Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang. Mata aku buntang, mulutku membulat, lutut terasa lembik. Tanganku yang memegang senjata tiba-tiba longlai.
Dia adalah Black selama ini..!!!
"Hai Anggun Inaara!" Dia pamerkan killer smilenya padaku.
Aku terkelu, sukar untuk aku percaya dengan apa yang aku lihat sekarang.
"Errr...Yooo..Yoouuu??" Aku terketar-ketar cuba memahami apa yang sedang berlaku sekarang.
"Apa yang you buat dekat sini? Bukan you dekat Mexico, lagi 3 hari you akan balik?" Aku mula kehairanan dengan kehadiran Ashraff disini bersama Shasha.
Ashraff ketawa dan terus ketawa hingga bergema seluruh gudang usang itu.
"Memang aku ke Mexico, tapi pulang lebih awal kerana aku perlu uruskan Black Hardy business yang terjejas sepanjang ketiadaan Shasha." Ashraff senyum sinis.
"You....Black???" Aku inginkan kesahihan dari mulutnya sendiri.
"Bijak pun you, Love! Yes, I'm BLACK, leader of Black Hardy." Ashraff ketawa bangga.
"But how? Why?" Aku mula rasa sakit hati dengan penipuannya selama ini yang berselindung disebalik muka innocent dan cinta matinya padaku.
Ashraff masih ketawa.
Eh dia ni asyik ketawa aja, kang aku bagi 'sedas' baru tau diam! Sakit plak hati aku dengar dia ketawa. Ashraff kini nampak lain, 100% bertukar menjadi beast yang selama ini dikurung didalam jiwanya.
"Love, aku seorang pegawai polis yang dikenali dan dihormati, takkan aku nak bagitau satu dunia yang aku ni Black, ketua kartel Black Hardy? Selama ini memang Shasha yang menguruskan Black Hardy kerana aku perlukan alibi untuk menutup segala kegiatan aku. Semua terpedaya dengan lakonan aku hingga menganggap Shasha adalah Black. Hebatkan aku!" Ashraff senyum bangga.
"Aku mewarisi empayar Black Hardy dari daddy aku yang mati akibat perbuatan khianat bapa Shasha. Akibat dendam pada Shasha, aku libatkan dia dalam urusan pengedaran dadah supaya lambat laun dia akan ditangkap oleh pihak polis. Sememangnya aku nak Shasha dihukum mati ke tali gantung, baru dendamku terlunas."
"Kes dadah Scicarious yang di ambush polis memang kau yang laporkan tapi aku yang rancang dari awal supaya Shasha dapat diberkas walaupun aku terpaksa rugi demi memastikan segala rancangan aku berjaya. Aku ingat bila Shasha dalam penjara kau akan lupakan dia, tetapi kau hanya jadikan aku sebagai boneka tempat menghilangkan kesunyian kau ." Sambung Ashraff lagi.
"Raef si bodoh itu pula mula nak menghancurkan rancangan aku dengan membebaskan Shasha atas surveillance polis. Dia ingat, melalui gelang yang dipakaikan pada kaki Shasha itu, Black lebih mudah dijejaki? Huh, Dia memang seorang yang bodoh! Hanya aku dan Tuan Suffian saja yang boleh access gelang itu, so kau fahamkan maksud aku." Ashraff ketawa kuat.
"Jadi selama ini kau hanya menipu aku dengan cinta dan janji manis kau pada aku, Ashraff? Lamaran itu juga satu lakonan?" Perasaan benci mula timbul. Kalau di ikutkan hati memang aku nak tikam-tikam hatinya yang busuk macam bangkai tu bagi buaya makan. Aku tertipu dengan segala kemanisan cinta yang diberikan selama ini. Mengapa kau buat aku begini Ashraff? Hatiku bengang yang amat sangat.
"Kau jangan salah faham, Love. Aku memang sayang dan cintakan kau tapi itu dulu, sebelum kau jumpa Shasha. Hati aku sakit bila kau lebih cintakan Shasha. Kau ingat aku tak tahu apa yang dah berlaku antara kau dan dia sepanjang kau undercover dulu? Aku sabarkan hati menunggu hari bersejarah ini untuk aku dedahkan segalanya. Julia....Dia kekasih gelap aku, menjadi mata dan telinga aku bagi semua kegiatan kau dan Shasha selama ini." Kata Ashraff.
Aku mula mengingati siapakah Julia yang dimaksudkan oleh Ashraff. Julia..julia..hah!! Perempuan yang bantu aku di hotel dulu masa aku kena undercover jadi housekeeping untuk misi Shasha. Patutlah dia tau nama aku. Huh, seribu kali lawa lagi aku kot dari betina tu, apa punya taste la si beast ni. Dasar kaki betina!. Hatiku semakin geram.
"Apa yang aku lakukan selama ini pada kau hanyalah lakonan semata-mata. Setahun aku bersabar untuk dapatkan cinta dan tubuh kau dan aku akui kau memang hebat diranjang. You are hard to resist, dengan tubuh kau yang mengiurkan, muka kau yang seksi dalam kenikmatan, buatkan aku sentiasa inginkan kau, Love." Ashraff senyum sinis.
Aku mengigil menahan amarah yang mengila dengan kata-kata Ashraff. "Kau memang lelaki tak guna Ashraf!! Aku mula cintakan kau, sayang pada kau, bersedia menjadi isteri kau tapi ini yang aku dapat?? Menyesal aku pilih kau. Kau tak layak dapat cinta aku, Ashraff!!!" Aku menjerit sekuat hati didepan mukanya melepaskan rasa sakit hatiku yang teramat sangat.
Hatiku terlalu sakit..pedih..kecewa..Air mata menitis turun ke pipi. Sekali lagi aku kecundang bila cinta dan sayang mula bertandang. Adakah ini dinamakan karma kerana mengkhianati perasaan Shasha disaat aku bergelumang diulit Ashraff? Mungkin juga aku mempermainkan perasaan Raef yang jujur menyintai aku? Aku terduduk melepaskan tangisan yang tak berlagu.
"Love, tak guna kau menangis disini, dah terlambat. Kau simpan saja tangisan kau di penjara nanti." Ashraff berbisik di depan muka ku dan dia mengacukan pistol didahiku.
Apa maksud dia menangis di penjara? Aku kehairanan.
Bunyi pintu gudang dibuka kasar dan sepasukan pihak polis diketuai oleh Raef meluru masuk sambil menghalakan senjata menuju ke arah kami.
"Aku tak sangka, selama ini kau adalah Black. Kau memang licik sehebat lakonan kau, Inaara. Kau memang perempuan tak guna, memalukan nama baik polis."Jerkahnya kuat.
"Raef, inilah Black, suspek utama yang kita cari selama ini. Tak sangka dia berselindung dibalik wajahnya yang jelita dan perwatakannya yang baik. Sarjan, gari dia dan bawa ke balai." Ashraff memberi arahan.
Aku?? Aku dituduh sebagai Black??? Apa yang sedang berlaku sekarang?? Kenapa aku?
Shasha... shasha harus bantu aku, dia tahu perkara yang sebenar tapi mana dia? Mataku melilau ke kiri dan kanan mencari kelibat Shasha disitu tapi hampa. Ternyata Shasha juga berdusta dengan janji manisnya yang akan melindungi dan menjaga aku walau apa pun terjadi.
Aku terduduk meraung. Mulut terasa berat untuk menyangkal segala kata-kata Ashraff. Aku lemah tidak berdaya. Segala-galanya telah hancur seperti hati aku sekarang. Kenapa aku diuji sebegini hebat? Sudah jatuh ditimpa tangga.
Air mataku semakin deras mengalir. Seluruh tubuhku lembik, kepala ku berdenyut-denyut mencucuk sakit. Penglihatan ku semakin kabur mulai kelam.
"Anggun Inaara!!"
Aku pasti itu suara Raef, yang terakhir bergema ditelingaku sebelum duniaku gelap bersama kekecewaan hati yang amat dalam.
Karma..Confession..Cinta... Anggun Inaara!
TAMAT
Share this novel