BAB 8

Action Series 6980

"RYAN, ada kan nama kawan kau Daniel Arfan?" soal Isaac seraya menjongketkan sebelah keningnya. Rayyan mengiyakan kata-kata Isaac. 

"Mana kau tahu?" Setahunya, tiada siapa tahu dan kenal tentang Arfan kecuali keluarganya. 

"Aku dengar Carson sebut. Lagipun nama itu familiar dengan kita orang yang ada dekat sini. Kalau boleh setiap hari dia sebut nama itu."

Rayyan mengerutkan keningnya. Sejak bila mereka tahu tentang kawannya yang seorang itu. Pusing kepalanya memikirkan hal itu. 

"Ouh, tak tahu pula aku." Fikirannya masih cuba mencari jawapan. 

'Atau Arfan ada kena mengena dengan semua ini? Haish, pening kepala aku.' 

Rayyan memegang pelipisnya lalu diurut sebentar. Sejak dua menjak ini, kepalanya asyik pening saja. Mungkin kerana banyak berfikir.

"Esok kita akan pergi Itali atas arahan ketua. Jomlah tengok skill aku, hari itu kata aku pengecut sangat. Tak akanlah kali ini Rayyan Zahrin nak jadi pengecut? Kan?" Rayyan tersenyum sinis. Memang mencabar kesabaran betullah.

"Marilah!" ajak Rayyan seraya masuk ke dalam gelanggang tempat mereka selalu berlawan suatu ketika dahulu.

"Hehehe." Isaac ketawa halus cuba untuk menutup gugupnya apabila melihat muka Rayyan yang berubah. Rayyan memberi isyarat datang kepadanya.

'Terlajak perahu boleh diundur Isaac, terlajak kata buruk padahnya. Aduh, Ryan ini saja je nak buat aku takut dengan muka setan dia itu,' kutuk Isaac dalam hatinya.

"You can do it, Isaac. Yakin pada diri kau," bisiknya pada diri sendiri.

Isaac meluru ke arah Rayyan lantas diberikan satu sepakan. Rayyan yang memang sudah dapat membaca pergerakan kawannya itu pantas mengelak dengan menundukkan badannya. 

Lantas, Isaac menyiku wajah Rayyan dengan kuat seraya memberikan satu sepakan. Kali ini sepakannya mengena pada Rayyan. Dia tersenyum gembira.

'Happy sangatlah itu boleh siku muka aku. Sekali cukuplah aku bagi free dekat kau,' desis hati Rayyan.

Rayyan menujahkan tendangan pada tubuh Isaac. Apabila tubuh Isaac menerima tendangan itu badannya terlentang di atas gelanggang.

Tanpa membuang masa, lantas Rayyan memberikan tumbukan pada wajah Isaac. Isaac mengerang kesakitan apabila Rayyan mengepit kepalanya antara kedua-dua belah kaki Rayyan. Tercungap-cungap dia mencuri nafas.

"Dah dah! Lepaskan aku, a... aku mengalah," ujar Isaac seraya menepuk kaki Rayyan berkali-kali. Rayyan melepaskan kepala Isaac lalu baring di sebelah kawannya.

Cepat-cepat Isaac mengambil nafas setelah Rayyan melepaskannya. Boleh mati tercekik dia kalau setiap hari kena kepit kepala dengan Rayyan.

"Nak bunuh aku ke apa kau ini? Kalau aku mati tadi sumpah setiap hari aku akan kacau dan menghantui hidup kau."

Rayyan mencebik. Ingat dia takut, tak ada maknanya dia nak bunuh kawannya sendiri kecualilah pembunuh keluarganya itu. Tinggal sedikit lagi masa untuk dia bertindak.

"Meh aku bunuh kau." Rayyan berura-ura hendak mencekik Isaac. Apalagi, habis lintang-pukang jejaka Sabah itu lari meninggalkan Rayyan keseorangan di dalam gelanggang itu.

"Tahu pun takut mati." Terletus tawanya teringatkan cara Isaac berlari. Habis dilanggar semua peralatan yang ada di situ. Lagi-lagi semasa Isaac jatuh kerana terlanggar pintu. Sebesar-besar pintu pun boleh dilanggarnya.

"Isaac, Isaac." Tergeleng-geleng kepalanya seraya berehat sebentar melepaskan lelah.

"KAKAK! Riz masuk tau," ujar Aariz seraya menolak pintu bilik kakaknya sambil di tangan terdapat dulang yang di atasnya ada semangkuk bubur dan segelas air suam.

Kakaknya sudah balik ke rumah semalam setelah mendapat kebenaran daripada Doktor Rahimah untuk pulang. Tidak lupa juga untuk mengambil ubat-ubatan kakaknya. Ayah dan ibu pula sedang bersarapan di dapur.

"Aariz, buat apa masuk bilik kakak?" soal Raisha yang baru tersedar daripada tidur apabila terdengar bunyi pintu biliknya terbuka.

"Aariz bawa bubur untuk kakak. Lepas makan bubur kakak telan ubat ini," ujar Aariz seraya meletakkan dulang ke atas meja yang disediakan di tepi katil.

Raisha pula terkesan dengan sikap adiknya yang prihatin. Bersyukur dia dikurnai adik yang penyayang seperti Aariz.

"Thank you, adik sayang." Raisha memberikan senyuman manis kepada adiknya. Aariz pula hanya mengangguk lantas mengambil mangkuk bubur. 

"Aariz suap eh," pinta Raisha. Sekali sekala ingin bermanja dengan adik sendiri, apa salahnya. Aariz menghulurkan sesudu bubur ke mulut Raisha lalu berpatah balik. Sudu itu pun dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Nyum nyum nyum." Raisha yang melihat mendengus geram seraya meneguk air liurnya. Sudahlah dia lapar, boleh pula Aariz bermain-main dengan dia. 

"Apa ini Aariz. Kakak laparlah," rungut Raisha lalu memuncungkan bibirnya. Tangan pula disilangkan di dada. Lagaknya seperti kanak-kanak yang tidak mendapat aiskrim.

"Alolo kesian dia. Nah makan bubur ini." Aariz menghulurkan sudu itu buat kali kedua lalu Raisha menelannya.

"Sedap tak?" soal Aariz apabila kakaknya memakan bubur yang dimasaknya.

"Hmm." Raisha memejamkan mata ingin menikmati bubur itu.

"Sedap tak kakak?" soal Aariz lagi. Kali ini giliran dia pula mendengus geram. Kakak langsung tidak menghiraukan soalan dia.

"Kakak!" panggil Aariz kuat. Spoil mood orang betullah kakaknya ini.

"Aariz ini kacaulah orang nak menikmati pun tak boleh!" Raisha menjeling tajam.

"Sedap tak Aariz masak?" Kalau kali ini kakaknya tidak menjawab pertanyaannya dia akan turun ke bawah dan merajuk.

"Of courselah sedap adik kakak masak." Raisha melingkarkan tangannya pada leher Aariz lalu menarik kuat. Lantas dia mencium pipi adiknya seraya berlari masuk ke dalam tandas. Aariz pula diam membisu sebelum menjerit dengan kuat.

"Kakak!"Habis pipinya kena bekas bibir kakaknya yang kotor itu. Mana tak kotornya, ciuman diselaputi dengan bubur.

"Hahahaha!" Kedengaran tawa Raisha di dalam tandas itu.

"Gelilah kakak ini! Lap pipi Riz cepat. Habis melekat bubur ini." Aariz merungut manakala Raisha masih ketawa apabila mendengarkan rungutan adiknya. Dengan kepala yang masih berbalut sempat lagi kakaknya membuli orang, itulah perangai seorang Raisha.

Setelah setengah jam tidak mendengar suara Aariz. Dia membuka pintu tandas lalu mengintai kalau-kalau Aariz masih lagi ada di dalam biliknya.

"Fuh selamat." Raisha melangkah keluar dari tandas seraya pergi ke katil kepunyaannya. Dia membaringkan badannya sambil mata terpejam.

Tanpa membuang masa, Aariz memicit botol krim di atas muka kakaknya seraya meletakkan sedikit coklat cip. Dengan pantas dia keluar dari bilik itu dengan ketawa besar.

Raisha yang dapat merasakan sesuatu di atas mukanya lantas membuka mata. Dia melihat biasan mukanya pada cermin. Habis mukanya menjadi kek dengan adanya krim dan coklat cip. Cukup lengkap!

"Aariz!" jerit Raisha lantang seraya turun ke bawah. Apabila melihat Aariz yang sedang memandangnya pantas dia mendekati adiknya itu. Aariz melarikan diri ke dapur sambil Raisha mengejarnya di belakang.

"Kenapa muka Raisha ini?" soal kedua-dua ibu bapa mereka apabila melihat kedua-dua anak mereka berkejaran.

"Aariz yang buat muka kakak! Tunggu Riz!" Raisha ingin menangkap Aariz yang berada di belakang ayahnya. Aariz menjelirkan lidahnya tanda mengejek.

Dengan pantas Raisha berlari ke belakang ayahnya manakala Aariz meluru ke belakang ibunya. Raisha bercekak pinggang, penat dia mengejar Aariz tetapi tidak membuahkan hasil.

Aariz menjelirkan lagi lidahnya kerana kakaknya tidak berjaya menangkapnya.

Dalam sekelip mata Raisha berada di sebelah Aariz lantas dia memeluk adiknya seraya menggeserkan pipinya dengan pipi Aariz. Kesudahannya, kedua-dua muka mereka terdapat krim.

"Padan muka!" Giliran Raisha pula menjelirkan lidah lalu berlari naik ke biliknya semula. Tidak lupa juga dia mengunci pintu supaya Aariz tidak masuk.

Dia menghempaskan badannya ke atas katilnya yang empuk. Tiba-tiba kepalanya berdenyut. Inilah padahnya, dengan kepala yang berbalut sempat lagi mengusik orang.

THANKS FOR READING !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience