"Ryan bangun! Kita dah sampai." Isaac menggerakkan Rayyan yang sedang tidur nyenyak itu. Rayyan mengesat matanya, masih mamai.
"Kita dekat mana ini?" soal Rayyan sambil mata memandang sekeliling.
"Itali." Isaac memberitahu sambil mengambil barangnya untuk turun dari kapal terbang peribadi mereka.
Rayyan juga ikut turun dari kapal terbang seraya pandangan ditebarkan melihat di mana kapal terbang itu mendarat.
Di sebuah lapangan kapal terbang peribadi yang khas untuk kumpulan mereka dan hanya segelintir orang saja mengetahui akan kewujudan lapangan terbang itu. Masih tempat yang sama semasa dia datang ke Itali beberapa tahun yang lepas cuma terdapat sedikit perubahan.
"Ryan jom," ajak Isaac lalu memeluk lengan Rayyan. Serupa pasangan bahagia pula apabila dilihat.
"Tak payahlah peluk lengan aku. Rimas!" Rayyan menepis kasar tangan Isaac dari memeluknya. Dia rimas! Lagipun konco-konconya sudah memandang mereka dengan pandangan pelik.
"Ala Abang Ryan ini, orang nak peluk pun tak boleh." Isaac mencebik seraya memberikan jelingan pada Rayyan. Lantas dia melepaskan pelukan.
Bang!
Rayyan menoleh ke hadapannya apabila mendengar sebutir peluru dilepaskan. Dia melihat seorang konconya tumbang dengan darah membuak-buak keluar daripada dada.
"Serang!" jerit Rayyan kuat. Pantas semua konco-konconya mengeluarkan Glock - 45 GAP yang memang sedia terselit di setiap pinggang mereka.
"Isaac! Back up aku!" Rayyan memanggil Isaac bilamana seorang musuh datang menindihnya dan ingin mengelar lehernya dengan menggunakan pisau belati.
Isaac yang sedang berlawan dengan seorang lelaki sasa yang berpakaian hitam lantas meluru ke arah Rayyan seraya menghentak orang itu dengan sepucuk pistol yang berada di genggamannya. Orang yang menindih Rayyan terus pengsan akibat penangan bucu pistol kepunyaan Isaac.
"Asal bro, lemah semacam je aku tengok?" Rayyan menggelengkan kepalanya. Sejujurnya, kepalanya asyik saja berdenyut. Sedaya-upaya dia cuba menahan denyutan itu dengan mengurut pelipisnya.
"Aku okey." Isaac merenung Rayyan yang berwajah pucat itu. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan daripadanya.
"Sudahlah. Pergi tolong orang lain," arah Rayyan melihatkan konco-konconya yang penat dengan peluh mengalir di dahi masing-masing.
"Kalau ada apa-apa, bagitahu aku," pesan Isaac sebelum meninggalkan Rayyan lalu menolong anak buah bosnya itu.
Rayyan pantas melepaskan tembakan bertubi-tubi pada kepala dan badan musuh-musuhnya.
Tergamam konco-konconya melihat ketua mereka menembak musuh mereka. Tiada satu pun tembakan tersasar dari mengena musuh.
"Aku nak kau orang bersihkan tempat ini. Jangan tinggalkan kesan," arah Rayyan kuat. Secara tiba-tiba saja peperangan kecil ini berlaku.
Konco-konconya pantas membersihkan lapangan terbang itu. Hanya seorang saja konconya yang nahas di dalam perang ini.
"Tuan." Pemandu kereta menundukkan sedikit badannya tanda hormatnya pada Rayyan yang merupakan ketuanya yang baharu. Dia membuka pintu kereta di bahagian belakang lalu Rayyan memasuki kereta itu.
Isaac pula duduk di sebelah pemandu kereta. Senang kata Isaac ini seperti pembantu peribadinya merangkap kawan baiknya kerana sentiasa ada walau di mana dia berada sekalipun.
"Bawa aku pergi markas sekarang. Aku nak jumpa Aceyn," ujar Rayyan sambil melihat pemandangan yang terhampar di luar tingkap kereta.
Banyak sudah perubahan di negara barat ini, berbeza sungguh dengan yang dahulu. Terdapat pelbagai bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi.
"Aceyn tak ada di Itali, Ryan." Rayyan menjongket keningnya pelik. Pergi ke mana pula si Aceyn tua keparat itu?
"Dia pergi mana?" Isaac mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu di mana keberadaan Aceyn.
"Siapa yang serang kita tadi?" soal Rayyan pada Isaac. Hanya mereka bertiga saja yang ada di dalam kereta itu.
"Team Lion Dragon," jawab Isaac ringkas. Walaupun diberitahu nama kumpulan sudah cukup untuk Rayyan mengetahui siapa ketua bagi kumpulan itu.
"Takkan tak ada seorang pun tahu yang mereka akan serang kita?" Berkerut seribu dahinya memikirkan hal yang satu itu.
"Apa guna ada Alex yang mahir tentang itu tapi tak gunakan kemahiran dia?" Isaac senyap membisu. Sudah terletak kesalahan di atas bahu mereka kerana tidak fokus akan hal itu.
Pemandu kereta itu pula hanya mendiamkan diri apabila terlihat mata helang milik Rayyan melalui cermin pandang belakang.
"Haih." Rayyan merengus kasar apabila Isaac tidak menjawab kata-katanya.
"Lain kali check betul-betul. Jangan cuai. Kalau benda yang sama macam ini terjadi lagi, nahas kau orang." Sebakul nasihat dituju kepada Isaac yang senyap membisu itu.
"Asyik-asyik aku saja yang kena. Bukannya nak pesan dekat konco-konco dia itu," desis Isaac perlahan.
"Kau cakap apa Isaac?" soal Rayyan lalu menghempuk kepala Isaac dengan tapak tangannya.
'Macam mana dia boleh dengar? Aku kata dalam hati, bukan? Haih macam mana boleh terlepas dekat mulut?' Isaac menampar perlahan bibirnya akibat keceluparannya mengatakan tentang Rayyan. Tidak lupa dia menggosok kepalanya akibat hempukan Rayyan yang kuat.
"Kau kenapa diam saja?" soal Isaac tidak puas hati pada pemandu kereta, John.
"Hah?" Isaac mengeluh berat.
"Tak apalah. Tak payah cakap dengan aku. Orang tegur sikit terus hah hah hah. Padahal dengar saja apa yang aku cakap," bebel Isaac tentang John. John menjeling tajam Isaac yang berada di sebelahnya.
'Sempat lagi kutuk aku,' desis hati John.
"Yeay, akhirnya boleh aku berehat dengan tenang," tutur Isaac gembira sewaktu mereka sampai di sebuah rumah agam yang besar atau markas yang dipanggil oleh mereka.
"Ingat apa yang aku cakap. Jangan lupa pesan dekat dia orang. Aku tak nak perkara yang sama berulang lagi," pesan Rayyan seraya melangkah masuk ke dalam markas itu lalu menuju ke biliknya. John pula ditugaskan untuk mengangkut beg kepunyaan Rayyan dan Isaac.
Rayyan memasuki biliknya yang dipenuhi dengan pelbagai senjata. Ditumbuknya punching bag untuk melepaskan geram. Sudah beberapa kali dia diserang oleh musuhnya.
"MASA inilah kereta nak buat hal," rungut Raisha di sebalik kegelapan malam itu. Dia membuka bonnet keretanya lalu diperiksa.
"Manalah aku tahu nak periksa ini," omelnya perlahan lalu menyandar pada sisi kereta. Balutan pada kepalanya sudah dibuang kerana dia sudah sihat sepenuhnya.
"Call Aarizlah." Raisha mengambil telefonnya yang berada di dalam kereta lalu mencari nombor adiknya.
"Kenapa tak angkat ini?" soalnya pada diri sendiri. Sudahlah keretanya berhenti di sebuah lorong yang gelap. Tidak kelihatan pula kereta-kereta di kawasan itu.
Srttt!
Raisha memerhati sekelilingnya sambil berpeluk tubuh. Seram sejuk pula jadinya apabila mendengarkan benda patah akibat dipijak oleh seseorang.
Dia melihat ke bawah lalu mengangkat kakinya.
"Ala batang kayu rupanya. Mati-mati aku ingat ada orang. Raisha Raisha." Raisha menunduk ingin mengambil batang kayu yang dipijaknya itu.
Srttt!
Sekali lagi dia memandang sekelilingnya. Inilah yang membuatkan bulu romanya merinding tegak.
"Aku tunduk nak ambil batang kayu.Then, siapa pula yang pij..." Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, seseorang menekup mulutnya dengan sehelai kain kecil yang mengandungi kloroform.
"Mmph." Raisha meronta sekuat hatinya cuba untuk melepaskan diri. Tetapi tidak berdaya apabila pandangannya mula kabur akibat terhidu bau kloroform itu.
Raisha pengsan lalu lelaki yang menekup mulutnya tadi mengangkatnya masuk ke dalam sebuah van yang baru saja tiba di sebelah kereta Raisha.
Sejak dari tadi lagi, van itu mengikutnya dari arah belakang. Raisha saja yang tidak menyedari akan kewujudan van itu mungkin kerana kegelapan malam yang mencengkam yang membuatkannya tidak sedar.
SORRY FOR THE LATE UPDATE
Share this novel