BAB 6

Action Series 6980

"Hiah!" Seorang daripada mereka meluru ke arah Rayyan lalu cuba untuk memukulnya.

Sudahlah suasana sekarang gelap gelita, tiada sebarang cahaya daripada lampu. Mujurlah malam itu, bulan menyinari markas melalui celahan-celahan tingkap.

Rayyan mengelak lantas diberikan satu sepakan padu kepada lawannya yang tadi. Lawannya itu segera bangun, bukan calang-calang orang.

Selebihnya, 4 orang lelaki datang mengepung Rayyan yang berada di tengah-tengah. Dirinya sudah dikepung oleh mereka.

Seorang lawannya datang ingin memukul dia di bahagian kepala. Siapalah mereka ingin melawan Rayyan yang mempunyai tali pinggang hitam itu. Dia sudah belajar taekwondo sejak berumur 6 tahun lagi. 

Rayyan mengelak dan pukulan itu tersasar lalu terkena pada seorang lawannya yang mempunyai tatu di leher.

Bunyi erangan sakit semakin bergema apabila dia memulas kuat lengan seraya diberikan satu tumbukan hebat pada wajah lawannya.

Lelaki bertatu di leher itu datang dari arah belakang lantas mencengkam kuat lehernya. Rayyan meronta ingin melepaskan diri.

Lama sudah dia tidak diserang sebegini apabila dia berhenti dari menjadi mafia. Termengah-mengah dia mencuri nafas. Semakin lama semakin kuat lelaki itu mencengkam lehernya.

Lelaki yang berada di hadapannya lantas menghayungkan tendangan pada wajahnya.

Terteleng mukanya apabila menerima tendangan daripada lawannya itu. Tendangan itu juga menyebabkan bibirnya pecah. Darah pekat mula mengalir di bibir merahnya.

Rayyan terduduk. Lawannya yang lain berpaling sesama sendiri apabila melihat Rayyan senyap tidak membalas selepas menerima tendangan yang kuat itu. Cengkaman pada lehernya juga telah dilepaskan oleh lelaki bertatu.

Dia segera bangun apabila melihat lawannya tidak fokus akan dirinya lalu dalam sekelip mata semua lawannya jatuh tumbang dan mengerang kesakitan akibat dipukul dengan batang kayu olehnya.

"Itulah nak sangat berlawan dengan aku, kan sudah dapat." Rayyan berura-ura hendak keluar dari markas itu tetapi perbuatannya dihalang oleh seorang lawannya yang ketinggian sama dengan dirinya.

Dalam sekelip mata, dia ditindih lalu menerima beberapa pukulan padu pada wajahnya. Kesudahannya, wajahnya habis lebam dan berdarah sana-sini. Darah pekat juga tidak mahu berhenti daripada mengalir.

"Kau nak lari pergi mana, huh? Kau ingat senang-senang boleh terlepas daripada kami," ujar lawannya sambil tangan tidak henti dari memukul wajah putih itu.

Rayyan pula hanya diam membisu membiarkan wajahnya menjadi tempat untuk dipukul.

"Kau siapa? Siapa upah kau orang untuk serang aku?" soal Rayyan perlahan. Dia tidak mampu membuka luas mulutnya akibat bibirnya yang luka dan pecah.

Tiba-tiba saja dirinya diserang oleh mereka. Dia perlu tahu siapa yang mengupah mereka semua ini!

"Kau akan tahu juga selepas ini." Selepas saja lawannya berkata begitu, seseorang datang dengan berpakaian lengkap. Kemeja, kot dan seluar slack.

"Carson!" Rayyan berpura-pura terkejut. Dia sudah mengetahui siapa yang mengupah mereka apabila melihat lelaki yang bertatu itu.

Di tatu itu terdapat lambang kumpulan mereka. Dia dapat mengenal pasti walaupun tatu itu kecil. Jangan nak bermain-main dengan dia. Ini Rayyan Zahrin lah!

"Ryan, Ryan! Masih ingat lagi ya cara berlawan. Syabas!" Carson menepuk tangannya berkali-kali. Bangga dia kerana Rayyan masih lagi mengingati apa yang diajarinya dulu sebelum Rayyan berhenti menjadi mafia.

"Aku ingat itu saja. Benda kotor lain yang kau ajar, aku dah tak ingat," jawab Rayyan sinis. Saja dia ingin menyakitkan hati Carson. Carson ketawa halus.

'Masih tak berubah lagi perangai kau, Ryan. Sombong dan berlagak,' desis hati Carson. Panas saja di lubuk hatinya apabila mendengarkan kata Rayyan sebentar tadi.

Dia tidak mahu marah di depan Rayyan, dia mahu bertindak secara rasional. Api lawannya air, jadi dia memilih untuk menjadi air yang dapat menghapuskan api itu.

"Jom pergi ke tingkat atas. Rawat luka pada muka kau itu, teruk sangat aku tengok."

Dia masih lagi mengingatkan kata ketuanya, Aceyn untuk merawat luka Rayyan selepas dikerjakan teruk oleh orang-orangnya. Walhal, Rayyan merupakan ketua baru mereka.

"Kenapa kau upah dia orang serang aku?" soal Rayyan secara tiba-tiba. Dia menyentuh bibirnya. Pedih! Darah pula sudah mula mengering.

"Saja. Aku nak uji dan tengok ketangkasan kau melawan mereka. Tak tahu pula aku yang kau masih ingat ajaran aku." Ketawa besar Carson memenuhi ruang di atas.

"Kau ingat aku tak tahu? Lembab!" Sejurus berkata begitu seseorang memanggil Rayyan kuat.

"Woi, Ryan! Lama gila tak jumpa kau. Apa khabar? Sihat?" soal orang itu yang dikenali sebagai, Isaac. Jejaka yang berasal daripada Sabah.

"Tak nampak ke muka aku yang flawless ini." Meletus ketawa Isaac mendengar jawapan daripada Rayyan. Bukannya dia tak nampak muka Rayyan yang dipenuhi dengan luka itu. Saja dia bertanya begitu.

"Nampak itu nampak. Aku bertanya dari segi kesihatan dan bukannya fasal muka flawless kau itu. Hahaha, sorrylah bro. Aku tengok teruk sangat muka kau kena pukul dengan aku. Lagipun sudah lama tak berlawan dengan kau, naklah tunjuk sikit skill yang aku ada." 

Sejurus berkata begitu dia mendapat tumbukan maha hebat daripada Rayyan pada perutnya yang kempis. Menggelupur dia di atas lantai menahan kesakitan. Silap oranglah dia mahu bergurau.

"Lain kali kalau nak tunjuk skill kau itu beritahu aku awal-awal. Jangan jadi pengecut." Rayyan merengus geram, kawannya sendiri yang memukul wajahnya.

Patutlah dia seperti kenal suara yang berkata-kata semasa mereka berlawan, rupa-rupanya Si Bertuah Isaac.

"Sorry, boss. Aku tak sengaja." Isaac menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil duduk di atas lantai. Huhuhu salah dia juga kerana memukul Rayyan. Bukannya sekali tetapi berkali-kali pula itu. 

"Biar aku cuci luka kau." Isaac menawarkan diri untuk mencuci luka pada wajah Rayyan. Carson yang sejak dari tadi mendiamkan diri membuka mulut.

"Lepas Isaac siap cuci muka kau, pergi gym. Aku nak kau ajar orang baru kita. Isaac kau suruh mereka berkumpul. Itu saja." Carson berlalu turun ke bawah untuk menghubungi ketuanya memberitahu keadaan semasa.

"Cepatlah baring. Aku nak cuci muka flawless kau." Sempat lagi dia membuat lawak walaupun dia tahu Rayyan tidak akan ketawa.

Rayyan baring di atas sofa lalu memejamkan matanya. Habis dikerah semua tenaganya sebentar tadi, dia mahu berehat. Penat!

"Ryan! Macam mana skill aku tadi. Hebat tak? Nak juga aku tahu selama bertahun-tahun aku berlatih ini. Penat tahu, setiap hari aku berlatih untuk jadi hebat macam ini," ujar Isaac sambil tangannya ligat mencuci luka Rayyan menggunakan kapas.

"Hebat sangat sampai aku rasa nak pengsan." Kembang-kempis hidung Isaac mendengarkan pujian Rayyan tentang skill berlawannya. Jarang mahu dengar pujian daripada bibir merah bak delima Rayyan itu.

"Aku nak tanya. Selama kau menghilang, kau jumpa tak orang yang kau cari itu?" soal Isaac berhati-hati. Soalan ini sensitif bagi Rayyan, tetapi dia mahu tahu tentang itu juga!

"Jumpa. Sudahlah cakap, aku nak rehat sebentar." Isaac menganggukkan kepalanya walaupun Rayyan tidak nampak kerana sudah terlelap. Kerjanya mencuci luka pun sudah siap. Dia memberikan ruang untuk Rayyan berehat.

THANKS FOR READING!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience