BAB 2

Action Series 6980

"KAKAK dah balik," tegur Aariz apabila melihat figura kakaknya. Pelik! Selalunya kakak balik lewat, ini baru pukul 7.00 malam sudah balik.

"Hmm."

"Ada apa-apa ke kakak balik awal?"

"Tak adalah. Kakak dah siap awal kerja, jadi balik awal."

"Alang-alang kakak dah balik, jom dinner," ajak Aariz.

"Aariz masak apa?" soal Raisha.

"Riz masak ayam celup tepung, brokoli dan makanan yang paling kakak suka ialah jeng jeng jeng..."

"Apa dia?"

"Telur goreng, hahaha." Tergelak Aariz melihat muka kakaknya yang masam. Okey apa telur goreng. Letak kicap confirm 100% sedap!

"Hek eleh setakat telur goreng pun kakak boleh buat. Senang kacang saja."

"Sepatutnya kakak kena bersyukur tahu tak. Riz balik dari kelas taekwando penat-penat terus masak dinner untuk kakak. Tahulah Riz masak itu benda senang, letak itu letak ini terus siap. Yang penting hargai lah."

Aariz bangun dan berlalu ke biliknya.

'Budak ini merajuk pula. Aduh, kakak gurau saja, itu pun nak sentap adik ini. Tak gentleman langsung!' desis hati Raisha.

Satu hal nak kena pujuk budak busuk ini. Dia naik ke bilik adiknya.

"Adik!" Raisha mengetuk pintu bilik Aariz. Ada dia kesah Aariz letak tanda 'Don't disturb me'. Asalkan budak itu terpujuk sudah.

"Adik, kakak masuk tau." Raisha membuka pintu lalu masuk ke dalam bilik adiknya yang tersayang. Alah alah cliche betul Aariz ini , ada ke patut dia selubung dirinya bawah selimut. Tak patut tak patut!

"Alalala adik, kakak gurau saja fasal tadi. Tak payahlah nak merajuk bagai. Kakak dah lah jenis tak pandai pujuk orang. Kang kalau kakak merajuk, adik pun cakap. Perempuan semua nak menang, orang merajuk dengan dia bukan nak pujuk tapi merajuk balik." Raisha mengubah suaranya menjadi seperti Aariz.

Krik krik krik! Aariz hanya diam membisu. Dia tahu macam mana nak pujuk.

"Adik."

"Ya lah kakak tahu kakak salah sebab cakap macam itu kat adik. Adiklah adik yang paling baik, rajin, baik hati dan yang paling penting pandai memasak." Tanpa Raisha tahu Aariz sedang mengekek ketawa melihat kakaknya yang bercakap seorang diri.

Tadi dia nak masuk bilik tapi perut buat hal. Jadi, pergilah tandas kejap. Tak sangka pula yang kakak masuk bilik dia. Dan dia sengaja selubungkan bantal goleknya, hahaha.

Aariz mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus merakam Raisha yang sedang bercakap seorang diri itu.

"Tak apalah kalau adik tak nak cakap dengan kakak. Make sure makan malam ini. Kakak tak nak adik sakit," sambung Raisha lagi. Dia berlalu keluar seraya membuka pintu.

Aariz yang tidak sempat mengelak terus jatuh dan Raisha pula terkedu sebelum dia menjerit.

"Pencuri!" jerit Raisha lantang. Dia mengambil kayu besbol yang berdekatan dan memukul 'pencuri' itu.

"Auch kakak! Sakitlah!" adu Aariz. Memang malang betul nasib dia harini. Tadi jatuh lepas itu kena pukul dengan kayu besbol.

"Aariz?" Bukan tadi Aariz ada dalam bilik ke. Macam mana boleh ada dekat luar. Bermacam-macam perkara yang ada dalam fikiran Raisha.

"Ya ini Aariz," ujar Aariz. Nasib baik kakak tak pukul telefonnya. Kalau tak mahu meroyan dia.

"Tahulah kakak nak pujuk Riz sebab Riz merajuk tapi tak payahlah sampai cakap seorang diri. Hahaha." Sejurus berkata begitu Aariz terus lari turun ke ruang makan sambil ketawa terkekek-kekek.

"Tunggu adik, kakak cubit kuat-kuat." Manalah dia tahu yang duduk bawah selimut itu bantal golek dan bukannya Aariz.

Kalau diingatkan, seriau bukan main cakap seorang-seorang. Nasib baik bantal itu tak jawab, kalau tak... tak cukup tanah dia lari. Kurang asam punya adik!

"EN... encik nak bayar bil?" soal penjaga kaunter itu kepada Rayyan yang sudah siap makan malam.

Siapa saja yang tak gagap bila bercakap dengan Rayyan. Dengan muka bekunya yang tak pernah senyum dan panahan matanya yang tajam. Semua orang tak berani.

"Yes."

"Semuanya RM20." Rayyan menghulurkan wangnya lalu penjaga kaunter menyambut wang itu dengan pantas.

Rayyan berlalu keluar dari kedai dan melintas jalan untuk menuju ke keretanya.

Ting! Dia mendapat mesej dari seseorang.

Dia berhenti di seberang jalan.

Whatsapp Personal

Arfan »
Kau dah sampai rumah belum?

Rayyan »
Aku dekat kedai. Kenapa tanya?

Arfan »
Kau tolong aku beli nasi goreng and milo ais. Please, Ian.

Rayyan »
Kau ini kan...

Arfan »
Ala kali ini je

Rayyan »
Okey kali ini je. Kalau lain hari memang tak lah aku nak tolong

Arfan »
Thank you, Ian. Sayang kau

Rayyan »
Uwerk!

"Kau ini kan kalau ada depan aku memang dapatlah. Nasib baik kau tak ada." Rayyan mengomel perlahan sambil tangan masih bermain telefon. Dia melintas jalan untuk ke kedai makan tanpa menoleh kiri dan kanan.

"Woi, tepi!" jerit seseorang apabila melihat ada lori ingin merempuh Rayyan.

Orang itu sempat menolong menolak Rayyan.

"Auch," adu Rayyan. Dia dapat merasakan kesan geseran pada lengan tangannya. Mesti luka!

"Aduh." Rayyan menoleh sebelahnya dan melihat ada seorang lelaki tua yang telah menyelamatkannya sedang mengeluh perlahan.

"Pak cik okey tak?" Kalau bukan disebabkan dia pasti lelaki tua ini tidak cedera.

"Meh saya tolong pak cik," pelawa Rayyan lalu menolong lelaki tua itu bangun walhal tangan dia pun sakit sekarang ini. Pedih!

"Anak ada cedera tak?"

"Tak ada." Rayyan berdalih. Tiba-tiba dia merasakan pandangannya kelam dan pengsan di situ.

"Tolong! Tolong!" jerit lelaki tua itu meminta tolong.

"ADUH." Rayyan membuka matanya perlahan-lahan lalu mengecilkan matanya kerana silau cahaya matahari. Masih rasa kepedihan luka di lengannya. Berbalut!

"Dah bangun kau," tegur Arfan yang datang sambil membawa makanan untuk Rayyan.

"Hmm."

"Nah makan ini. Jangan nak merungut makanan tak sedap. Sebab kau sekarang ada dekat hospital." Arfan memberi amaran lalu duduk di atas kerusi.

"Membebel macam mak nenek lah kau ini." Dia teringatkan lelaki tua itu.

"Mana pak cik?"

"Pak cik mana kau ini?"

"Pak cik yang selamatkan aku lah."

"Kau accident seorang sajalah. Mana ada orang lain."

"Lepas itu, siapa yang to... "

"Dah-dah tak payah nak merepek. Kau makan sekarang. Nanti masuk angin." Arfan memintas.

"Huh." Rayyan merengus. Kerja Arfan memang memintas kata orang eh?

"Kau makan sampai habis jangan membazir. Membazir itu amalan syaitan!"

"Dah lah membebel, aku nak makan pun tak tenang." Rayyan terpaksa menggunakan tangan kirinya. Dia kidal jadi tak ada halangan nak makan.

"Macam mana boleh jadi benda ini?"

"Salah kau lah suruh aku beli makanan!" Rayyan merungut.

"Aku pula yang disalahkan. Dia yang main telefon masa melintas jalan, nak salahkan orang." Arfan membuat muka menyampah manakala Rayyan membuat isyarat tangan supaya Arfan diam.

'Susah ada kawan degil macam Rayyan.'

'Mana pak cik yang selamatkan aku itu?'

Kedua-duanya membuat hal masing-masing.

SELAMAT MEMBACA !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience