"RAYYAN! Jom pergi taman depan itu. Cantik!" ajak Arfan.
"Malaslah aku. Baik aku tidur daripada keluar." Rayyan memejamkan mata. Sudah keluar perangai degil dia!
"Kau itu tak sihat. Jom lah pergi ambil angin, pagi-pagi ini tenang tau," pujuk Arfan.
"Jomlah, Ian."
"Jo..."
"Ya lah jom. Dari tadi ganggu aku nak tidur saja." Arfan menolong Rayyan bangun. Mereka berjalan sepanjang perjalanan untuk ke taman.
"Macam mana tangan kau sakit lagi ke?" soal Arfan.
"Tak." Rayyan mana pernah ada perasaan. Benda yang sakit dikata tak sakit.
"Kau duduklah atas bangku itu." Arfan menyuruh sejurus mereka tiba di taman. Rayyan hanya menurut.
"Aku nak pergi jalan-jalan kejap," ujar Arfan.
Seperti apa yang Arfan kata memang tenang. Dengan adanya pokok-pokok redang membuatkan suasana menjadi aman dan damai.
"Excuse me," tegur seseorang. Rayyan berpaling melihat orang yang menegurnya. Lelaki. Muka seperti pelajar universiti.
"Boleh saya duduk sini?" Rayyan mengangguk.
Lelaki itu duduk di sebelahnya kerana bangku lain basah dek kerana hujan malam semalam. Bangku yang diduduki Rayyan saja tidak terkena hujan kerana terletak di tempat teduh.
"Abang sakit ke duduk dekat hospital ini?" soal lelaki disebelahnya.
"Accident," jawab Rayyan sepatah.
"Ouh, ermm nama saya Aariz. Nama abang apa?" soal Aariz lagi tidak mahu suasana janggal.
"Rayyan."
"Aariz! Aariz!"
"Abang saya gerak dulu. Kakak saya sudah panggil, bye." Aariz berlalu meninggalkan Rayyan.
Rayyan hanya memerhati pemergian lelaki yang hanya dikenali sebagai Aariz.
"Mana Arfan ini?" Dia melilaukan pandangan ke arah taman. Terdapat beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di situ.
"Siapa itu?" Tadi dia melihat Rayyan bercakap dengan seseorang.
"Entah. Tiba-tiba saja datang." Rayyan melihat taman itu semakin dipenuhi dengan kanak-kanak.
"Sudahlah. Aku pergi dulu." Dia bangun lalu menuju ke biliknya. Arfan memilih bilik VVIP untuk Rayyan. Rayyan tak boleh suasana yang bising nanti tak fasal-fasal berlaku pergaduhan.
"Jomlah." Arfan mengikuti belakang Rayyan sambil menjinjing plastik makanan. Tadi, dia ajak Rayyan pergi ke taman untuk membeli makanan di kantin hospital. Sebab itu dia menyuruh Rayyan duduk di bangku.
Setibanya di bilik, mereka masuk ke dalam.
"Kau boleh keluar hari ini. Kau makan siap-siap dan tukar baju." Semasa di kantin, dia terserempak dengan Doktor Rahimah dan doktor memberitahu yang Rayyan boleh pulang ke rumah.
Dia terpaksa cuti dua hari untuk jaga Si Rayyan ini.
"AARIZ ini kakak suruh tunggu dalam kereta bukannya pergi lepak dekat taman," bebel Raisha. Geram dia dengan perangai degil Aariz ini.
"Taman itu tenang. Hati yang panas pun boleh cair macam ais. Banyak pokok-pokok redang. Tadikan kakak Riz jumpa seorang abang ini." Aariz membuka cerita.
"Siapa pula? Bahayalah cakap dengan orang tak kenal. Silap hari bulan dia ada pisau ke," ujar Raisha sambil memandu stereng kereta.
Semasa datang ke hospital Aariz yang pandu jadi masa balik giliran dia pula. Tadi mereka meneman Adira untuk mengambil ubat. Demam disebabkan Amni tambah pula dahinya luka.
"Kak Adira macam mana? Luka dia dah sembuh?"
"Belum."
"Kak Amni ini kalau ya pun nak marah. Tak payahlah sampai tolak Kak Adira. Kesian dia tak pasal-pasal luka dahi." Aariz membebel dengan perangai Amni yang bertindak melulu.
Tanpa Aariz tahu Raisha telah mengulumkan senyuman tipis.
'Marah betul Aariz dengan Amni. Ke ada apa-apa antara dia dan Adira ini,' bisik hati kecilnya.
Adira itu baik orangnya. Pakai tudung dan selalu memakai baju kurung tidak kira di mana dia berada.
"Marah betul awak, adik." Raisha berkata apabila Aariz senyap tidak bersuara.
"Ya lah. Takkan nak sorak hora horey dekat Kak Adira. Kakak pun marah juga kan." Aariz membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam rumah setelah sampai.
"Marah itu memang marah tapi kakak marah bukan macam Riz marah. Bebel sana bebel sini mengalahkan ibu." Raisha berkata sambil tangan ligat menutup pagar rumahnya.
"Aariz! Jom buat kek coklat!" ajak Raisha. Kek coklat itu kek kegemaran dia orang. Biasalah jika adik beradik mempunyai minat yang sama.
"Jom! Jom! Lama kan kita tak buat kek itu sama-sama. Kakak asyik sibuk saha," ujar Aariz sambil tangannya mencari bahan-bahan. Dia ingat lah bahan-bahan untuk buat kek coklat itu. Dia kan lelaki sejati!
Hanya mereka berdua yang tinggal dalam rumah yang mempunyai tiga tingkat itu. Ayah dan ibu asyik pergi luar negara atas urusan kerja.
'Agak-agak bila eh keluarga aku akan bersatu semula?' Soalan yang setiap hari bermain di kotak fikirannya.
"MACAM mana lengan kau? Okey dah?" soal Arfan sambil menggigit sandwic. Sedap!
"Hurm."
"Kau pakai baju kemeja ini nak pergi mana? Kan doktor dah bagi cuti 4 hari." Arfan mengerutkan dahinya.
"Pergi kerjalah. Buat apa aku duduk rumah, bukan buat kerja pun." Rayyan berkata sambil tangan ligat memakai stoking.
"Tak payah pergi kerja. Aku ada bawa balik fail-fail kerja kau. Memang tak boleh berpisah dengan kerja agaknya" Ayat terakhir sengaja diperlahankan supaya Rayyan tidak mendengar.
"Kau ingat aku tak dengar apa kau cakap." Rayyan memberi jelingan khas untuk sahabatnya.
"Aku tak cakap apa-apa pun. Marilah makan sandwic ini,'' pelawa Arfan sambil menghulurkan sandwish itu.
"Ya lah." Rayyan menggigit sandwic itu. Masakan Arfan memang tak ada siapa boleh lawan.
"Sedap tak?"
"Biasa saja. Nak satu lagi." Arfan mencebik. Sedap tapi tak nak mengaku. Rayyan hanya membuat muka tidak berperasaan sambil makan sandwic itu.
"Aku pergi kerja dulu. Ingat jangan pergi kerja kalau tak kau tunggu nanti apa aku akan buat." Arfan memberi amaran lalu menuju ke keretanya.
"Membebel saja kerja kau. Macam perempuan." Rayyan mengunci pintu rumahnya selepas Arfan pergi ke kerja lalu dia menuju ke biliknya.
"Mana fail yang Arfan cakap itu?" soalnya pada sendiri.
"Tak ada pun. Ke dia tipu aku?"
"Jahanam punya Arfan. Kau ini memang lah. Lepas itu aku nak buat apa sekarang ini?" Rayyan merungut.
Tit!
Whatsapp Personal
Arfan »
Tengah cari fail kerja ke?
Sorry lah sebab aku tipu kau,
kau cuti 4 hari je, Ian.
So, stay dekat rumah tak
payah pergi mana-mana.
Rayyan »
Jahanam kau.
Kau balik rumah jaga kau.
Aku terajang kau nanti.
Arfan »
Tak takut!
Rayyan »
Kau tunggu.
Tengok lah aku buat apa nanti
Arfan memberinya bluetick.
'Tunggu kau aku buat sesuatu nanti.' Rayyan memikirkan cara untuk membalas dendam pada Arfan kerana menipunya.
'Aku nak buat apa eh? Ha, aku tahu. Tapi... fasal pembunuh itu? Aku tak pernah lupa, tunggu satu hari di mana hidup kau akan musnah.'
Thanks for reading
Share this novel