BAB 1

Action Series 6980

In loving memory :
• Dato Rashid
• Datin Zahirah
• Aisy Zahra 

Papa - Mama - Baby

"Gara-gara masalah brek, tiga individu maut dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan ini melibatkan dua buah kereta. Sebuah kereta jenis Honda tidak sengaja merempuh kereta jenis Toyota. Pemandu kereta jenis Honda hanya mengalami kecederaan manakala sebuah keluarga yang menaiki kereta jenis Toyota maut di tempat kejadian."

Sebuah kenangan pahit yang terpaksa ditelan oleh seorang lelaki yang bernama Rayyan Zahrin. Menitis air matanya mengenangkan keluarganya.

Yes, dia masih lagi menyimpan keratan akhbar tentang kemalangan keluarganya walaupun tragedi itu telah berlaku bertahun lamanya.

Mungkin untuk orang lain tragedi itu sudah lama berlaku tetapi baginya tragedi yang meragut nyawa keluarganya itu seperti baru saja berlaku.

Dia tidak pernah terima hakikat yang keluarganya sudah 'mati'. Dan dia dapat merasakan yang kemalangan ini sudah dirancang oleh seseorang.

Tapi dia tak tahu siapa. Dia musykil!

Bunyi orang mengetuk pintu menghentikan lamunannya.

"Masuk!" arah Rayyan sambil mengelap air matanya. Dia sekarang ini bekerja di syarikat peninggalan arwah papanya.

"Awal kau datang office hari ini."

"Aku bangun awal."

"Nah fail yang kau minta semalam." Arfan berjalan ke meja Rayyan dan menghulurkan fail yang diminta. Rayyan menyambut huluran Arfan.

"Kau still tak boleh lupakan benda ini!" Tiba-tiba Arfan menjerit. Dia mengambil keratan akhbar itu. Tadi Rayyan mahu simpan tapi dia lupa. Terpaksalah kali ini dengar ceramah tak berbayar Arfan.

"Tak."

"Move on, bro. Kau nak dia orang hidup tenang dekat syurga sana but kau tak terima pemergian dia orang. Kau rasa dia orang happy ke tengok kau macam ini."

"Kau tak ada kat tempat aku. So, better kau tutup mulut kau Arfan." Rayyan merampas kasar keratan akhbar itu lalu menyimpannya.

Rayyan dan egonya berpisah tiada. Keras kepala dan degil. Itulah perangainya!

"Dah stop. Sekarang ini aku just nak bagi fail itu. Aku tak nak kacau mood kau," ujar Arfan terpaksa mengalah .

"Kau yang mulakan."

"KAKAK nak pergi kerja ke?" soal Rayhan Aariz. Dia masuk ke dalam bilik kakaknya. Bersih, kemas dan cantik!

"Ya lah, Riz tak pergi universiti?". Raisha bertanya sambil memakai anting-anting.

"Malas. Riz ada kelas taekwando petang ini. Nak bersiap sedia, kalau Riz pergi universiti comfirm lecturer bagi banyak assignment. Lepas itu penat, jadi Riz skip saja."

"Ewah ewah! Sedap mulut awak bercakap ya dik. Ayah dan ibu penat-penat cari duit untuk awak. Senang-senang nak skip class. Bertuah punya budak," bebel Raisha.

"Eleh kakak dulu pun pernah skip class kan," sindir Aariz.

"Kakak bagitahu dia orang," ugut Raisha. Ayah dan ibu ada di oversies kerja. Jadi, dia yang kena handle budak tak matang ini.

"Ala! Janganlah bagitahu ayah dengan ibu kakak!"

"Kalau tak nak kakak bagitahu ayah dan ibu. Buat kerja rumah, basuh pinggan, mop lantai dan lap meja. Ada berani?" soal Raisha. Kali ini saja dia dapat buli Aariz, hahaha. Padan muka!

"Okey, Riz akan buat," kata Aariz penuh semangat. Kakak ingat dia tak pandai buat kerja rumah. Ini Aariz lah!

"Balik rumah nanti kakak nak tengok semua bersih. Kakak nak pergi kerja dulu." Aariz mengiringi kakaknya sampai ke muka pintu rumah mereka.

Raisha menghulurkan tangan lalu Aariz menyalamnya.

"Kunci pintu dan tutup pagar." Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk memperingatkan Aariz supaya mengunci pintu.

"Bye kakak. Take care and love you!" jerit Aariz. Ada dia malu jerit kuat-kuat macam itu. Kakak dia juga kan.

"Love you too," ucap Raisha lalu memandu kereta keluar dari halaman rumah.

"GOOD morning, boss," ucap Adira selaku personal assistant Raisha Arissa.

"You too, Adira." Adira membuka pintu bilik Raisha lalu masuk ke dalam.

"Do I have any appointment today?" soal Raisha dengan tegas.

"Nope."

"Okay, continue your work." Adira keluar dari bilik.

"Haih, banyak gila kerja aku. Nasib baik tak ada client hari ini. Jangan mengeluh Raisha. Ayah dan ibu dah pesan tak boleh mengeluh dalam mencari rezeki." Raisha menyandarkan dirinya pada kerusi dan memejam mata buat seketika.

"Jangan give up Raisha! You can do it! Setakat kerja sikit takkan kau nak mengeluh." Dia mengucapkan kata semangat untuk dirinya.

"Puan Raisha, ada orang nak jumpa." Adira memberitahu melalui intercom.

"Siapa?"

"Dia cakap puan kenal dia."

"Bagi dia masuk," arah Raisha.

"Baik, puan." Pintu bilik dibuka dari luar.

"Raisha! I miss you babe!" ucap orang itu.

