Chapter 19 - Ashraff

Mystery & Detective Series 57083

"Saya masih memerlukan khidmat awak lagi, Inaara. Suspek hanya ingin bercakap dengan awak saja dan saya tiada pilihan lain buat masa ini. Kita amat memerlukan suspek memberikan segala information mengenai keberadaan Black dan juga segala plan yang telah dirancang untuk Black Hardy." Tuan Ashraff mulakan bicara setelah aku dipanggil masuk kedalam bilik meeting yang turut dihadiri oleh DSP Suffian iaitu boss kepada Ashraff, beberapa pegawai lain dan satu muka baru yang tidak aku kenali.

Selama 5 hari berturut-turut Shasha disoal siasat oleh Tuan Ashraff tapi hanya satu jawapan saja yang keluar dari mulutnya, "saya hanya akan berikan kerjasama dengan Cik Anggun Inaara sahaja."

Dan aku tiada pilihan lain, aku harus bertemu empat mata dengan Shasha my darling nanti.

"Oh ya Inaara, saya perkenalkan ini Inspektor Raef Azran yang baru ditukarkan ke sini dari daerah SeriPenara. Dia akan mengambil alih tugas Inspektor Ashraff berkuatkuasa esok kerana Inspektor Ashraff akan menyandang jawatan kosong sebagai ASP dibawah seliaan saya," kata DSP Suffian.

"Selamat datang Tuan Raef," aku bangun berjabat tangan dengan Tuan Raef yang tall, dark & handsome ni. Dia bangun dan menyambut tanganku untuk berjabat salam sambil melemparkan senyuman sehingga terbentuk lesung pipit. Hhmmm..he' s not bad too. Hati aku mula merenyam nampak orang hensem with killer smile..melting kejap!

"Ehemmm," deheman Tuan Ashraff menyedarkan aku dari 'love struck' dan spontan tangan dilepaskan dari Tuan Raef dan aku berjabat tangan pula dengan Tuan Ashraff dengan ucapan tahniah diatas 'promotion' nya. Tuan Ashraff hanya senyum tawar padaku sambil mengangguk perlahan.

Aik! Tuan Ashraff ni lain 'maciam' sejak-sejak darling aku dalam tahanan polis ni. Dia semakin daring pulak dengan aku, kejap-kejap lalu lalang depan meja aku, bila aku ke pantry dia pun ada dah tu suruh buat extra secawan air yang aku minum untuk dia, bila aku keluar dia akan whatsap tanya keberadaan aku dimana. Nasib baik timing balik keje tak menentu, kalau tak dah lama dia offer nak hantar aku balik agaknya. Nape ek dengan si Tuan Ashraff ni?

"Raef, Inaara ni seorang anggota polis yang sangat berdedikasi. Setiap tugasan yang diberi akan dilaksanakan dengan baik. Suspek yang paling dikehendaki pihak polis berjaya di berkas hasil dari maklumat yang disalurkan Inaara. Saya percaya, kamu akan selesa bekerja dengan Inaara untuk misi-misi yang akan datang," ujar DSP Suffian diikuti dengan Tuan Ashraff mengangguk setuju.

Aku hanya mampu senyum saja tapi didalam hati tiada siapa yang tahu betapa aku mula merindui seseorang. Tapi, aku perlu berpijak dibumi yang nyata, maka biarlah aku begini demi cita-citaku yang satu ini.

"Dah tengahari patutlah saya rasa lapar. Kalau begitu jom semua kita pergi lunch, saya belanja bagi meraikan kedatangan Raef dan kenaikan pangkat Ashraff," DSP Suffian mempelawa anggota-anggota dibawah seliaanya usai mesyuarat ditamatkan. Apa lagi, aku dan Faisal yang paling teruja sebab dapat makan free dah save budget.

"Inaara, jom lunch." Serentak suara Raef dan Ashraff mempelawa aku keluar lunch. Aku tergelak dalam hati melihat kegelojohan bos-bos aku yang berebut sibuk nak ajak aku.

"Err.. takpalah Tuan Raef dan Tuan Ashraff pergi lah dulu. Saya menyusul kemudian dengan Faisal. Ada sikit lagi benda saya nak kena settlekan kejap." Aku menolak lembut pelawaan mereka. Jelas kelihatan air muka bengang campur frust terzahir dari muka mereka berdua. Ah, ada aku kesah!

"Nah sayang, ada bunga lagi orang hantar dekat kau. Masuk hari ni dah 5 hari kau dapat bunga rose 11 kuntum. Siapalah peminat misteri kau ni ek? Curios betul aku." Faisal meletakkan jambangan rose diatas meja aku.

Lantas aku ambil kad kecil berlipat dua yang terselit dan melihat siapa si pengirim misteri kerana sebelum ini tiada kad yang disertakan.

' It's been 5 days in a row, don't you miss me, Baby?'

Mata aku berkaca ketika membaca apa yang tertulis dan aku tahu siapa si pengirimnya, namun cepat- cepat aku seka dengan harapan si Faisal tak perasan. Aku tak mahu lagi telinga aku bernanah dek bebelan padu dia, baik aku simpan saja rasa hati ini sorang-sorang. Hatiku berdetak laju. Bagaimana? Macamana? Mengapa? sedangkan sidia dalam tahanan polis. Aku akan bertanya sendiri pada tuan badan nanti.

"Siapa yang hantar bunga- bunga tu, sayang? Apa yang tertulis dalam kad tu?" Faisal memulakan sesi mak jemahnya.

"Tak ada tulis apa pun, hanya alamat kedai bunga tu aja. Eh jomlah pegi makan, karang dorang semua dah habis makan yang kita ni tak sampai-sampai lagi," aku mengalih cerita supaya Faisal tidak mendesak aku untuk jawapan. Aku melajukan langkah ke arah cafe meninggalkan dia di belakang yang ralit dengan handphonenya.

"Terima kasih Tuan Suffian belanja kami lunch," ucapku dengan penuh kesyukuran kerana perutku sendat melantak sepinggan nasi goreng ayam extra plus 2 gelas air bandung cincau. Hehe!

Tuan Suffian hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan. Dia, Raef dan Ashraff kemudiannya sama-sama meminta diri untuk kembali semula ke pejabat untuk menyambung perbincangan.

Aku dan Faisal berjalan beriringan ke pejabat sambil berbual kosong. Di pejabat aku fokus pada kerja- kerja admin yang tergendala sepanjang ketiadaan aku dikala sibuk memadu asmaralana dengan Shasha. Sedang aku ralit menyiapkan kerja, satu notification whatsapp banner appear dari screen handphone aku.

Tuan Ashraff : Inaara masuk bilik saya kejap

Aku tidak membalas tapi bangun menuju ke arah biliknya, sebelum dia akan berpindah ke bilik lain esok. Aku membuka pintu setelah mendengar arahan masuk diberikan. Aku berjalan masuk dan berdiri di depan meja nya.

"Ada apa- apa yang boleh saya bantu, Tuan." Aku mulakan bicara, dia ralit menyain dokumen-dokumen yang belum sempat di semak kerana bermula esok dia akan memulakan tugas dibilik baru yang lain. Bilik ini akan diduduki pula oleh Tuan Raef.

"Sila duduk Inaara. Awak sedia maklum mulai esok Tuan Raef yang akan duduk disini dan mengambil alih tugas saya, walaupun saya tidak lagi in-charge kes ini kalau awak ada apa-apa masalah boleh berjumpa saya bila-bila masa. Saya sedia hulurkan bantuan. Awak tahukan yang saya selalu utamakan awak dalam segala segi kerana........... saya sayangkan awak, Inaara. Maafkan saya kalau masa ini tak sesuai untuk kita bercakap soal hati dan perasaan tapi hanya ini saja peluang yang ada. Awak sentiasa mengelak dari saya, kenapa Inaara?" Tuan Ashraff bangun duduk disebelah sambil memaut dan mengengam erat tapak tangan kiriku.

Deng!!! Tuan Ashraff sayang aku? Dia.. dia suuu..kaa..suka aku? Oh..Yemm..Geee..patutla selama ni asyik hint-hint aje tapi sebab aku ni kategori ala-ala blur tak ada lah aku ambil port sangat. Lagipun masa tu aku kan sibuk berasmaralana dengan my darling, mana nak perasan sekeliling kan! Aku biarkan tapak tangan aku digenggam si Ashraff, auranya buatkan aku mula berlecak atas bawah. Huh! aku ni pantang sungguh bila disentuh, mula la rasa pelik-pelik menjelma. Shuh..shuh..pergi kau jauh-jauh nafsu! Si Ashraff ni tak sama macam darling kau yang asal tersentuh aje pasti onzzz!

"Inaara..Inaara..Inaara sayang..hei kenapa termenung ni sampaikan saya panggil pun awak tak sedar?" Tegur si Ashraff dengan memegang lembut pipiku sambil ibu jarinya menjalar mengusap bibir mungilku yang sexy merah menyala hasil coletan lipstik lipmatte revlon. Ibu jarinya masih lagi bermain-main dibibirku, perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya padaku dan bibirnya mula menindih bibirku...lembut.

Ah sudah, aku dah kata yang aku ni tak boleh disentuh, pasti mood turned on punya. Reaksi aku yang terkejut dengan tindakan spontan si Ashraff hanya untuk 5 saat aje bila aku pula mendalamkan ciuman itu dengan menjalar masuk lidah kedalam mulutnya membelit dan bertukar saliva sesama sendiri sambil memeluk lehernya. Si Ashraff juga memberi response yang baik dengan mula memeluk erat pinggangku sambil tangannya meraba mengusap belakang badan ku turun hingga ke punggung dan meramas kasar.

"Mmmnnnnhh..." Aku mengerang kenikmatan didalam mulutnya. Tak sangka ciuman si Ashraff juga sehebat my darling.

Taupan ciuman yang agak lama itu akhirnya terlerai mencari nafas yang hilang. Mata saling berpandangan dalam pelukan yang erat. Terpancar sinar dari mata si Ashraff bersama senyuman kepuasan dapat menakluki bibir sexyku. Nakal juga kau ea Ashraff!

"You are a good kisser," aku senyum sambil menyentuh lembut bibirnya.

Si dia tersenyum bangga mendengar pujian dari aku. " You have sweet juicy tasty sexy lips, Inaara. I can't resist." Ashraff berbisik sambil jarinya masih bermain dibibirku.

"Do you know that we are still in the office?" Aku tergelak kecil dengan kerakusan kami sehingga lupa keadaan sekeliling.

Dah la dekat luar tu ramai anggota tengah sibuk bekerja, dan yang aku dengan tuan aku ni pun pula sibuk gak 'bekerja' di dalam bilik time office hour ni. Nasib baik kiss aje, kalau dengan my darling aku dah dikerjakan atas meja ni juga. Ah my darling, you're always in my mind.

Si Ashraff menghamburkan ketawa bila mendengar soalan aku tadi. Dia yang seorang profesional dan tegas pun boleh hanyut . Tak aku sangka, Tuan Ashraff yang sikit punya straight pun boleh tersasar. Jangan salahkan aku ya kalau bukan dia yang gatal mulakan dulu. Aku hanya follow the flow saja!

" You want to continue our kissable moment to another place?" Si Ashraff bertanya lembut sambil mengenyit sebelah mata padaku.

Dan aku.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience