Chapter 12 - Isle Island

Mystery & Detective Series 57083

Telingaku menangkap bunyi seperti desiran ombak yang sedang memukul pantai. Hati melonjak untuk memastikan tetapi mata pula berat untuk dibuka seperti dilekat dengan gam gajah. Ternyata katil Shasha mempunyai kuasa ajaib buatkan aku hanya ingin tidur sepanjang hari.

Aku kena bangun dulu sebelum dia. Kang buatnya la dia tiba-tiba ...... mati aku! Aku dah tak ada excuse lagi nak mengelak, idea dah kering!

Ternyata Shasha bangun lebih awal dariku kerana saat mata tercelik, hanya bantal dan selimut saja yang menemani aku diatas katil. Si dia ghaib tah kemana. Apa la nak jadi dengan kau ni, Inaara. Patutnya anak dara yang bangun pagi tapi ini sebaliknya pula, aku mengumam sambil mengeliat membetulkan segala urat sendi.

Bunyi desiran ombak masih lagi kedengaran. Aku berpaling kiri dan kanan mencari dari mana datangnya bunyi ombak. Baru aku perasan yang suasana bilik tidur ini lain dari sepatutnya. Bilik tidur ini tampak luas kerana diwarnai dengan warna pastel dan bercahaya disinari cahaya matahari yang memancar dari luar.

Aku dekat mana pula? Rasanya malam tadi aku bukan tidur dalam bilik ni. Aku tidur berjalan ke? Mana datangnya bunyi ombak? Naik bengong aku dengan sebegitu banyak persoalan dan aku perasan diatas meja sisi katil terselit satu sticky note yang mungkin boleh menjawab persoalanku tadi.

*Meet me at roof top*

Hanya 5 perkataan yang tercatit dan aku tahu siapa yang menulisnya. Lantas aku bangun menuju kebilik air untuk mencuci muka dan gosok gigi. Mandi? Ah.. nanti-nantilah!

Aku yang hanya dibaluti bathrob berjalan menuju ke arah Shasha yang sedang duduk bersandar di kerusi 'curvy lounge'. Dah siang begini baru sedar yang aku telah 'diangkut' ke sebuah rumah mewah yang terletak di pulau kecil ini. Aku melabuhkan punggung dan bersandar manja didadanya sambil sama- sama menikmati pemandangan laut diiringi hembusan lembut angin bayu yang menampar kulit wajah.

"Morning Baby, sleep well? Shasha mengelus rambut yang terurai didahi.

"Katil kau empuk sangat sampai aku rasa nak tidur terus sampai esok. Oh ya, macamana ek aku boleh ada dekat sini? Bila kau angkut kesini? Ini rumah siapa? Kita buat apa dekat sini? Aku kemusykilan.

"Relax Anggun, I'll explain. Aku yang bawa kau ke Pulau Isle ini pagi tadi. Sinilah tempat untuk aku settlekan segala urusan aku," Shasha menyuakan breakfast set padaku.

"You are damn good in *shiatsu*. I enjoyed every bit of it last night. Thanks Anggun!" Shasha memuji sambil memerhatikan aku mengunyah perlahan 'english breakfast' set yang supper yummy ini.

Baru kau tahu kehebatan sentuhan listrik Anggun Inaara. Jangan offer aku jadi personal *shiatsu* kau sudah. Alamatnya setiap malam la aku tidur lambat duk melayan kau aja. Tak kuaserrr mak!

"So, what's up? Last night kau cakap nak tolong aku jadi kaya macam kau. Basically kau buat business apa sampai kaya macam ni, Hardy?" Aku memulakan bicara yang tergantung malam tadi.

"Aku hanya uruskan business import export kawan aku," dia menjawab tenang lalu menyalakan sebatang rokok.

"He got a lot of other business to be taking care too. Aku hanya membantu," tambahnya lagi.

"Hardy, aku betul-betul serius nak involved dalam business 'coke' ni since kau sendiri kata boleh untung beratus ribu dalam seminggu," sambil menyisip fresh orange. Ahhh..heaven in earth tekak aku.

Shasha senyum sinis sambil mengelengkan kepala.

"Kau dah fikir habis-habis, Anggun? Memang business 'coke' berikan keuntungan yang banyak dalam masa singkat tapi kau juga harus tahu risikonya. Once you in, there is no way turning back. Only bullet buried in your heart can stop you." Shasha memberi amaran.

"You treat me like a queen and I'll treat you like my king. If you treat me like a game, I'll show you how its' played, Hardy." Aku pula mencabarnya.

"So what is the plan?" Aku menyoal serius.

"Tonight, you'll see. Never ask me who, where, when or why," tegas Shasha.

:::::

Aku turun dari bilik atas selepas siap mengenakan evening dress labuh sampai ke buku lali berwarna navy blue dengan muka dan rambut yang telah didandan cantik. Baju ini diberikan oleh Shasha untuk dipakai malam ini. Dalam hati sangatlah teruja kalau-kalau mamat tu nak bawak aku candle light dinner dekat tepi laut. Wahh..romantiknya!!. Aku tersenyum lebar berangan.

"Kau dah gila senyum sorang-sorang?" Shasha menyapa disebelahku sinis. Spontan itu senyumanku mati. Kacau betul la dia ni time-time aku tengah syok berangan.

Si Shasha hanya mengenakan 'smart casual attire for dinner' menyerlahkan lagi maskulin dirinya. Dah pakai macam ni punya segak, confirm la nak bawak aku gi candle dinner tepi laut. Yihaaaa..!!

Tapi aku silap besar. Angan-angan mat jenin ajelah Inaara! Mana maunya Shasha nak bawak kau pergi candle light dinner.

"They are already here?" Shasha menyoal lelaki yang sedia berdiri disebelahnya.

" Yes, they at meeting room," lelaki itu menjawab.

"Come baby," Shasha merangkul kemas pinggangku dengan memandang sinis pada lelaki itu.

"Cemburu gak kau ni ek! Ingatkan kau ni 24 jam keras kejung takda perasaan. Rupanya hati ada sikit taman," aku berbisik di ikuti ketawa kecilku.

"Behave Baby. Or else i will kiss you here right now!" Shasha memberi amaran.

Gulp!!! Tertelan air liur aku mendengar amaran.

"Welcome gentlemen. Sorry i'm late and thank you for your patience." Shasha dengan 3 lelaki bertatu yang berpakaian kemas duduk memulakan perbincangan.

"Sit on my lap, Baby." Shasha menarik tanganku perlahan.

Kerusi punyalah banyak nak juga aku duduk atas riba. Jeles ler tu bila 3 lelaki bertatu ni asyik pandang aku macam nak makan. Yelahkan, dia pun sampai sekarang tak lepas-lepas lagi 'makan' aku..kuikuikui!

"Robert, we will only supply 500 kilo with the price of 130 thousand a kilo. You're selling weaker product to your customer at 80 thousand a kilo, right? If you buy from us, you can charge 130 thousand a kilo," Shasha mulakan tawaran.

"I'll charge based on current market, Shasha." Robert membalas.

"Your client will pay for what we have! Either they buy from you or us. But there's only one way both of you get paid, Robert." Shasha membidas.

"After all my product is better than you. Definitely your customer will choose us. Think about it!" Shasha *bagai menarik rambut dalam tepung.

Robert berfikir sejenak. Mungkin memikirkan baik buruk sebelum membuat keputusan.

"Hmmm...I will give you 3 million for 100 kilo. If all goes well with my customer, I'll take the rest of it and pay you for 27 million." Robert bersetuju.

"Good." Shasha mengangguk.

"May our relationship will be long and prosperous, Robert. Cheers!!!" Shasha make a toast tanda deal has been successfully wrapped up.

Aku berpaling memandang Shasha dengan pandangan tajam ' i need an explanation' setelah Robert and the geng dah angkat punggung dari situ.

Aku yang dari tadi tak sabar nak bersuara terus, "Hardy, apa yang kau deal tadi dengan Robert? You two keep talking about kilo, what is all about anyway?" Terus aku hamburkan soalan yang dari tadi bermain difikiran. Yela, awal- awal lagi dia dah sound jangan tanya apa-apa just tengok aje.

Shasha hanya tersenyum sinis, menarik tangan ku menuju ke satu tempat.

Aku hanya mengikut *seperti lembu dicucuk hidung.

To be continued....

Infopedia:
*shiatsu - a form of therapy of Japanese origin based on the same principles as acupuncture, in which pressure is applied to certain points on the body using the hands

*bagai menarik rambut dalam tepung - Menyelesaikan sesuatu masalah yang sulit dengan berhati-hati

* seperti lembu dicucuk hidung - Orang yang selalu menurut kemahuan orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience