Aku Anggun Inaara, berusia 27 tahun. Seorang anggota polis yang bertugas di unit Cawangan Khas (SB-Special Branch) IPD AmanSari hampir 5 tahun.
Tiada apa yang menarik tentang hidup aku ini selain pergi kerja dan balik kerja. Mesti korang pelik dengan status aku kan? Mungkin ada yang ingat aku still single but not available.
Tetttt!! Salah sama sekali.
Aku sudah pun berkahwin 2 tahun yang lalu tetapi malangnya perkahwinan kami bukan macam dalam drama-drama TV atau cerita-cerita novel yang happy ever after, nope!
Jangan ditanya mengapa aku diceraikan pada malam pertama kami, cukup sekadar korang tahu yang perkahwinan ini hanyalah atas dasar perjanjian merepek mama yang dibuat tanpa suntikan rasa cinta antara aku dan bekas suami.
Ok, enough for my status!
Aku hanya mempunyai mama dan seorang adik perempuan. Mengalas tanggungjawab yang besar dalam menjaga mama dan membesarkan adikku setelah papa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 8 tahun dulu, seminggu lepas dia bersara.
"Uhuk..uhuk..uhuk." Batuk mama mengejutkan aku dari tidur yang lena. Bingkas aku bangun berkejar untuk melihat keadaan mama di bilik sebelah. Segera air dihulur serta ubat untuk melegakan batuk mama.
"Rania mana mama?" Soalku sambil mata melilau sekeliling mencari keberadaan si adik bertuah di dalam rumah.
"Haish, apalah nak jadi dengan si Rania tu mama pun tak tahulah Inaara. Siang membuta, malam jadi burung hantu tak reti duduk rumah. Naik letih mulut mama nasihatkan dia." Bebelan pagi mama bermula.
"Apa bising-bising pepagi ni mama? Tahu tak yang Rania mengantuk sangat ni." Gumam Rania yang berdiri di pintu bilik memeluk bantal kesayangannya dengan rambut mengerbang macam hantu kak limah.
"Mama rehatlah dulu jangan banyak bercakap nanti batuk lagi. Mama tak perlu risaukan Rania tu, dia dah besar panjang tahu jaga diri. Inaara nak bersiap pergi kerja ni, mama jangan lupa makan breakfast yang Inaara siapkan dengan ubat sekali. Kesihatan mama keutamaan kami dua beradik. Lagipun, inilah masanya mama nak acah-acah jadi permaisuri bila Rania ada dirumah." Aku memujuk mama.
"Rania, tolong tengok-tengokkan permaisuri kesayangan kita harini. Aku siapkan breakfast nanti kau masak lebih sikit untuk lunch dan dinner." Aku memberi arahan sebelum masuk kedalam bilik untuk bersiap ke tempat kerja.
"Tuanku permaisuri, izinkan patik berangkat ke tempat kerja dulu. Nanti malam kita membawang bersama ya." Aku meminta izin sebelum meninggalkan mama dengan Rania dirumah.
Aku kena undercover sebagai 'pros' bukan 'kaleng-kaleng' punya misi ok. Perlukan ketahanan fizikal dan mental yang maha kuat, kalau tak jahanam kau. Aku yakin kalau tak kuat iman didada mahu aku tewas!
We will see soon Inaara!
Infopedia:-
Cawangan Khas atau SB (: Special Branch) adalah agensi perisikan yang bertugas demi . SB diberi kuasa untuk memperoleh dan mengembangkan perisikan mengenai ancaman dalaman dan luaran terhadap negara, kegiatan subversif, kegiatan ekstremis dan kegiatan sabotaj serta pengintipan. Ia juga diberi kuasa untuk menganalisis dan memberi nasihat mengenai tindakan yang diperlukan kepada pelbagai jabatan dan agensi baik di dalam Jabatan Polis dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
Share this novel