Bab 25

Humor Series 9644

Hari ini merupakan hari last sekolah buat kami.
Lepas ni dah tak jumpa dah semua orang.
Masing2 akan mengorak langkah perjalanan yang berbeza selepas ini.

Aku dan Natalein mengambil gambar bersama2 buat kali yang terakhir.Mungkin lepas ni nak berjumpa pun akan susah.Sedih pulak aku rasa.

"Nah"aku menghulurkan sebatang pen permenant kepada Natalein..lalu pen tersebut bertukar tangan.

Natalein membuka penutup pen tersebut dan mula menulis sesuatu di baju aku.

"Bye Hayla,semoga kau success dalam hidup kau.Garang kau makin menghilang dan..cepat bertemu jodoh.-Natalein"ujarnya sambil menulis.

"Ewah kau,Hayla mana boleh tak garang kalah tak..bukan Hayla lah namanya tu."ujar aku.

"Kalau garang sangat susahlah nak jumpa jodoh kak oii"Natalein mengangkat keningnya.

"Hek eleh..orang garang pun ada yang minat okah"ujar aku.

"Hmm siapalah yang buta tu"ujar Natalein macam memerli orang je gayanya.

"Haish kau ni..nak tahu tak..harini aku nak confess kat dia lah"ujar aku malu2 pulak.

Natalein ternganga.Lalu dia diam sebentar memikirkan sesuatu.

"Tak payahlah confess kat dia..kalau dia reject kau macam mana?Kau jugak yang sakit nanti"Natalein tiba2 memujuk aku.

Muka aku berkerut.
"Aku takot bila dah terlepas peluang ni..aku akan susah nak jumpa dia balik"ujar aku pertahankan idea aku tadi.

Natalein melepaskan keluhan.
"Ok fine..tapi janji dengan aku jangan nangis!"ujar Natalein.
"Hey rileks lah..aku kan strong girl.Mana nak nangis!Tak macho lah beb"ujar aku cuba meyakinkanya yang idea aku ni adalah tepat.

"Haih yela..nak aku teman tak ni?"soalnya
"Nope..It's okay.I can handle it by myself"ujar aku terus bergegas meninggalkan Natalein sambil menoleh kearahnya.

"Doakan aku okay!"ujar aku sedikit kuat.
Kemudian terus pergi ke suatu tempat.

Natalein mengeluh sambil memerhatikan gerakan aku dari jauh.

Sampai di balkoni blok senior..aku terus mencari kelibat insan tersebut.Dan ya!jumpa pon.

Dengan perlahan..aku bergerak kearahnya.Dia yang sedang menangkap pemandangan yang cantik di kawasan sekolah itu tidak menyedari akan kelibag aku yang bergerak menuju kearahnya.

Aku dah siap berdiri di sebelahnya.Takkanlah tak nampak kot.Sibuk betul ambik gambar.

"Ekhem!"Aku berdehem menyedarkanya aku berada di sebelahnya.

Macam baru terperasan sesuatu,Lantas dia menoleh kearah aku di sebelahnya.

"Lahh Hayla.Aku ingat siapa tadi"ujarnya.
"Aku lah..habis tu siapa lagi"ujar aku.

Firash hanya tersengih mendengar statment itu.

"Kau belum tulis lagi kan?nah tulislah"ujarnya sambil menghulurkan sebatang pen kepadaku.

Aku menyambut huluran tersebut.
"Tapi sebelum aku tulis..aku nak cakap sesuatu"ujar aku sambil memandang mukanya.

"Hmm cakaplah"balasnya.
"Aku...aku.."
Firash mengangkat keningnya.Apalah yang susah sangat dia nak cakap ni.

"Aku suka kau!Aku baru perasan feeling ni.Setiap kali aku terpandang kau mesti hati aku berdegup laju macam marathon aku tak tahu bila,kenapa,bagaimana aku boleh ada perasaan macam ni aku rasa I have fall in love with you .ya aku tahu dah terlambat dan aku rasa bodoh sebab baru perasan feeling ni"ujar aku laju dan hanya menarik nafas yang panjang untuk luahkanya.

Firash tergamam tambah terkejut.Dia kemudianya terdiam.

Aku pula sedang menstabilkan diri lepas meluahkan segala perasaan aku yang terpendam dalam hati.Fuhh leganya.Tiba2 mata aku tertancap suatu tulisan yang tertera di baju Firash.

"Firash love Afina"aku baca tulisan tersebut.Kemudian aku tersengih.

Firash memandang kearah aku.Mukanya serba salah.

"Aku..aku tak tahu pun..dah berapa lama?"soal aku.Hati aku remuk..berkecai teruk.Tapi aku cuba untuk mengawal keadaan.Aku tak nak nampak lemah.

First confess yang tak pernah aku lakukan seumur hidup ini tidak menjadi.Kenapalah aku bodoh pergi confess dulu sebelum tulis?Kalau tak memang perkara memalukan ini tak akan terjadi!

"Dah..seminggu"ujar Firash.
"Ouhh..patutlah dah lama tak nampak kau"ujar aku.

"Selamat eh korang..moga berbahagia..aku akan tetap sokong kau"ujar aku lagi sambil cuba untuk tersenyum.Tapi senyuman tersebut betul2 terasa hambar.

"Aku mintak maaf sebab tak bagita..."
"Look,tak apa bukan salah kau pun.Kau layak nak suka sesiapa pun.Jaga Afina baik2 okay?"ujar aku sebelum berpusing untuk menuju ke tangga yang aku naik tadi.

Aku dapat melihat Afina yang bergegas kearah Firash lalu dia terus memeluk lengan Firash.Firash hanya mendiamkan sahaja pemergian aku itu.

Masa aku nak turun tu..baik punya time..aku tergelincir pulak.Dah tu terjerit macam pondan.
Terus Firash bergegas ke tangga untuk melihat keadaan aku.

Dia menapak turun beberapa anak tangga untuk membantu aku tapi cepat2 aku bangun dan tahan sakit.
"No no,Im fine..thank you"ujar aku kemudian terus berlalu pergi.

Firash melihat pemergian aku yang makin jauh dengan perasaan serba salah memuncak hingga ke gunung.
Afina boleh pulak dia tersenyum sendirian melihat pemergian aku sambil memeluk erat lengan Firash di sisinya.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience