Bab 2

Humor Series 9644

Kelas ni lah yang paling aku malas gila nak join.Nak je aku ponteng.Kelas Pendidikan Jasmani.Kelas yang akan membuatkan kaki aku berat untuk melakukan aktiviti yang dibuat.

Selalunya Natalein lah yang akan memaksa aku untuk join aktiviti yang dibuat.Hmm..budak tu memang sah atlet memanglah suka gila sukan.Aku ni?Jangan haraplah.Walaupun aku tak minat sangat sukan,tapi body aku masih maintain apa.Heh.

Okay dalam keterpaksaan tu aku join lah jugak PJ ni.Harini kiteorang main bola jaring.Nama je perempuan tapi aku tak tahu cara main ok.Nampak senang kan?Dapat bola terus baling.Tapi disebaliknya,Fuh..susah kau tahu.Kaki tak boleh gerak lah,Ada kawasan yang tak boleh masuk lah.Aishhhh!

Tengok je si Natalein tu..senang gila nak main.Orang kalau dah banyak kali praktis mesti power punyalah.

Tiba2 kedengaran ramai classmate aku dan budak2 kelas lain bersorak tatkala permainan berlansung.Terus permainan tertunggak seketika.

"Woooooooo!!"semua menjerit2 dan bersorak.Apa yang semua tengok tu?
Aku memalingkan muka kearah tempat yang menjadi perhatian para gadis2.

Kelihatan seorang lelaki sedang giat mengelecek bola lalu membawa dan menendangnya masuk ke gawang gol.

"Gooooll!"ramai bersorak untuknya.
Semua yang berada di situ bertepuk tangan.Kecuali aku.Meh.

Firash..Budak lelaki yang diminati oleh semua gadis.Mungkin aku je kot yang tak berapa nak minat dia.

Dan kemudian wisel ditiupkan kembali menandakan permainan diteruskan.

Aku nampak Natalein terus menyambar bola yang berada di tangan pihak lawan yang masih leka memerhatikan Firash dari jauh.Kemudian bola itu terus di shoot masuk ke dalam jaring.

"Woohooo masuk!"jerit Natalein.Aku terkejut dan tergamam lantas kami menepuk tangan untuknya.Gila..Dia shoot dari jauh gila kot!

***
Masa rehat aku dan Natalein akan berjalan ke Kantin.

Time tengah berjalan tu tiba2 dengar seseorang perempuan bersorak di belakang kami.

"Woooo!!"terlompat2 gadis tersebut.
Aku menyilangkan tangan dan mengerlingkan mata keatas.Menyampah pula.

Natalein tiba2 tertunduk malu apabila melihat Firash dan gengnya lalu di tepi kami.Aku mengerling ke sisi melihat mereka.Hmm boleh tahan si Firash ni patutla ramai peminat.

Lepas mereka lalu tu,Aku perasan muka Natalein ni berubah merah.Malu!

"Handsomenya"pujinya perlahan.
"Ish tak payah nak puji sangat lah nanti dia tu bangga gila sebab ramai pengikut"ujar aku terus mengheret tangan Natalein ke kantin.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience