Series
1768
"Yoojung anak mama dah balik!"panggil Puan Kim lalu pantas menuju ke arah Yoojung lalu memeluknya erat.
Yoojung yang terkejut dipeluk secara tiba-tiba mula mengukir senyuman nipis.
'Seriously aku memang kena biasakan diri dipeluk macam ni'
"Yoojung selamat datang ke keluarga kami"ucap Tuan Kim,Yoojung menunduk hormat kepada lelaki itu.
Jujur dia masih kekok dengan semua ini,Tuan Kim menuju ke arah Yoojung lalu dia juga memeluk Yoojung.
"Mulai hari ini,kamu adalah anak angkat papa. Buatlah rumah ni macam rumah kamu sendiri ya"ucap Tuan Kim yang masih memeluk Yoojung.
Jujur Yoojung akui dia masih tidak dapat biasakan dirinya dengan keluarga baru ini lebih-lebih lagi apabila melihat betapa kayanya keluarga angkat kembarnya itu.
Bukan dia segan cuma dia masih terbayangkan segala kerja jahat yang dia pernah lakukan semasa tinggal bersama ayah angkatnya itu.
Ya betul! Dia adalah orang yang membuat kerja kotor untuk ayah angkatnya. Kalau dia tak buat khuatir ibunya yang menjadi mangsa kejahatan ayah angkatnya.
Pernah sekali dia tidak lakukan seperti yang disuruh ayah angkatnya dengan kejam menyuruh 4 orang rakan subahatnya merogol ibunya tanpa belas kasihan dihadapannya.
Dan lebih teruk lagi dia mengikat Yoojung di sebuah kerusi dan menutup mulutnya dengan tape dan membiarkan Yoojung melihat bagaimana lelaki-lelaki keparat itu mengerjakan ibunya tanpa belas kasihan.
"Wey kau okay tak termenung pulak dia"teguran Yoona membawa Yoojung kembali ke alam realiti.
"Sorry actually saya macam terkejut sebab korang baik dengan saya sedangkan saya baru je kenal dengan korang"ujar Yoojung sambil tersenyum. Perlahan dia menggosok lehernya untuk menghilangkan kekok yang dia rasakan ketika itu.
Puan Kim tersenyum lalu meraih tangan Yoojung." Anggaplah rumah ni rumah kamu Yoojung sebab mulai hari ni kamu sebahagian daripada ahli keluarga kami"kata Puan Kim bersama senyuman.
Taehyung memicit kepalanya perlahan tekanan yang dia rasakan mulai mencengkam. Dia rasa serabut, nak marah kalau ada seseorang yang menegurnya ketika itu sudah tentu orang itu yang terkena tempias kemarahannya.
Dia cukup marah apabila proposal yang dia buat siang malam berada dalam genggaman musuhnya. Macamana boleh hilang ni semua kerana ada orang yang menceroboh masuk ke dalam ofis. Dia sudahpun membuat report polis.
Kalau dia tahu siapa yang menceroboh dia takkan lepaskan lelaki itu. Sudahlah deadline tinggal beberapa hari lagi.
Taehyung mengusutkan lagi rambutnya yang sedia kusut melihatkan jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 7 malam lagilah dia membentak. Terlepas peluang dia hari ni untuk menyambut kepulangan Yoojung daripada hospital.
Dentuman pintu utama yang kuat mengejutkan seisi keluarga Kim yang ketika itu sedang berehat di ruang tamu.
Jelas kelihatan wajah ketat Taehyung dan tanpa menegur ahli keluarganya pantas Taehyung mendaki tangga menuju kebiliknya.
"Hurmm,mesti Tae oppa ada masalah kat ofis kalau dah tayang muka ketat macam tu"kata Yoona sepintas setelah melihat perangai abang angkat keduanya itu.
Tuan Kim mengeluh perlahan sudah masak dengan perangai panas baran anaknya itu.
"Papa tahu ke kenapa Taehyung macam tu?"tanya Seokjin.
"Yoojung yang baru hendak keluar dari biliknya terkejut sebaik sahaja mendengar dentuman kuat seperti orang menghempas pintu dari tingkat atas.
Perlahan dia menuju ke ruang tamu lalu duduk di sebelah Yoona. Sempat dia mendengar soalan Seokjin kepada Tuan Kim.
"Proposal yang dia buat siang dan malam kena curi dengan syarikat lain. Deadline dah tak lama tinggal beberapa hari lagi ofis dia kena ceroboh sebab tu lah adik kamu mengamuk"ujar Tuan Kim sambil mengeluh.
"Hurm,Jin nak tolong pun bukan bidang dan kepakaran Jin papa."kata Seokjin sambil tersengih.
"Oppa ni loyar buruk je lebih,kalau sama bidang pun belum tentu oppa boleh tolong macam tak tahu yang Tae oppa tu macamana. Dia kan cerewet sikit"tambah Yoona.
"Amboi kau Yoona sedap mengutuk orang"kata Seokjin.
"Hish oppa ni Yoona bukan mengutuk cuma cakap benda betul je"kata Yoona tsk nak mengalah.
"Sudah,kamu berdua ni macam anjing dengan kucing asyik nak bertekak je"leter Puan Kim sambil menggelengkan kepalanya melihat tingkah anak-anaknya itu.
Yoojung sedari tadi hanya diam memerhati. Sungguh keluarga ini baginya sangat sempurna tak seperti kehidupannya dulu.
"Yoojung papa nak daftarkan kamu bersekolah sama dengan Yoona kamu setuju tak?"tanya Tuan Kim setelah menyedari Yoojung yang diam membisu.
"Ermm kalau saya home school je boleh?"jawab Yoojung perlahan.
"La kenapa jom lah sekolah sama dengan aku mesti seronok bila ada kau" tambah Yoona lagi.
"Aku dah serik dengan sekolah maksud aku dengan pelajar-pelajar kat sekolah. Senang cerita aku ada bad story pasal tu so aku nak home school je."kata Yoojung.
"Mind to tell me about it?"kata Yoona lalu berkalih memandang Yoojung.
"Please Yoojung l need to know,we all need to know"pujuk Yoona lagi.
"Okay tapi janji yang korang tak bencikan saya"kata Yoojung sambil berdebar.
"Cerita je Yoojung kami janji yang kami takkan bencikan awak"tambah Seokjin perlahan.
"Erm,korang tahu keluarga saya macamana so kawasan perumahan tu dah tahu perangai mak dan appa saya macamana masa tu appa ada buat sesuatu yang menyebabkan semua orang mengkritik dia. Dan kat sekolah aku dipulau atas alasan yang sama."
Yoojung menarik nafas perlahan lalu menyambung ceritanya.
"Dan pelajar kat sekolah saya hukum saya atas kesalahan appa. Mereka cuba untuk rogol saya beramai-ramai,mereka kurung saya kat bilik stor. They drugged me to prevent me from escaped" Yoojung tersenyum sinis.
Yoona terkejut mendengar cerita Yoojung dia tidak pernah menyangka kembarnya akan melalui sesuatu yang buruk seperti itu.
Taehyung yang mahu turun terhenti saat mendengar cerita Yoojung tangannya digenggam kuat marah akan pelajar yang cuba mengapa-apakan Yoojung.
"Sebelum mereka nak buat tu mereka pukul saya sampai mereka fikir saya dah tak mampu nak lawan. But they never know l used to that drug. Appa selalu bagi masa dia nak seksa saya. Then lepas mereka puas hati dan cuba nak teruskan niat jahat mereka kesan ubat tu slowly gone"
"And at that time saya lawan balik,yeah l was a black belt in taekwondo, dan sorang daripada mereka was in coma. Because the cctv were hacked and l got no witnesses so they put that blame on me they said l was the one who lie and created that story. The story that they try to rape me. And l being kicked out from that school"
"Dan sebab tu saya nak home school jew. Sorry Yoona l can't go to the same school with you"kata Yoojung.
Yoona terus memeluk Yoojung.
"Its not your fault Yoojung we all know that. Okay kalau kau nak home school jugak aku setuju je. Tapi kau kena usaha keras sebab home school lain dari sekolah biasa." Kata Yoona lalu meleraikan pelukannya dan bila dia nampak senyuman sinis dari bibir Yoojung Yoona terkejut lalu menepuk pahanya.
"Alaa,aku lupa kau tak payah kerja keras pun"kata Yoona lalu ketawa kecil.
"Kamu ni Yoona dah kenapa cakap macam tu?"kata Puan Kim.
"Mama,papa and Jin oppa she was genius her IQ is 200 okay she was the opposite of me. So kacang je pun dia nak catch up semua study yang tertinggal tu. So papa don't worry we had someone to help Tae oppa nanti"kata Yoona sambil tersengih.
"Really Yoojung? Mesti awak ambil semua kan genius tu sebab tak tinggal sikit pun kat Yoona"kata Seokjin sambil ketawa.
"Kim Seokjin!!!"jerit Yoona lalu mengejar Seokjin yang sudah mencicit lari.
Tuan Kim dan Puan Kim tertawa melihat gelagat mereka.
'Dan sekarang cawangan yang baru nak buka tu sudah ada pemiliknya' bisik hati Tuan Kim sambil memandang Yoojung.
Share this novel