Chapter 3 - Tugasan

Mystery & Detective Series 57083

"Sila masuk bilik saya sekarang, Inaara." Tu dia arahan Tuan Ashraff dah berkumandang di telinga buatkan aku terperanjat.

Kus semangat, nasib baik aku tak bukak silat tadi, kalau tak habis terbalik meja ni aku karate!

Tanpa membuang masa, aku bergegas ke biliknya. Pintu diketuk dan masuk setelah mendengar keizinan dari dalam.

"Selamat Pagi Tuan." Tabik hormat diberikan pada Tuan Ashraff.

"Selamat pagi Inaara," Tuan Ashraff membalas tanpa memandang aku. Kusyuk benar nampaknya membaca report dari file-file yang tersedia atas mejanya itu.

Sudah 5 minit aku berdiri menunggu. "Tak nak pelawa aku duduk ke? Takkan nak jadi minah pacak depannya? Lenguh dah kaki aku berdiri dengan heels 3 inci ni." Aku merungut dalam hati.

"Tuan, bila saya akan mulakan tugasan itu?" Baik aku tanya sekarang, nak harapkan dia bercakap dulu memang sampai patah la kaki aku kena berdiri macam tiang bendera depan dia.

Tuan Ashraff mengangkat muka memandang aku, dia terpana seolah-olah melihat Harley Quinn kunyah chewing gum sambil tergedik-gedik didepan dia mungkin.

Apa la yang aku merepek ni wei! Hati mula tak tenteram dengan pandangan lain maciam Tuan Ashraff.

"Tuan....Tuan...." Ah sudah, Tuan Ashraff aku ni dah tetiba keras pula, apahal? Kaku kejung pulak tu. Alamak, apa nak buat ni?

"Tuan Ashraff...Tuan Ashraff," aku memanggil lagi dengan suara naik seoktaf.

"In... In...Inaara.... Ehemm!! Si...sila.. du...duduk Ina...Inaara, ke...kenapa ka...kamu ber...diri... saja?" Tuan Ashraff tergagap-gagap.

"Dia baru tersedar dari mimpikan Harley Quinn tergedik kunyah chewing gum? Adeh, dah kenapa dengan Tuan Ashraff aku ni? Tadi jadi patung mannequin, la ni jadi mamat gagap pula.

Oh Tuan Ashraff, apa yang sudah merasuk kamu?" Runsing pula aku memikirkannya.

"Ehemm, maafkan saya Inaara. Kamu keluar dulu, saya perlu settlekan beberapa dokumen penting pagi ni. Nanti saya akan panggil kamu semula." Aku lihat si Ashraff ni kelam-kabut mengalihkan file-file yang bersusun dari ke kiri ke kanan meja dan dari kanan ke kiri meja dengan kalutnya.

Ya rabbi, apa kena la dengan Tuan Ashraff aku pagi ni. Sebelum aku terjangkit dengan kegilaan dia, baik aku angkat kaki cabut.

"Baik Tuan, saya keluar dulu," aku mengeleng kepala melihat dia yang masih kalut mengalihkan file kesana kesini kesana kesini dari kiri kanan meja.

"Eh kejap je kau meeting dengan Tuan Ahsraff, ape cerita?" Si Faisal 'boyfriend' nak membawang mula mengendeng disebelah bila aku melabuhkan punggung di kerusi duduk.

Aku jungkit bahu. "Meeting lum start agi, lagipun Tuan Ashraff busy pagi ni menghadap file-file atas meja dia."

"Yang kau ni sibuk membawang kat sini dah takde keje ke Faisal? Pegi siapkan keja la sebelum Tuan Amri bising dekat kau nanti. Jangan risau, nanti kita membawang hokey. Now go back to your workplace, give me some space please." Aku menghalau si Faisal.

"Eleh tahu lah kau lawa harini, main halau-halau aku plak. Kang aku cari 'girlfriend' lain baru padan muka kau. Masa tu jangan nak sibuk-sibuk pinjam bahu aku menangis bila kau ada problem apa bagai. Huh, memang malas aku nak melayan." Faisal mula merajuk hati.

Aku biarkan saja si 'boyfriend' kesayangan merajuk. Ala aku tahu apa yang Faisal katakan tadi tak maksudkan apa-apa, hanya sekadar ayat pisang goreng cheese aje tu. Aku kembali meneruskan kerja yang tergendala tanpa sedar waktu lunch menjelma.

"Sayang, jom la lunch. Aku dah kebulur ni," pelawa si Faisal.

"Aku lum lapar lagi la sayang. Kau pergi la lunch dengan si Mawar ngan Hanim tu. Dorang pun so called 'girlfriend' kau jugak kan?" Aku masih kenyang untuk disumbat makanan lunch.

"Walau beribu gadis mendampingiku, hanya kau yang bertahta dihatiku sayang. Cia..Cia..Cia..."

"Wei dah la, layan kau habis nanti makanan dekat café tu pula. Jom my dearest Mawar and Hanim teman abang Faisal lunch." Faisal bergerak menuju ke cafe di apit Mawar dan Hanim.

Tersenyum aku mendengar ayat semut hurung si Faisal dengan dearest dia. Hai la Faisal, kalau kau belum bertunang dah lama aku hantar rombongan meminang kau tau!

"Awak tak keluar lunch ke Inaara?" Aku menoleh. Suara garau Tuan Ashraff menyapa halwa telinga.

"Saya tak lapar sangat lagipun pagi tadi dah breakfast heavy." Aku menjamu mata melihat keindahan rupa pemilik suara garau itu.

"Tuan tak pergi lunch?" Aku sekadar berbasa-basi.

Dia hanya mengeleng kepala sambil tersenyum. Senyuman manis yang memikat hatiku. Amboi, jangan miang sangat Inaara ooi, entah-entah Tuan Ashraff tu dah berpunya.

"Inaara, malam ini kamu pergi ke Elrow Club dan mulakan tugasan kamu. Hasil maklumat yang diterima, orang kanan Black Hardy Group selalu ke Elrow Club berjumpa dan berurusan dengan client-client mereka selain dari melanggan pelacur. Kamu gunakan segala kemahiran yang telah dipelajari dan cuba dekati dan dapatkan seberapa banyak maklumat dari orang kanan kumpulan Black Hardy yang dikenali sebagai Shasha. Remember Inaara, kamu hanya menyamar, jangan libatkan diri kamu dengan kumpulan Black Hardy tu." Warning Tuan Ashraff.

"Ceh, macam la kau pernah jumpa dengan orang kanan Black Hardy tu wahai Inaara. Jangan aku pengsan bila nampak muka dia yang serupa bangla pasar borong sudah lah!" Aku tergelak kecil bila hatiku bermonolog yang bukan-bukan.

"Apa yang kelakar sangat tu Inaara? Kamu dah tak sabar sangat nak jadi pelacur?" Suara garau Tuan Ashraff naik seoktaf. Bengang atau jeles mungkin.

"Err, maafkan saya Tuan. Saya tergelak bila bayangkan rupa orang kanan kumpulan Black Hardy tu nanti. Mungkin serupa bangla pasar borong kot, sebab saya kan tak pernah jumpa lagi," ujarku tersenyum.

"Bangla pasar borong? Saya takut belum sempat kamu gelak, kamu dah terpikat pula bila dah berjumpa nanti," sinis Tuan Ashraff.

"Untuk pengetahuan kamu, hanya orang kanan kumpulan Black Hardy saja yang kita ketahui, menjalankan setiap urusniaga dengan ahli-ahli kumpulan kartel yang lain. Tiada siapa pun pernah berjumpa dengan ketua kumpulan Black Hardy."

"Tugas kamu adalah untuk mencari identiti sebenar siapa dia ketua kumpulan Black Hardy dan membongkar segala plan-plan yang telah dia rancangkan supaya Unit Anti Dadah dapat membanteras kumpulan kartel dadah ini hingga ke akar umbi. Nampak mudah tapi berat Inaara, jangan tersilap langkah dan sambil lewa takut padah akibatnya nanti." Kata Tuan Ashraff lagi.

"Tuan jangan risau, saya akan pastikan misi kali ini akan berjaya," kataku dengan yakin.

Ini Inaara la, jangan ingat senang-senang aku cair tau! Hamboi kemain bersungguh kau Inaara.

"Tapi Tuan, macamana saya nak tahu siapa ketua kumpulan Black Hardy tu? Sorang pun tak pernah tengok?" Aku suarakan kegusaran hati pada Tuan Ashraff.

Otak aku ligat berputar mencari jawapan sendiri kerana tiada jawapan yang keluar dari mulut Tuan Ashraff.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience