Chapter 15 - Coke

Mystery & Detective Series 57083

"Thanks Baby for today. You did it well." Shasha memulakan bicara setelah aku dan dia duduk menghabiskan masa selepas makan malam di balkoni bilik tidurnya. What a romantic scene kan?

Jangan salah anggap guys, makan di balkoni tu scene biasa dalam drama-drama & novel. Tapi aku dan dia makan disitu kerana kaki aku dah serupa jelly di kerjakan Shasha ber 'round-round' dalam bilik air tadi. So faham-faham ajelah kan!

"Which one you're talking about?" Aku pelik kerana ada 2 task aku buat harini. Yang kena jadi keldai ke atau yang tukang langsaikan bil air tertunggak dia? Huhu!

Shasha hanya berikan jelingan padaku sambil dia menyalakan rokok. Shasha dan rokok berpisah tiada.

"Kenapa kau percayakan aku, Darling?" Aku keraguan.

"Your action speaks louder than words, that's why i trust you. Plus kau juga dah berjanji nak setia dengan aku, bukan? So, a promise you make never be broken, Baby." Shasha menjawab tenang.

"Aku nak kau stop dari dunia ecstasy yang tak menguntungkan tu. Aku akan guide kau dengan dunia 'coke' aku. Meaning, segala apa jua rahsia yang akan aku kongsikan biar pecah di perut bukan dari mulut kau yang sexy tu." Shasha berseloroh. Dan reaksi aku, mata keatas dan tangan dibahu!

"Don't let insecure thought ruin kau, Darling. If i break your trust, that was a huge regret for the rest of my life." Aku menabur janji.

"Black Hardy. Pernah kau dengar nama tu sebelum ni, Baby?" Shasha menyoal sambil menghembuskan asap rokok.

Oh ya, sejak aku berjaya langsaikan bil air dia, Shasha mula menukar panggilan dari nama aku yang sedap di panggil Anggun Inaara kepada Baby. Dia juga memaksa aku memanggilnya Darling. Feel lovey-dovey and intimate katanya. Tapi ber'kau' 'aku' masih lagi ada.

Tiber aku rasa annoying plak, yelah kata kartel dadah tapi hati penuh taman bunga. Sungguh cliche!!

"Black Hardy? Nama samaran kau yang keberapa pulak ni, Darling?" Aku purak-purak blur.

"Pulau Isle dimiliki oleh Juan Rafael Ashraffi, dia adalah pengasas kumpulan Black Hardy yang cukup dikenali sebagai salah satu kumpulan kartel dadah terbesar meluaskan empayar hingga Asia Tenggara. Juan Rafael Ashraffi adalah rakyat Mexico yang kemudiannya mewariskan empayar kepada anak lelakinya yang hanya dikenali sebagai 'Black'." Shasha memulakan cerita.

"Aku tak faham, apa kaitan Black Hardy dengan kau?" Aku blurkan lagi diri.

"Black, anak kepada Luis Rafael yang memimpin Black Hardy ini, tetapi aku adalah orang kanan paling dipercayai oleh Black untuk segala urusan penjualan dadah kokain atau 'coke' dengan kartel-kartel dadah di seluruh Asia Tenggara. Loyalty and Trust itu pegangan Black Hardy yang membuatkan kumpulan ini kuat dan digeruni oleh yang lain," sambung Shasha lagi.

"Oooooo," aku mengangguk tanda faham.

Aku ajukan lagi soalan, "Macamana Black Hardy boleh meluaskan empayar hingga ke Asia Tenggara?"

"Kebanyakkan 'coke' yang berada di pasaran Asia Tenggara, dihasilkan oleh kumpulan Black Hardy sendiri. Bahan mentah 'coke' berasal dari daun koka yang ditanam dan diimport dari Mexico akan diproses menjadi serbuk sebelum dipacking kedalam alat- alat pemadam api atau botol-botol berlabel serbuk lada. Oleh kerana demand 'coke' yang amat tinggi, ia juga dijadikan dalam bentuk cecair yang kemudian dimasukkan kedalam botol minuman coke bagi memudahkan penghantaran kepada kumpulan kartel-kartel dadah yang lain," Shasha menjawab sambil menyalakan sebatang rokok lagi.

"Tiada siapa yang mengesyaki pulau itu adalah markas dan tempat pemprosesan 'coke' kerana ia didaftarkan atas nama milik persendirian. Kebanyakan penghantaran akan dibuat melalui bot-bot nelayan kecil dan yatch persendirian yang telah disogok oleh Black Hardy. Penghantaran melalui udara pula hanya mengunakan helikopter dan pesawat ringan persendirian."

