PRANG !
Kedengaran bunyi cermin yang ditumbuk oleh seseorang di dalam sebuah bilik yang hanya disinari oleh bulan.
"Argh!"
"Kenapa benda ini jadi dekat aku? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Tsk... tsk... tsk. Aku tak kuat." Menitis air matanya mengenangkan keluarganya yang baru saja meninggal dunia tadi.
"Aku tak boleh hidup tanpa dia orang. Aku tak boleh. Dia orang milik aku. Kenapa? Macam mana aku nak hidup? Siapa yang akan main dengan aku kalau baby tak ada? Siapa yang akan ajar aku? Siapa yang akan marah aku kalau aku buat salah?" sambungnya lagi.
Wait!
"Aku nak cari pembunuh itu. Yes, aku akan cari kau sampai lubang cacing sekalipun. Nyawa dibayar nyawa. Kau pembunuh!" janjinya pada diri sendiri.
Bagai dirasuk dia bangun dari pembaringan dan mengambil cebisan kaca yang ditumbuknya tadi.
"Aku akan cari kau, pembunuh. Just wait and see. Hahaha." Sejurus berkata begitu dengan sekali kelaran kasar terus darah keluar membuak-buak dari pergelangan tangannya. Zass!
Satu titik.
Dua titik.
Tiga titik.
Dia pengsan dengan darah yang masih lagi belum berhenti dari mengalir di pergelangan tangannya. Dia tidak sedarkan diri sehinggalah...
"Rayyan!"
"Rayyan!"
"Mama?"
"Yes, sayang. It's me."
"Mama! Kenapa mama tinggalkan Ian? Ian tak boleh hidup tanpa mama." Rayyan memeluk mamanya erat.
"Shh... mama sentiasa ada dalam hati Ian. Ingat apa yang mama kata? Kalau mama sudah tiada Ian kena teruskan hidup. Buat sesuatu yang boleh buatkan Ian lupakan kita orang. I love you till jannah son."
Dia melepaskan pelukan anaknya. Sebelum perlahan-lahan menghilangkan diri di sebalik kegelapan malam itu.
"I love you damn much, mama. Tolong jangan tinggalkan Ian!" Dia berlari selaju yang mungkin untuk mengejar mamanya. Tapi semuanya sudah terlambat.
"Mama! Mama!"
"Rayyan! Bangun!" Daniel Arfan menggerakkan Rayyan yang meracau itu.
Dia yang baru terlelap tadi terbangun mendengar Rayyan yang memanggil mamanya.
Dia menjaga Rayyan di hospital kerana Rayyan pengsan semasa dia masuk ke dalam bilik Rayyan.
Siapa lagi yang bertanggungjawab menjaga Rayyan? Apa gunanya sahabat dalam hidup, kalau seorang sahabat dalam kesusahan dia tak boleh tolong.
"Hey, Rayyan." Arfan menampar lembut pipi Rayyan. Kalau tampar kuat pipi Rayyan kang naya dia kena terajang. Ini bukan masa untuk bermain-main.
"Arfan! Mana mama aku?" soal Rayyan yang mamai itu lalu terus bangun dari tidurnya.
"Mama kau dah..."
"Kau jangan tipu aku lah! Aku nak mama aku! Mana mama? Kau jangan cakap yang mama aku dah tiada. Aku sayang dia kau tahu tak. Tolonglah."
Rayyan menangis tersedu-sedan. Dia bagaikan baru tersedar yang mamanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
"Mama kau dah meninggal Rayyan." Arfan memberitahu supaya Rayyan sedar.
"Ta... tak mungkin. Aku tahu mama aku hidup lagi. Kau sorok mama aku kan. Kau bagitahu aku sekarang kat mana mama. Aku nak dia yang jaga aku."
Arfan terus menekan butang merah yang berdekatan dengan katil Rayyan. Butang merah itu membawa maksud untuk memanggil doktor.
"Apa yang terjadi?" soal Doktor Rahimah.
"Dia cari Datin Zahirah," ujar Arfan.
"Kamu tunggu di luar, Arfan."
"Okey, Doc." Beberapa minit kemudian, Doktor Rahimah keluar dari bilik yang dikhaskan untuk Rayyan.
"Saya dah suntik dia. Mungkin, Rayyan takkan bangun untuk beberapa jam," terang Doktor Rahimah. Dia ialah doktor peribadi bagi keluarga arwah Dato' Rashid.
"Thanks, Doc!"
"No problem. Itukan kerja saya."
"Bila dia boleh keluar?"
"Kalau demam dia surut dan dia tak meracau mungkin esok boleh keluar. Saya pergi dulu. Jumpa lagi Arfan."
Share this novel