak balik dah kang adik aku bising pulak"kata Namjoon sambil merapatkan badannya kepada Taehyung.
"Yoona ada adik kembar"kata Taehyung sambil memandang Namjoon sekilas.
"Daebak,wey tak sangka aku dia ada adik kembar muka diaorang sama tak? Mana lagi cantik Yoona ker adik dia?"tanya Namjoon penuh teruja.
"Aku pun tak sangka yelah Yoona tak pernah cerita kat aku pun pasal adik dia cuma haritu mama ada tanya dia barulah dia jujur. Macamana mama tahu tu aku dengar mak angkat adik kembar Yoona cari Yoona sebab adik dia selalu kena dera dengan ayah angkat dia."Taehyung mengeluh.
Jelas di ingatannya betapa trauma Yoojung saat dia menangis teresak-esak.
"Kau tau Joon first time aku tengok adik dia jantung aku berdegup laju sangat dan aku rasa something yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Masa tu muka dia pucat sangat dengan kesan calar semua tapi dia mampu buat aku terpukau dengan hanya wajah pucat dia"
"Dia seiras dengan Yoona tapi pandangan mereka tak sama Joon,masa dia sedar aku bahagia sangat kau tahu selama 2 bulan dia terlantar kat hospital hari-hari aku tengok dia selagi tak tengok muka dia sehari hidup aku tak senang. Macam tak complete"
"Dan bila dia sedar aku happy sangat,aku rasa dah macam budak sekolah pulak yang tengah hangat bercinta"kata Taehyung panjang lebar.
Namjoon tersenyum mendengar cerita kawannya tu. Lalu dia menghela nafasnya perlahan.
"Tae,aku suka tengok kau happy macam ni tapi satu je Tae,dia adik angkat kau sebab dia kembar Yoona. Aku takut ayah kau tak benarkan kau bersama dengan dia"kata-kata dari Namjoon membuatkan dia terkesima.
Kebenaran yang satu tu membuatkan dia runsing. Ayahnya seorang yang tegas dan itu yang dia takutkan sekarang.
"So sekarang advice aku kau cuba buat dia jatuh cinta dengan kau mana tahu bila korang suka sama suka ayah kau berlembut hati untuk satukan korang" kata-kata Namjoon membuatkan Taehyung tersenyum.
"Okay aku suka advice kau tu tak sabar aku nak praktikkan"kata Taehyung lagi.
"Mianglah kau ni"Taehyung ketawa mendengar kata-kata Namjoon.
"Kau mesti tak sabar kan nak balik rumah,yela dah 2 bulan lebih kau duduk sini"kata Yoona penuh teruja.
"Kau tahu aku dah siapkan bilik kau cantik-cantik lepastu Jin oppa yang decorate bilik kau. Dan Tae oppa dah beli banyak baju baru untuk kau. Tunggu kau balik je"tambah Yoona bersama senyuman yang tak lekang daripada wajahnya.
"Yoona tak apa ker aku tinggal dengan keluarga kau tak beban ker"tanya Yoojung sambil melihat Yoona ligat mengemas barang milik Yoojung ke dalam beg.
Yoojung yang sudah menukar pakaian duduk di sofa sambil memerhati tingkah Yoona.
"Tak menyusahkan pun dan tak jadi beban pun Yoojung,mama dan papa tak sabar tau tunggu kau kat rumah. So sekarang aku dah siap ni jom kita balik,Jin oppa dah tolong bayar bil so jom turun"kata Yoona lalu menuju ke arah Yoojung lantas menarik tangan kembarnya jalan beriringan keluar dari bilik wad.
Sebaik sahaja sampai di lobi Yoojung terkejut apabila Jin oppa datang dan tiba-tiba memeluknya erat.
"Akhirnya adik oppa ni keluar hospital juga"kata Seokjin sambil meleraikan pelukan mereka.
'Keluarga diaorang ni memang suka peluk orang ker apa'
Yoojung melemparkan senyumannya kepada Seokjin,dia mula kekok dengan Seokjin.
"Hurmm, lepas ni Yoojung kena makan banyak dah kurus sangat ni tak macam Yoona gemuk"
Pantas Yoona mencubit lengan Seokjin.
"Amboi sedapnya mengata orang biarlah gemuk pun dah ada orang sayang tak macam oppa tu dah tua tapi membujang lagi"bebel Yoona.
"Amboi kau dik berlagak sungguh mentang-mentang kau dah ada boyfriend"kata Seokjin.
"Kau dah ada boyfriend Yoona?"pertanyaan Yoojung disambut dengan sengihan daripada Yoona.
"Hehe, jomla dah lambat ni"kata Yoona lalu menuju ke arah driver mereka.
"Eleh,malulah tu dia memang macam tu Yoojung sebut pasal boyfriend dia akan jadi malu kucing macam tu lah padahal bagi oppa,oppa tak kisah pun"kata Seokjin
"Jomlah dah lambat ni"kata Seokjin sambil menarik tangan Yoojung.
Setibanya di perkarangan rumah angkat keluarga Yoona mata Yoojung terbeliak melihat betapa besar dan mewahnya rumah mereka.
Yoojung mula gementar takut pun ada seperti dia tidak sesuai tinggal kat situ.
'Rumah macam istana ni bakal jadi rumah aku biar betul'
Pantas Yoojung menarik tangan Yoona lalu Yoona memandang Yoojung pelik.
"Kenapa Yoojung?"
"Aku rasa aku tak patut tinggal dengan keluarga kau Yoona, look at me Yoona l'm not like you"kata Yoojung dengan reaksi wajahnya yang kosong.
Yoona menarik nafasnya perlahan lalu memegang kedua belah bahu Yoojung. Seokjin memerhati dan mendengar perbualan dua beradik kembar itu.
"Apa yang bezanya Yoojung kau kembar aku kalau kau tak tinggal kat sini kau nak tinggal kat mana? Dan lagi satu aku dah janji dengan arwah mak kau untuk jaga kau tahu tak so kau tak payah rasa susah hati just tinggal je kat sini okay"kata Yoona mengundang tawa sinis dari Yoojung.
Yoojung memandang Yoona tajam,lalu pegangan tangan Yoona di bahunya ditepis.
"Okay kau nak aku tinggal sini,aku ikut tapi Yoona aku takkan selamanya tinggal kat sini sampai waktunya aku akan pergi dari sini"kata Yoojung lalu melangkah meninggalkan Yoona.
Namun belum sempat Yoojung melangkah jauh lengannya di rentap Yoona.
"Kau cakap apa ni? Kau nak tinggalkan aku? Sanggup kau tinggalkan aku Yoojung?"tanya Yoona bertubi-tubi jelas Yoojung lihat ada airmata yang bergenang di tubir mata kembarnya itu.
Yoojung menghela nafasnya. Perlahan dia menyesal dengan kata-katanya. Memang dia tak nak terus tinggal disitu dia nekad sampai masanya nanti dia akan pergi mencari haluannya sendiri.
Namun selepas dia melihat reaksi Yoona, dia tak patut buatkan kembarnya berfikir yang bukan-bukan.
"Haish kau ni takkanlah aku nak tinggalkan kau pulak,akan datang kita tak tahu lagi Yoona kalau kau kahwin nanti bukan setakat aku je entah-entah kau pun yang tinggalkan rumah ni"kata Yoojung sambil ketawa tangannya mengusap lembut pipi kembarnya itu.
"Eiii,jahatlah kau ni saja je buat aku berdebar kau jangan macam-macam ea Yoojung,kau tinggalkan aku siap kau"marah Yoona sambil memukul lembut belakang badan Yoojung.
Yoojung hanya ketawa melihat keletah Yoona. Lantas itu Seokjin datang lalu memaut kedua bahu Yoojung dn Yoona.
"Ha!,sekarang oppa ada geng dah nak menyakat awak Yoona kan Yoojung?"tanya Seokjin sambil memandang Yoojung,pantas gadis itu menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
"Hish,oppa pun jahat tak nak kawan"kata Yoona pura-pura merajuk.
"Merajuk ker? Tapi oppa tak nak pujuk! Lantas itu dia menarik tangan Yoojung meninggalkan Yoona seorang di situ.
Apalagi menjeritlah si Yoona tu.
"Kim Seokjin! Kim Yoojung! Siap korang!"marah Yoona sambil bercekak pinggang.
Share this novel