"Selain itu, Black Hardy juga mengunakan wanita-wanita yang terdesak perlukan duit dengan menjadikan mereka keldai dadah, cara yang sama seperti kau buat semalam. Untuk memudahkan penyeludupan, paket- paket 'coke' tu ditelan bagi mengelak dari dikesan oleh pihak polis dan kastam ketika melalui security check -in di airport. Buyer semalam yang kau nampak tu, hanya transit disini sebelum meneruskan penerbangan ke negaranya. Jadi, aku perlu pastikan product 'coke' berjaya melepasi security check-in disini sebelum di bawa keluar negara. Kebanyakan pihak polis dan kastam yang bertugas di airport negara lain bergaji kecil, mereka mudah disogok oleh kartel-kartel dadah. That's why setiap 'coke' yang dibawa masuk atau keluar berjaya melepasi security sistem mereka sendiri."

"Paket 'coke' yang ditelan harus dikeluarkan segera sebelum ia pecah didalam perut yang boleh membawa maut akibat dos dadah yang tinggi dalam tubuh seseorang. Semalam memang sengaja aku curah cecair sabun tangan dalam mulut supaya kau boleh muntahkan semua paket-paket itu cepat."

"Black Hardy cuba meluaskan empayar di US melalui Robert. Dia juga kartel dadah yang berkuasa di negaranya. Robert's product was cheaper but it's low quality. Our 'coke' product was very demanding mostly from the celebrities, royal family, rich businessman,minister's and others cartel family because they know to differentiate taste of 'coke'. They don't bother regardless in what price, most important is the satisfaction. Due to the demand, Robert don't have a choice but to take from us. Though price is high side, dia still can make money by double up his price," terang Shasha lagi.

"Setiap coke dijual dalam 'Kilo' means kilogram dan setiap kilogram yang dijual pada harga tertentu mampu meraih keuntungan yang banyak bergantung kepada permintaan. That's how Black Hardy run the business. Sekarang kau dah jadi sebahagian dari Black Hardy, Congrats Baby." Shasha melabuhkan ciuman lembut pada dahiku.

Pergghhh, bukan senang ya nak jadi sebahagian Black Hardy ni. Kau nak kena jadi keldai dulu dah tu tolong langsaikan bil air baru lah kau berjaya. Yelah, kata kartel dadah tersohor mestilah kena uji dulu ketahanan mental fizikal. Nasib aku ni kira kental walaupun tadi sikit punya melalak menyumpah seranah serik tak nak buat bagai. Inaara..inaara.. kau ni memang drama queen sungguh!

"Kenapa kau pilih jalan ini, Darling? I mean dunia bahaya ni? Bila-bila masa saja kau akan ditangkap oleh pihak polis. Kau tak teringin untuk jalani kehidupan yang normal macam manusia biasa tanpa perlu takutkan sesuatu?" Aku cuba selami dasar hati seorang Sharill Sharizman Hardy a.k.a SHASHA.

"Baby..dah malam ni, jom tidur." Shasha mengenyit mata, mendukung aku masuk kedalam bilik.

Soalan aku dibiarkan tergantung sepi. Takpa, banyak lagi masa untuk aku korek macam - macam dari kau Shasha.

Saat badanku di'placing' baik oleh so called my Darling atas katil, elok je dia menghempap aku sambil mengomol seluruh muka dengan ciuman ringkasnya bertalu-talu. Hai lah Shasha, apa tak cukup ke kau mengerjakan aku sampai ber'jellyfish' tadi? Kau telan tongkat ali ke apa sampai kuat macam ni. Aku mula terfikir nak tempah cawat besi siap berkunci mangga. Pasti sendu muka kau nantikan?

"Darling, kau tak penat ke? Tadi kemain lagi ajak aku masuk tidur. Sekarang ni kau tengah amik mood nak tidur ke?" Aku menyoal sambil ketawa kegelian digomol Shasha.

Dalam pada itu, tiba- tiba aku teringat.

"Stop Darling, aku nak cakap sikit ni," aku menolak mukanya dari terus mengomol aku.

"Apa dia Baby?" Dahi Shasha berkerut.

"Dah 2 hari aku asyik pakai baju kau saja. Aku nak balik rumah esok. Dah rindu dekat mama, rania dan bantal busyuk aku." Aku berikan senyuman manisnya madu itu.

"Okay." Shasha menyambung semula mengomol sampai melekit muka aku dek air liur yang sengaja dia tinggalkan.

Aik, pendek aje jawapan kau. Takpelah, janji dia tak tanya lebih- lebih dah cukup baik.

"Seminggu aku tak ada dekat sini nanti. Aku ada urusan dengan Black. Kau jangan rindukan aku pula, Baby" Kata Shasha sambil memicit hidung mancung ku.

"Seminggu? Kau nak jumpa Black dekat mana, Darling? Aku macamana?" Aku kalut.

"Kau jangan risau, orang-orang Black Hardy aku akan jaga keselamatan kau sepanjang ketiadaan aku. Kau shiatsu peribadi aku. Keselamatan kau keutamaan aku," Shasha melabuhkan ciuman lembut dibibir. Ciuman yang intense mula bertukar rentak.

"I want you tonight Baby. Bekalan aku untuk seminggu." Shasha mencium halus ditelinga menjalar hingga ke leher.

Dan aku.....seperti biasa terkapai-kapai di lautan asmaradana ciptaan Shasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience