Bab 6

Humor Series 9644

Aku berjalan dengan perlahan2 meneruni anak tangga.Aduhai kaki aku bertambah bengkak bila mengejar lelaki tu semalam.Habis kena berleter dengan ayah.Idlan pun sama jugak kena.Cakap aku ni tak pandai jaga dirilah,patu cakap Idlan ni tak pandai jaga kakak dia lah.Haish

"Hah nak gi mana tu?"soal mama di belakang aku.
Aku menoleh kebelakang.Mama berdiri di belakang aku sambil membuat muka toya.

"Ila nak pergi dapur,ambik air haus"ujar aku.
Puan Mawar mendengus.Lalu dia menapak satu anak tangga ke bawah dan berdiri di sebelah aku.
Lengan aku digenggam erat.Lalu aku dibantu untuk turun dari tangga dan di dudukan di atas kerusi ruang makan.

Puan Mawar kemudianya bergerak ke dapur dan datang semula dengan membawa segelas cawan berisi air masak.Diletakkanya cawan tersebut dihadapan aku.

Aku tersenyum meleret.Baik hati betul mama harini ye.

"Jangan salah anggap,aku tolong kau ni pun sebab arahan ayah kau je.Kalau tak,takde maknanya aku nak tolong kau"ujarnya sebelum berlalu pergi.

Aku tersenyum.Tak pelah,asalkan aku rasa sedikit kebaikan daripada mama sudah.
Senyuman aku menjadi hambar.Lantas air di dalam cawan aku teguk biar kasi habis.

"Haaaah!buat apa tu!"sergah seseorang.
Dada aku berdegup kencang.
"Aduh terkejutlah Mak Tom!"ujar aku memukul lembut lenganya.

"Hahaha,tau pun terkejut.Tulah..selalu buat kat Mak Tom kan.."
Aku tersengih ni hukum karma ke apa.
"Heee..saja suka2"
"Hmm yelah,tu kaki tu dah surut belum?"soalnya.

Aku memandang ke arah kaki aku yang dibalut dengan kain.Lantas aku menggeleng2 kan kepala.

"Hmm,meh Mak Tom urut yaaa"ujarnya
Gulp!Petanda tak baik nih.Baik aku chau dulu.

Lantas aku berdiri dari kerusi dan berkira mahu naik semula ke bilik.

"Ehh ehh nak pergi mana tu?"soalnya menahan lengan aku.

"Err..naik atas lah Mak Tom..harinikan Hayla tak sekolah lagipun bosan Idlan pun tak de"ujar aku perah otak buat alasan.

"Jom ikut Mak Tom kita urut kaki Ila ni"ujarnya terus menarik lengan aku untuk mengikutinya.

Tak nakkkkkkkkkk!!

****
"Assalamualaikum.."ujar Idlan sebaik melangkah masuk kedalam rumah.

Kelihatan rumah amat sunyi sekali.Macam tak de orang je nih.

Lantas pintu rumah ditutup kembali.
Idlan kemudianya menuju ke dapur.Kelihatan sebuah cawan kosong diletakkan diatas meja.

"Haih sapalah yang tak basuh ni"ujarnya seraya mengambil cawan itu dan dibawa ke sinki dan membasuhnya.

Apabila rumah kelihatan sunyi dia pun berkira mahu keatas menuju ke bilik.
Baru setapak mahu menaiki anak tangga tiba2 kakinya terhenti tatkala mendengar jeritan seseorang.

"Arrrrrrrggggggg!!"jerit seseorang.

Idlan menoleh kekiri dan kekanan.Dia diam mencari sumber bunyi tersebut.

Jeritan itu kedengaran lagi.Lantas dia berlari menuju ke arah tersebut.Suara seseorang yang dia kenal!

"Ilaaaa!!Ilaaaa!"jeritnya menuju ke bilik Mak Tom di belakang dapur itu.

Pintu bilik Mak Tom dibuka dengan kasar
Terpampang wajah Hayla dan Mak Tom memandangnya serentak.

"Kenapa ni?!"soal Idlan panik.
"Kenapa apa?Mak Tom cuma urutkan kaki Ila je ni"ujar Mak Tom sambil kembali mengurut kaki aku.

Lantas aku kembali menjerit.
"Arrrrrgggggg!!"jerit aku.Mata aku dipejam rapat.Sakit woooo

Idlan meraup rambutnya kebelakang.Ish budak ni!
"Kau pun,tak payah nak over sangat jerit lah memekak tahu?Satu rumah boleh dengar"ujar Idlan.

Aku membaling bantal emoji yang berwarna kuning di sisi kearah mukanya.

"Sakit tahu!"ujar aku pertahankan diri.
"Yelah,tahulah sakit.Tapi kalau seorang lelaki gagah pun kau boleh lawan takkan sakit pulak kau tak boleh nak tahan?"ujarnya saja nak panaskan aku ke apa?

"Yaaaaahhhh!Bisinglah kau ni!Dahlah sila blah dari sini.Menyampah aku"

"Weeeekkkk!"lidahnya dijelirkan.Kemudian Idlan berlalu pergi dari situ.

"Ishhh!kurang asam betul!"ujar aku.

Mak Tom tersenyum sambil menggeleng2kan kepalanya.Haih dua beradik ni..

***
"Hayla jangan banyak bergerak ok?Dapat cuti sakit 3 hari..belajar jangan lupa pulak.Ni Idlan ada tanyalah kat dia"ujar ayah kemudian menyuapkan nasi lemak kedalam mulut.

Aku memandang Idlan yang duduk di hadapan aku.Kemudian dia mengangkat keningnya.Huh banggalah tu ayah suruh dia ajar aku.Tapi memang aku selalu mintak tolong dia pun.

Aku menendang kaki Idlan di bawah meja.
Mukanya berkerut menahan sakit.

Hah rasakan!padan muka berlagak lagi dengan aku.

Aku ketawa perlahan.Takut Mama di sebelah dapat tahu perlakuan aku kepada anak bujangnya.

"Esok abang nak kena fly pergi HongKong..ada kerja kat sana.Sayang tolong tengok2kan rumah ya..lagi2 budak tu ha"ujar ayah mulutnya dimuncungkan kearah aku.

Hah?
Aku memandang ayah.
Haip jangan risaulah.Ila tahu jaga diri sendiri wokeh.

"Baik abang.."ujar Puan Mawar lembut.Kemudian menoleh tajam kearah aku disebelah.

Aku tersengih.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience