Aku dan Dhia menuju kearah sebuah kereta putih berjenama vellfire.
"Dhia,rantai saya dah jumpa?"soal aku.
"Belum Cik Hayla,Maaf..saya tak jumpa"ujar Dhia.Muka sebersalahnya dipamerkan.
Aku berhenti daripada meneruskan langkah.Lalu aku melepaskan keluhan.Haih.
"Takkan lah tak jumpa?Ke ada orang curi?"soal aku sendiri.
Dhia diam tidak menjawab.
Dia sendiri pening memikirkan kat mana lagilah tempat yang harus dia cari.Keseluruh tempat dia dah teroka.Bahkan dia turut meminta tolong beberapa orang staff di dalam studio untuk mencari rantai majikanya itu.
"Cik Hayla!"laung seseorang dari belakang.
Lantas aku dan Dhia terus berpaling kearah makhluk tersebut.
Insan tersebut terus bersegera kearah aku dan berdiri beberapa tapak di hadapan aku.
"Ye saya,ada apa?"soal aku saja nak buat cool.Tapi dalam hati..tuhan je yang tahu.
"Saya rasa awak ada tercicir barang ni"ujarnya sambil menunjukkan genggaman tanganya di hadapan aku lalu dia membuka tapak tanganya.Kemudian seutas rantai yang amat aku kenali muncul di depan mata aku.
Aku terkejut.
"Rantai awak"ujarnya sambil tersenyum.
Aku merenung seutas rantai yang berada di hadapan aku tu.
Kemudian aku menoleh kearah Dhia.Dhia mengangguk dan mengambil rantai itu daripada Firash.
"Terima kasih"ujar aku kemudian berpaling untuk menuju ke kereta semula.
"Hayla!Saya dah lama tunggu awak!"laung Firash dari belakang.
Kaki aku kaku seketika.Kemudian terus berjalan ke hadapan.
Satu situasi yang amat awkward.Setelah lama tidak bersua muka dan bertegur sapa..daripada bahasa kau aku terus bertukar menjadi saya awak kerana terlalu kekok.
"Awak sendiri tahu perasaan saya dekat awak..dan saya pun tahu perasaan awak kepada saya..Hayla please!Jangan bohong dengan perasaan awak"ujar Firash lagi.
Aku mengelap air mata aku yang mula bertakung.
Apa ni.
Dhia mati akal tidak tahu hendak membuat apa.
Lalu dengan berat hati dia menepuk bahu aku dan membuat isyarat untuk dia meninggalkan aku dan Firash berduaan di situ.Biar settelkan masalah ni berduaan.
Bayangan Dhia terus hilang dari pandangan.
"Assalamulaikum.."ujar seseorang yang entah dari mana muncul.
"Waalaikumusalam.."jawab aku sambil memusingkan badan kearah insan itu.
"Hayla..ni aku..Afina"ujarnya yang kini telah berdiri di sebelah Firash.
Seorang bayi yang sedang nyenyak tidur di pangkuanya aku tatap.Apa pulak ni?
"Aku datang sebab..nak mintak maaf..."ujarnya memulakan perbualan.
"Kenapa pulak?"soal aku.Pelik.
"Sebab akulah yang rancang nak bunuh kau dulu"jelasnya.
Aku menapak beberapa langkah ke belakang.Terkejut dengan pernyataan yang baru dikeluarkan.
"Aku..aku tak faham"ujar aku.
"Aku nak sangat dapatkan Firash..sampaikan aku nak bunuh kau.Cara mudah nak singkirkan kau ialah dengan..bunuh kau je..Tapi!Tu dulu!Aku bodoh sangat waktu tu!Sampaikan Firash sendiri kapel dengan aku semata2 nak tangkap dan pulihkan aku."luah Afina.
Aku menoleh kearah Firash.Jadi,tu sebahagian daripada plan nak tangkap penjenayah tu?
"Aku mintak maaf sangat2 Hayla..dan anak ni..bukan anak Firash.Aku dah kahwin tapi malangnya jodoh aku tak panjang..dan Firash lah jugak yang bantu aku"ujar Afina lagi.
Afina sedaya upaya untuk menolong Firash untuk membetulkan keadaan.Mungkin disebabkan bakti2 yang pernah ditaburkan oleh Firash membuatkan Afina membuat demikian.
"Aku harap..kau maafkan aku"ujarnya sebelum pergi dari situ.
"Afina!"ujar aku sedikit tinggi.Gadis itu berpaling kearah aku.
"Aku maafkan kau"ujar aku ringkas.
Aku terlihat suatu senyuman terbit pada bibir Afina.Lalu bibirnya digerakkan membentuk perkataan thank you sebelum dia kembali menapak untuk meninggalkan kawasan itu.
Kemudian Firash mendekati aku dan berdiri di hadapan aku.
Aku hanya memandang tepat kearah matanya.
"Hayla..I just want you to know that.."
"Ye saya tahu"potong aku.Malas nak dengar ayat sama je dari semua lelaki.
Tiba2 Firash menapak satu tapak kebelakang dan dengan perlahan dia menunduk dan melutut di hadapan aku.
Aku terkejut.Mata aku mula melilau ke sekeliling.Takot kalau ada orang yang melihat.
"Hayla,sudikah awak jadi isteri saya?"soalnya.
Sambil membuka sebuah kotak kecil yang menganding sebuah cincin permata yang cantik.
Aku tergamam sebentar..
Pelbagai peristiwa di putar kembali.
Nak terima ke tak ni?
****
Share this novel