Bab 18

Humor Series 9644

Pagi tu aku berjalan seorang diri lagi ke kelas.Suasana pada pagi tu sunyi sahaja dek kerana ramai pelajar yang masih belum sampai lagi ke kelas.Harini begitu sejuk tatkala hujan pada pagi ini membasahi bumi.Syukur nikmat tuhan.Setapak demi setapak aku berjalan melintasi beberapa buah kelas untuk sampai ke kelas aku sendiri.Hmm banyak yang kosong lagi tidak berpenghuni.

Idlan entah kemana dia menghilang.Entahlah malas nak ambil tahu.Coklat di tangan yang dikirimkan oleh Idlan buat Natalein di pegang erat.Ni lah masalah orang bercinta.Kalau ada apa2 nak dikirim ke apa mesti lalui kawan baik.Ish geram aku hantar sendiri tak boleh ke?

Kemudian terdengar satu tapak kaki dibelakang aku.Hati pulak rasa tak sedap tiba2.Dah pulak.
dengan perlahan aku berjalan ke hadapan dan tidak mengendahkan bunyi tapak kaki di belakang aku.Ish..tak boleh jadi ni..dia macam ikut aku je.Kemudian dengan kiraan 1 2 3 terus aku membuka langkah seribu.Meninggalkan orang itu di belakang.
Aku merentasi kelas aku.Ah tukar plan!Tak payah masuk kelas dulu!Think safety first!Dengan sepantas kilat aku berlari sekuat hati.

Aku memang laju kalau bab lari ni.Kalau bab lawan pun sama gak.Jauh aku tinggalkan insan tersebut di belakang.Kemudian aku menyorok di sebalik dinding yang ada disitu.

Kelihatan seorang gadis sedang berhenti sambil termengah2.Aik tu kan Afina.Ish dia ke yang kejar aku tadi.Oh my!kenapa tak tegur je?Why must diam and kejar aku macam orang gila!

Aku memalingkan badan kebelakang untuk bergerak menuju ke kelas semula.

"Arrrggg!"jerit aku terkejut gila.Dada aku berombak turun naik.
Muka Shahrul betul2 dekat gila di hadapan aku time aku nak pusing ke belakang tadi.Gila rapat!Sampai aku boleh rasa nafas dia.

"Ish apa kau ni!"marah aku sambil menapak ke belakang.Baik punya timing..tiba2 aku tergelincir ke belakang.Nasib baik Shahrul tangkas merangkul pingang aku.

Dia kemudian tersenyum sambil merenung aku lama.
Aip lain macam je ni.Tangan kat pingang ni tak nak lepas ke?kang orang tengok kena palit gossip la aku nanti.

"Ekhem!"aku berdehem minta dilepaskan.
Seperti baru jatuh ke alam realiti.Shahrul mengelengkan kepalanya beberapa kali.Kemudian menegakkan kembali badan aku dan melepaskan rangkulan.

"Ha..terima kasih"ujar aku mahu menapak kembali ke kelas.

"Err jap.Are you single?"soalnya sambil tersenyum manis.
"No!Im married!"balas aku terus berlalu pergi dari situ.
Shahrul melepaskan senyumannya sambil memerhatikan langkah aku dari belakang.

"Oi tengok apa tu"ujar Seseorang di sebelahnya.
"Gosh I think I'm fall in love"ujar Shahrul masih memerhatikan langkah aku yang kian menjauh.
"With who?"Firash mengecilkan matanya mahu melihat makhluk yang telah berjaya mencuri hati sepupunya itu.
"Hayla ke tu?Nampak macam dia."ujar Firash.

Shahrul tersenyum.
"Yup.Sejak dia terlanggar aku kat mall lagi and seterusnya aku perhati dia dari jauh..tadi pulak aku selamatkan dia.She's so adorable you know!"ujar Shahrul teruja.

Firash diam mendengar cerita sepupunya.Bukan dia tak nampak macam mana Hayla tergelincir lalu disambut oleh Shahrul.Yang lawaknya bila ditanyakan status Hayla boleh pulak minah tu jawab dah kahwin.Mahu je Firash tergelak di situ.
Haih Hayla2 kau ni sejenis makhluk garang lah.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience