Bab 10

Fantasy Series 1768

Namjoon ralit memandang gadis dihadapannya,jarinya bermain di bawah dagunya sekejap dia memandang ke sekeliling restoran barbeku itu walaupun hari sudah lewat malam namun restoran itu masih ramai pelanggan.

Tak dinafikan wajah Yoojung memang seiras Yoona dan dia akui kata-kata Taehyung tentang Yoojung walau wajah mereka seiras namun personaliti mereka amat berbeza.

Yoona seorang yang ceria dan suka tersenyum manakala Yoojung lebih banyak mendiamkan diri.

"Yah,asal kau tenung adik aku dari tadi?Kau jangan macam-macam ea"tegur Seokjin sambil mencuit bahu Namjoon.

Tersedak lelaki itu yang sedang meneguk minumannya.

"Kau ni agak-agaklah aku pandang je kan lagipun ni kan first time aku jumpa dengan kembar Yoona aku nak tengoklah kot-kot ada yang beza. Rupanya muka je serupa tapi aura dia lain"balas Namjoon.

"Yoojung tersenyum kecil mendengar perbualan antara Namjoon dan Seokjin itu.

"Lain yang macamana tu?"tegur Yoojung lalu memandang tepat wajah Namjoon sambil mnyandarkan badannya ke kerusi.

Namjoon tersengih melihat Yoojung meremang bulu romanya membalas renungan mata Yoojung.

Pantas Namjoon menggosok belakang lehernya lantas menggeleng perlahan.

'Wah dingin betul budak ni takut pulak aku'bisik hati Namjoon.

"Sorry if you not comfortable with me. Saya memang macam ni"balas Yoojung.

Perlahan Taehyung memegang kepala kerusi Yoojung lantas itu mendekatkan bibirnya ke telinga gadis itu.

"You got an explanation to do Yoojung ah"bisik Taehyung lalu menegakkan badannya.

Seokjin mengalihkan pandangannya ke arah Yoojung yang ketika itu membuang pandangannya ke segenap ruang restoran.

Dia mengeluh perlahan kalau boleh dia taknak mereka tahu kenapa dia berada di club itu tapi kalau dia tak beritahu mereka akan terus bertanya kepadanya.

"Kenapa senyap cat got your tongue?"Seokjin mengeluh.

"Awak bukan berseorangan sekarang ni Yoojung awak adalah ahli keluarga Kim dan sebagai oppa awak saya wajib tahu apa yang awak buat kat club tu"tambah Seokjin lagi.

"Okay lah saya beritahu,lelaki yang korang nampak kat club tu nama dia Kang Seonjun"

"Kang Seonjun bukan ker dia tu anak kepada Kang HyungShik owner Hyun Lite Star Co. Jadi Moon Club tu dia punya."pintas Namjoon.

"Kau kenal ker ayah dia?"tanya Taehyung.

"Of courselah dia kan pernah bersaing dengan kita untuk projek pembinaan kondominium elite setahun lepas tapi gagal sebab project tu dapat kat kita. Kau ingat tak?"jawab Namjoon.

"Ya aku ingat abang sulung dia yang bentangkan tender tu dan akhirnya kalah aku ingat lagi muka cemberut abangnya. Tapi tak sangka pula keluarga dia ada club"

"Dia ada,keluarga Seonjun kan berduit"Yoojung tersenyum sinis sambil meneguk minumannya.

"Saya selamatkan Seonjun 2 tahun lepas masa tu saya 16 tahun,dia hampir kena bunuh disebabkan musuh keluarganya. Saya tak tahu sangat cerita pasal tu cuma yang saya tahu ayah dia terlibat dengan orang yang salah. Maksud saya terlibat dengan kegiatan haram."

"And since then Seonjun mula rapat dengan saya sampailah dia mula obsess dengan saya sehingga sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan saya. He did something that l never thought he could do.
Saya terus benci dia selepas tu.Minjae ayah angkat saya ada berhutang dengan dia jadi saya pergi kat sana untuk langsaikan hutang itu. Tapi jangan risau sebab dia takkan ganggu saya lagi."terang Yoojung lagi.

"Sebab pendrive tu ker?"tanya Taehyung lagi.

"Yup,tu semua rakaman kegiatan haram dia. Kang Seonjun he worst than his brother. So much worse"tambah Yoojung lagi.

Mereka menganggukkan kepala setelah mendengar cerita daripada Yoojung.

Selepas itu mereka mula beransur pulang ke rumah risau jika Puan Kim marahkan mereka kerana pulang lewat.

Yoojung yang baru sahaja siap berpakaian selepas membersihkan dirinya terkejut apabila melihat Yoona duduk bersila dia atas katilnya sambil memandang tajam kearahnya.

Yoojung menarik nafas perlahan lalu berjalan menuju ke katilnya itu.

"Kau pergi mana ha? Aku balik dari sekolah tengok kau tak ada"tanya Yoona sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Aku balik rumah lama aku ambil barang aku kenapa?"tanya Yoojung.

"Kau tahu tak bahaya kau pergi sorang-sorang kalau jadi apa-apa macamana?"Yoona menepuk lengan Yoojung tanda tidak berpuas hati dengan gadis itu.

Yoojung melepaskan tawanya.

"Kau ni jangan drama sangat boleh tak? Aku okay jela lagipun Taehyung dan Seokjin ada tadi so kau jangan risau okay"jawab Yoojung.

"Lepas ni kalau kau nak pergi mana-mana kau kena beritahu aku. Wajib tak ada kompromi. Aku taknak apa-apa jadi kat kau faham?"tegas suara Yoona memberi amaran kepada Yoojung.

"Baiklah tuan puteri"jawab Yoojung sambil ketawa kecil.

"Namjoon oppa tidur kat sini tau,lama tak nampak dia rindu pula"jawab Yoona sambil tersenyum,Yoojung hanya memerhati reaksi wajah Yoona yang teruja tu.

Bukan ker kau tu dah ada boyfriend yang kau teruja sangat pasal Namjoon tu kenapa?"tanya Yoojung pelik.

Namun apabila Yoona terdiam dan tersipu malu pantas Yoojung menekup mulutnya dengan tangan.

"Jangan cakap yang Namjoon tu boyfriend kau!"kata Yoojung sedikit kuat. Pantas Yoona menbuat isyarat senyap kepada Yoojung.

"Kau jangan beritahu orang lain tau hanya Jin oppa je tahu, Tae oppa tak tahu lagi.Nanti kalau dia tahu habis dibelasahnya Joon oppa aku tu"kata Yoona sambil tersenyum malu.

"Yelah Yoona sayang aku simpan rahsia kau tapi sampai bila kau nak rahsiakan nanti Taehyung tahu juga"jawab Yoojung sambil mula berbaring lalu mengiring mengadap Yoona.

"Hehehe itu nantilah aku fikir,esok aku nak bawak kau pergi mall aku nak kau temankan aku cari hadiah birthday Joon oppa tak lama dah"kata Yoona teruja,nampak reaksi bahagia pada wajah kembarnya itu.Yoojung tersenyum gembira.

'Mungkin ini permulaan baru untuk hidup aku.Aku harap semuanya berjalan lancar'bisik hati Yoojung.

"Okay tapi pergi lewat sikit aku nak tidur"jawab Yoojung lalu menguap.

"Yela kita pergi lewat sikit,aku tidur dulu bye goodnight Yoojung"kata Yoona lantas keluar dari bilik Yoojung.

Yoojung membetulkan pembaringannya lantas itu dia menutup lampu bilik dan membuka lampu tidur.

Dan baru sahaja dia hampir terlena dia terdengar pintu biliknya dibuka lalu dikunci dari dalam dan dia terus membuka matanya saat orang yang memasuki biliknya itu mula naik ke atas katil.

"Taehyung?"tanya Yoojung dalam keadaan mamai itu matanya separuh terbuka.

"Hai princess"jawab Taehyung lantas itu dia berbaring di sebelah gadis itu lalu memeluknya erat.

Kehangatan tubuh Taehyung membuatkan satu perasaan yang dia tidak pernah rasa menguasai dirinya.Jantungnya mula berdegup laju.

Taehyung mengemaskan lagi pelukannya,diletakkan kepala Yoojung di atas dadanya dan tangannya membelai rambut Yoojung.Wangian dari rambut itu begitu menenangkan fikirannya.

Dengan perlahan Yoojung meletakkan tangannya dipinggang Taehyung,lelaki itu tersenyum dengan perbuatan Yoojung.

"Better?"tanya Taehyung.

"Hmmm"jawab Yoojung.Matanya dipejam rapat dan tidak sampai sesaat dia sudah terlena.Taehyung tersenyum bahagia apabila gadis yang dia sayangi itu tidur dalam dakapannya. Perlahan dia mengucup lembut dahinya lantas itu dia pun terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience