IPD AmanSari.
"Tuan, Shasha yang saya jumpa di Elrow Club malam kelmarin adalah suspek yang sama seperti yang dikehendaki pihak polis." Aku memberi laporan kepada Inspektor Ashraff.
"Kamu betul-betul pasti, Inaara?"
"Confirm Tuan." 99.99% confident aku menjawab.
"Dan saya juga telah bermalam di private yacth milik suspek," aku menambah.
"Bermalam? Berduaan dengan suspek? Dia ada apa-apakan awak? Ada cedera dekat mana-mana tak, Inaara?" Macam bertih jagung Tuan Ashraff bertanya. Nadanya resah sambil membelek diriku kiri kanan.
Eh dah kenapa dengan kau ni Ashraff oii? Dah la pegang-pegang, membelek aku tak tentu arah macam mati bini. Yang kau nak risau sangat dah kenapa? Buat lek buat peace sudah. I'm a big girl so aku tau la nak jaga diri dari buaya tu. Aku seriau dengan kekalutan si Ashraff yang risaukan aku tak tentu hala ni!
"Nasib baik saya berpura-pura tidur dulu, kalau tak habis la saya kena ngap dengan buaya tu." Aku sengih.
Terbayang dalam kepala aku betapa bengangnya si Shasha bila hajat hati tak kesampaian. Memang sengaja aku menipu dia, kalau tak memang lunyai aku dikerjakan.
I am not that cheap you know!
"Malam ini, kami akan bertemu lagi di Elrow Club. Saya akan cuba dapatkan seberapa banyak maklumat mengenai Black Hardy, Tuan."
"Itu saja yang dapat saya laporkan setakat ini, Tuan."
Tuan Ashraff sekadar mengangguk tanda lega dengan statement aku tadi.
"Inaara, kamu harus sentiasa berwaspada dengan setiap tindak tanduk suspek. Laporkan segera pada saya jika berlaku sebarang perkara yang mencurigakan. Bantuan akan dihantar kepada kamu," tegas Inspektor Ashraff.
"Kamu penting bagi saya, Inaara." Perlahan suara Tuan Ashraff berbicara dengan renungan redupnya padaku.
"Baik, Tuan." Aku berdiri sambil tabik hormat dalam usaha menutup keresahan hati dengan killer word Tuan Ashraff tadi. Besides, yelah diakan boss aku kuli so kena la hormat.
Belum sempat aku nak melabuhkan punggung di kerusi, si Faisal 'boyfriend' kesayangan mengajak ke café untuk lunch. Aku yang sememangnya dah lapar ikut saja dengan harapan dapat makan free. Save sikit duit aku arini!
"Bosan betul aku semalam, takda partner in-crime nak ajak lunch." Faisal beratur mengambil lauk dengan aku mengekor di belakangnya.
Dia senduk ayam goreng seketul aku pun amik juga tapi dua ketul aku sauk. Dia senduk sayur sesudu, aku pula tiga sudu sebab aku memang pengemar sayur. Faisal menoleh padaku sambil mengeleng kepala dengan kerakusan aku.
"Kau payung tau, dah kau yang ajak aku lunch," aku 'menyingai' buat muka tak berdosa.
"Kau ni tak padan dengan kurus, tang makan nauzubillah. Bela saka ke kau ni sayang?" Bebel Faisal gerun dengan sebumbung nasi dan lauk dipinggan aku.
"Hehe, metabolism aku aktif walaupun makan banyak takkan gemuk punya!" Aku duduk menyuap nasi tanpa toleh kiri kanan nak kontrol ayu. Lapar!
"Amacam dengan misi kau?" Cerita la sikit misi apa kau tengah buat sekarang," Faisal mengesa.
Melopong besar mulut si Faisal dengar cerita aku dari A to Z.
"Tapikan, macamana kau pasti lelaki yang kau jumpa dekat Elrow Club tu Shasha, suspek yang dikehendaki polis?" Faisal keraguan.
"Sebelum aku story panjang, kau orderkan aku bandung cincau jap," aku haus.
"Ishh kau ni potong stim la sayang. Suka spoilkan mood orang dengan cerita tergantung kau tu," rungut si Faisal sambil meng'order' air untuk aku dan dia.
"Wei, sampai hati kau kan sayang cakap macam tu kat aku. Malas la aku nak cerita," aku memuncung tanda merajuk.
"Halah...halah..halah, aku gurau ajelah. Tak payah nak muncung sangat dah macam tikus mondok aku tengok," Faisal memujuk sambil menyuakan bandung cincau kepadaku.
Ahhhh!!..Lega tekak pekena bandung cincau yang memang terbaik dari ladang.
Aku menarik nafas, "okay, begini ceritanya......Camera ready? take 1...action!!!!...."
"Macamana aku pasti yang Shasha tu suspek yang sama dikehendaki polis? Cuba kau teka sayang?" Aku mula menyoal bagi si otak Faisal ni berfikir sikit.
Krik..krik...krik..bunyi cengkerik menghiasi kesunyian kami, menunggu jawapan dari si Faisal yang berkerut memikir.
"Lambat la otak kau loading, sayang," kesabaran ku menipis.
"Jawapannya..."
"Mudah saja, di pergelangan tangan kirinya ada tatu 'Forte Font' bersaiz kecil diukir dengan nama 'Black Hardy'. Memang sahih lagi benar dialah orangnya plus nama pun samakan!"
Aku menyambung lagi cerita, "Kau nak tau kenapa malam tu aku sengaja pura-pura tertidur?"
"Ada 2 sebab:"
" Pertama, aku takut yang aku tak kuat menahan asmaralana Shasha yang maha dahsyat. Takut aku plak yang terkam dia."
"Kedua, aku ingin pastikan Shasha yang berada dengan aku malam tu adalah suspek kita, orang kanan Black Hardy."
"Terer gak kau dapat selamatkan diri dari di'ngap' buaya tu ek." Faisal mengekek ketawa.
Aku tersengih dan menyambung lagi, "bila dia tinggalkan aku sorang-sorang dalam yacth untuk naik bot menghala ke sebuah pulau, aku pun memulakan misi mengeledah dan mencari apa-apa bahan bukti yang boleh mensabitkan dia dengan kesalahan kartel dadah."
"Tapi effort aku sia-sia je terbazir, aku langsung tak jumpa walau sebesar kuman pun bukti untuk mensabitkan Shasha dengan kesalahan dadah. Ternyata Shasha seorang yang sangat careful dan teliti, bukan mudah untuk ditumpaskan." Hebat kau bro!! Panjang lebar aku meng'explain sampai kering anak tekak.
"Tapikan, kau tak rasa pelik ke kenapa dia naik bot pergi ke pulau kecil tu memalam buta?" tanya si Faisal sambil menghirup teh tarik kaw nya.
" Yelah, aku pun pelik gak takkan dia nak pergi berkelah memalam buta. Aku pun tak pasti apa dia nak buat dekat sana. Tapi apa yang aku boleh agak, pulau tu mungkin dijadikan markas mereka atau pun tempat urusniaga jual beli dadah."
"Ishh,nantilah aku siasat!" Aku menyisip air.
Ahhhh...heaven in earth rasanya bandung cincau ni. Segelas lagi bro....!!
Akibat leka berborak itu ini, tak sedar hampir 2 jam gak la aku ngan Faisal melepak. Sebelum di 'chop' mengulorrr, baik angkat bontot beri laluan pada orang lain pulok nak duduk melepak.
"Kau dah kenyangkan Faisal? Jom masuk office, aku ada kerja nak kena settlekan dulu sebelum balik. Malam ni aku kena overtime pulak dekat Elrow Club tu," aku tersandar kekenyangan penangan sebumbung nasi kandar mamak berserta 2 gelas bandung cincau.
Boleh tahan gak aku melantak harini!! Nasib la sapa berbinikan aku nanti, hehe!
Bila memikirkan perjumpaan aku dan Shasha di Elrow Club malam nanti, entah apa lagi la yang si 'Shashabeng' tu dah plan. Jangan dia claim 'to finish what we started' sudah. Tapi apa aku nak takut sebab aku kan still lagi dalam term so called 'woman's monthly menstrual cycle', 4th day.
Memang alamatnya melopong lagi la kau Shasha....kuikuikui...!!
Memikirkan hal malam ini, adehhh...pukul berapa la gamaknya aku dapat tidur. Selagi tak tutup mata asyik kerja...kerja..kerja..!!
Haipp!!
Jangan merungut Inaara. Setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan ikhlas, inshaallah gaji yang diterima setiap bulan itu pasti berkat dan mencukupi.
Share this novel