"Amni, bila kau balik? Kenapa kau tak bagitahu aku? Argh I miss you too!" Raisha yang merehatkan dirinya itu terus menjadi segar-bugar. Mereka saling berpelukan.

Raisha melihat pakaian Amni yang memakai baju sampai lutut. Sexy! Oang kalau duduk luar negara memang tak boleh berpisah dengan pakaian tak cukup kain.

"Kalau kau nak tahu, aku baru saja sampai. Ini tempat first aku tuju. Penat babe duduk dalam kapal terbang. Lenguh satu badan aku." Amni melepaskan tubuhnya di atas sofa empuk milik Raisha.

"Kau nak air tak. Boleh aku suruh Adira buatkan."

"Boleh juga. Lagipun aku haus, hehehe." Raisha berjalan ke mejanya dan menyuruh Adira buatkan air untuk Amni.

"Jom pergi shopping. Dah lama aku tak shopping dekat Malaysia. Mana tahu dalam KLCC ada gunung berapi. Bolehlah aku selfie banyak-banyak."

Raisha menggelengkan kepala dengan perangai Amni.

"Puan Raisha, ini airnya." Adira meletakkan air itu perlahan-lahan di atas meja. Dengan tidak sengaja air itu tertumpah dan terkena Amni.

"Panas!" jerit Amni lantang. Dah lah baju ini dia baru beli. Habis merah kulitnya.

"Ops! Sorry-sorry, Puan Amni. Saya tak sengaja," ucap Adira bersalah.

"Kau! Lain kali letak air itu elok-elok atas meja. Meja punyalah besar takkan kau tak nampak! Buta ke?" marah Amni lalu menolak Adira sehingga jatuh. Dahi Adira terhantuk pada bucu meja.

"Amni! Adira!" jerit Raisha. Dia membantu Adira untuk bangun. Dahi Adira berdarah!

"Kau tak payahlah tolong orang macam ini Raisha. Dia ini tak guna. Patut mati saja. Kau tengoklah dia buat baju aku." Amni merungut.

"Amni, kau ambil baju aku dalam almari. And pergi tukar dalam tandas sekarang," arah Raisha tegas. Dalam bilik dia semua ada. Cukup lengkap!

"Ya lah." Amni berlalu ke dalam tandas selepas mengambil baju Raisha.

"Adira, awak duduk dulu. Saya nak ambil first aid kit."

"Eh tak payahlah puan tolong saya."

"No. Saya bertanggungjawab atas pekerja saya. Duduk dekat sofa ini dulu," arah Raisha tegas. Tiada sesiapa yang berani lawan jika Raisha memberi arahan. Raisha keluar dari biliknya lalu bergegas keluar.

Amni keluar dari tandas selepas dia menukar bajunya yang terkena air tadi.

"Kau buat apa duduk dekat sini lagi, huh?" soal Amni.

"Pu... Puan Raisha suruh saya tunggu dia," jawab Adira gagap. Dia tak sangka bosnya berkawan dengan orang panas baran seperti Amni. Bos baik tapi kawan dia, perangai macam apa.

"Dah lah kau. Nasib baik kawan aku bos dekat sini. Kalau tak, memang dah lama aku pecat kau. Kau ambil baju ini basuh, lepas itu hantar dekat aku. Aku nak malam ini juga. Faham?" Amni melempar bajunya ke arah muka Adira.

"Faham tak?" Amni menarik tudung Adira ke belakang.

"Fa... faham," jawab Adira.

'Cepatlah Puan Raisha datang! Saya dah tak tahan ini.' Berair mata Adira kerana sebelum ini tiada siapa pernah marah dia seteruk ini hatta Raisha sekalipun.

"Aku blah dulu. Pastikan malam ini kau hantar dekat rumah aku. Alamat aku kau cari sendiri." Amni berlalu keluar dari bilik itu dan tersenyum sinis.

Beberapa minit kemudian, Raisha masuk ke dalam bilik.

"Fuh, penat saya cari first aid kit ini." Raisha membuka kotak itu lalu dia meletakkan ubat pada kapas.

"Tak apa puan. Biar saya yang letakkan," ujar Adira. Dia rasa bersalah melihat bosnya menolong dirinya yang hanya kuli di syarikat ini.

"Nope. Biar saya yang buat." Raisha menyapu kapas di luka Adira.

"Auch."

"Sorry-sorry. Saya perlahankan sikit eh." Selepas siap menyapu ubat, Raisha melekatkan plaster luka di dahi Adira.

"Okay done!" ucap Raisha. Kerja macam ini dia sudah biasa buatlah. Setakat sapu luka ini kacang saja bagi dia. Dia selalu sapu ubat pada luka Aariz dulu. Budak lelaki kan nakal.

"Saya minta maaf tau bagi pihak Amni." Raisha memohon maaf.

"Alah puan sikit sahaja ini. Nanti sembuh lah luka ini. Puan dah tolong saya pun saya terhutang budi tau" kata Adira ikhlas.

"Saya minta diri dulu."

"Wait! Baju Amni itu biar saya yang handle." Raisha mengambil baju yang dipegang Adira.

"Tak apa puan. Ini salah saya jadi biar saya yang uruskan. Terima kasih sebab rawat luka saya puan."

"Awak tak tahu kan rumah dia dekat mana. So, biar saya yang handle." Adira tidak menjawab.

"Awak boleh balik awal hari ini. Esok awak tak perlu datang kerja. Saya bagi cuti 2 hari" ujar Raisha.

"Terima kasih banyak-banyak, Puan Raisha." Dia banyak terhutang budi denga bosnya. Rasa bersalah menghurung hatinya.

"Sama-sama, Adira." Adira keluar dari bilik itu.

"Fuh, satu-satu masalah datang. Amni Amni tak habis-habis dengan panas baran kau." Raisha menghempaskan dirinya di atas sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience