Siap memakai baju sekolah dan mengambil beg aku terus turun ke bawah untuk bersarapan.
Kelihatan mama,ayah dan juga Idlan sedang menjamu selera di ruang makan.Aku mengambil tempat di sebelah Idlan.Roti bakar disapu jem strawberry terus disua kedalam mulut.
Air teh di dalam cawan aku habiskan lantas aku mencuit bahu Idlan tanda kami sudah lambat.
Aku dan Idlan menyalami mama dan ayah.Macam biasa masa nak salam mama mesti dia buat muka menyampah dengan aku.Huh.
Masa dalam perjalanan ke sekolah,Aku sempat suruh Idlan ajar aku 1 homework yang aku tak siap lagi.Aduhh dahlah pulak subjek ni cikgu yang garang.Habislah kau Hayla.
Idlan mengajar aku seringkas yang mungkin.Kata orang biar ringkas tapi padat.Hah gituuhh.
Ok bila sampai sekolah je aku terus bergegas masuk ke dalam kelas.Malas aku nak lama2 dengan Idlan nanti orang syak bukan2.Kalau orang tanya sekalipun nanti aku cakaplah dia ni jiran jauh 40 buah rumah aku ke hapa.
***
"Baiklah kelas,sila hantar homework yang saya bagi semalam..Sekarang!"arah Cikgu Mugam tegas.
Semua pelajar berdiri untuk menghantar buku ke hadapan.Ada juga segelintir yang baru terkial2 nak buat.Ada jugak yang tak kisah lansung main hantar je dengan buku kosong.Hampeh.
"Meh sini buku tu biar aku hantar"ujar Natalein.
"Eh lagi 1 soalan je ni"ujar aku menghentakkan kepala pen ke dahi.Cuba mengingati setiap bait perkataan yang telah diajar oleh Idlan di dalam kereta.
Hadoi dahlah soalan last ni KBAT.Susahlah gini..
Aku merenung soalan tersebut mencari jawapan.
"Weh,kau hantar je..janji kau buat"ujar Nataleinn.Matanya melilau ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Cikgu Mugam.
"Tak nak lah..aku nak try jugak selesaikan"Tegas aku.
Natalein mengeluh.Keras betul kepala budak sebelah ni.
"Baik,sapa2 yang tak hantar lagi sila berdiri di luar sekarang sebelum saya panggil nama sorang2 yang tidak hantar"Tegas Cikgu Mugam.
Jantung aku berdegup kencang.Hah?berdiri luar?Oh No!Malunyaaaaa!!
Kelas tiba2 menjadi sunyi.
"Lah tiba2 tidak berpenghuni ni kenapa?I said now!Sapa tak hantar sila keluar!Kalau awak tak siapkan,maksudnya awak sungguh tidak mahu belajar!"marah Cikgu Mugam sambil menatap muka anak2 muridnya.
"Saya kira sampai tiga,kalau saya check selain nama yang tidak disebut masih ada di dalam kelas ini,awak semua akan dikenakan denda yang lebih memalukan daripada ini"Lelaki india itu memberikan amaran kepada anak muridnya.
Kelas menjadi sepi lagi.Aku menunduk tidak berani bertentangan dengan mata Cikgu Mugam.
"1..."
Cikgu Mugam mula mengira.
"2"
Terdapat beberapa orang mula berdiri dan bergerak keluar kelas.
"3.."
Aku orang terakhir bangun dan keluar daripada kelas.
"Baik kelas,kita akan memulakan sesi pembelajaran kita yang baru"ujar Cikgu Mugam sambil menulis sesuatu di papan putih.
Kami yang berada di luar ini hanya memerhatikan sahaja sesi pembelajaran dari luar kecuali....aku.
Yup aku keluar tadi siap bawak buku dan alat tulis lagi ok.Memang bersungguh betul nak selesaikan soalan KBAT ni.
Aku duduk dan bersandar di dinding kaki lima.
Sementara yang lain memerhatikan pembelajaran cikgu dari luar.Ada jugak budak nakal yang lain dah blah dari situ.Siap ronda2 ke tempat lain lagi.Ish
Tengah Aku perah otak untuk soalan tu tiba2 dengar perempuan sekelas aku teruja semacam.
Aku mengangkat muka.Ceh
Firash dan gengnya.Baru balik dari makmal lah tu.Tapi kali ni sikit je..mungkin geng dia yang lain kelas lain.Owh jadi daripada ahli kumpulan dia 3 orang jelah yang kelas sama..dan termasuk Idlan disitu ya..
Firash,Idlan dan jugak Rafiq lalu di hadapan kami.Sekali aku nampak Idlan menoleh kearah aku dan mukanya menunjukkan isyarat mengapa kepada aku.Lalu aku menunjukkan buku kepadanya menandakan tak siap kerja daaa..Idlan ketawa dan menghadiahkan aku thumbs up sebelum berlalu pergi.Hak tuih tak guna punya adik.
Ok pun sambung buat soalan last tu..tiba2 datang idea jatuh dari mana ntah terus aku dapat jawab soalan tu dengan mudah.Heh dah siap pun!
Pintu kelas aku ketuk.
Cikgu Mugam menoleh kearah aku.
"Ha apa dia?"soalnya.Manakala satu kelas memandang tepat kearah aku.Haih budak penganggu betul aku ni kan.
"Maaf cikgu,saya dah siapkan kerja ni..boleh saya duduk?"pinta aku sopan.
Cikgu Mugam mengangguk.Heh baiknya cikgu.
Usai menghantar buku diatas meja guru,aku segera mendapatkan tempat duduk di sebelah Natalein yang sedari tadi tersengih.
"Tahniah2 berjaya habiskan homework"ujarnya
"Ye masheh2"
***
Share this novel