Bab 14

Humor Series 9644

"Ehh tuan puteri buat apa kat sini?"soal Idlan dari belakang.

"Tuan puteri nenek kau"ujar aku sambil menjeling kearahnya.
"Hahahah..garang lah kakak aku ni.Oh btw,Aku ada tengok lakonan kau tempoh hari..Lawak beb HAHAHAHAHAHA!"ujarnya

"Ishhh dia ni!"Pap! kepalanya aku ketuk perlahan.
Idlan menggosok kepalanya.

"Aish kau ni kalau tak ketuk tak boleh ke?Sakit tahu tak!"marah Idlan.
"Hek ehh..mengadalah kau ni.Aku ketuk slow dari kebiasaan pun nak marah.Terima jelah seadanya"ujar aku.

"Hmp!"dengus Idlan.
Tanganya disilangkan lalu mukanya dipaling sambil menarik muncung.Nak merajuk lah tu.Euu gedik lah kau ni Idlan.Makin hari makin manja eh kau.

"Atotototoi nak merajuk lah pulak..Adoi"Aku menggaru kepala yang tak gatal.Seriusly aku tak ada idea macam mana nak pujuk orang sebab kalau orang merajuk aku selalu tinggalkan je.Malas nak layan.

Aish tapi kalau si Idlan ni dah merajuk kang susah aku nanti.

"Alololololoo..kuci2"dagu Idlan aku geletek.
"Apa kau ingat aku ni Mellow ke?"soal Idlan masih dengan muka masamnya tu.
Mellow tu kucing baru aku yang baru je aku pungut lepas balik dari sekolah.Bukan main mengamuk mama bila dia nampak aku gendong seekor kucing masuk dalam rumah.

Aku tersengih.
"Tak sama..tapi seiras"ujar aku.
"Isshhh kau ni suka tau sakitkan hati aku"marah Idlan yang sudah berdiri mahu tinggalkan aku di balkoni itu.

Aku memegang lenganya supaya dia tidak pergi tinggalkan aku sendiri.Macam cerita korea je.Heh

"Hah apa kau nak?"soalnya.
"Aloo meh lah teman aku duduk sini..tak syok lah kalau rajuk2 ni.Tak gentle lah kau ni lan."ujar aku sambil buat muka comel secomelnya.

Idlan mengecilkan anak mata.Ingat aku termakan ke dengan muka comel kau tu?

Idlan duduk kembali di sisi aku.
"Tadi masa dalam bilik persalinan kan..aku dapat bunga dari secrect admire aku weh!"cerita aku dengan teruja.

Idlan menoleh kearah aku dan tersenyum.Layankan jelah..

"Then aku bagi Natalein sebab aku rasa bunga tu bukan untuk aku or salah bagi kott"ujar aku lagi.

Idlan nampak terkejut.Lalu dia mengerlingkan matanya keatas dan mendengus.

"Kalau bagi bunga mesti bagi kad kan?"
"Haah ada,kad tu tulis Si Rapunzel telah bertemu cintanya,bila masa saya akan miliki cinta awak hah lebih kurang macam tu lah."

Idlan meraup rambutnya kebelakang.
"Lembabnya kau ni! dah sah2 bunga tu untuk kau!Siapa lagi yang mainkan watak Rapunzel kalau bukan kau.Hadoi"marah Idlan.

Aku memalingkan muka merenung anak mata Idlan sambil berkerut.
"Tak,yang sekarang ni kau marah aku kenapa?Kau ke yang bagi bunga tu?"soal aku.Haa hati aku tengah panas ni.

"Takdelah..cuba kau kaitkan macam apa yang kau cakap kat aku tempoh hari..orang dah penat2 belikan hadiah tapi end up orang yang dia bagi hadiah tu senang2 je bagi kat orang lain.Mestilah frust gilakan?Membazir je"terang Idlan.

Aku mengecilkan mata.
"Kau syok kat aku eh lan"ujar aku.

Idlan menggosok kasar rambutnya.Serabut lah!
"Haish susahlah nak cakap dengan kau ni"Lalu dia beredar meninggalkan aku disitu.

"Aku lagi tak paham dengan kau lah!"ujar aku pula.

"Ishh kalau untuk aku siapa pula yang bagi?Logik juga kalau untuk Natalein sebab dia kan ramai fans.Huh!malaslah nak fikir pasal ni.Aku meraup muka aku.

"Haylaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!"jerit mama dari bawah.

Gedebung!Bunyi sesuatu pecah.
Idlan yang baru sahaja masuk ke dalam bilik terus melangkah keluar dan memandang aku di balkoni.

Aku mengangkat bahu tanda aku sendiri pun tak tahu.

Lalu Idlan bergegas menuruni anak tangga dan aku ikut di belakangnya.

Sampai di anak tangga yang terakhir kami berhenti sambil melilau ke kiri dan kanan mencari punca tersebut.

Tiba2 datang Puan Mawar menyerang aku dari belakang.Lalu telinga aku di tarik olehnya dan membawa aku ke dapur.

"Ma..mama!sakitt!"ujar aku sambil mengikut arah gerakanya ke dapur.

Idlan yang begitu terkejut cuba menghalang mamanya daripada berbuat demikian.

Sampai di dapur Puan Mawar menunjukkan sesuatu kepada aku.

"Kau tengok apa kucing tak guna tu buat!"jeritnya sambil masih lagi memiat telinga aku.

Aku nampak Mellow sedang menguis2 lantai tanda sudah selamat membuang apa yang patut.

"Dia berak kat sini kau tahu tak?!aku dah cakap suruh buang tadi,kau tak dengar kan!sekarang kau tengok apa tak guna ni dah buat!Now clean it!!"tengking Puan Mawar.Telinga aku makin kuat di piatnya.

"Maaa..mama!lepaskan Ila!"
Idlan cuma untuk meleraikan tangan Puan Mawar daripada menyakitkan lagi telinga aku.

Tangan Puan Mawar berjaya dilepaskan daripada memiat telinga aku.

Aku mengusap telinga aku yang sudah bertukar menjadi merah.Adoii sakitnya!

"Bila aku balik,aku nak tengok tempat ni bersih! dan kucing tak guna tu!aku dah tak nak tengok lagi muka dia!"ujar Puan Mawar sambil menunjuk kearah muka Mellow yang comel tu.

"Kau faham ke tak?!"tengking Puan Mawar.
Aku tersentak lalu berulang kali aku mengangguk2 faham.

Kemudian Puan Mawar berdengus sambil berlalu pergi dari situ.

Idlan memeluk lengan aku dan menarik aku ke dalam pelukanya.Belakang aku diusap2.Muka aku masam mencuka.Kekadang nilah terapi yang dia selalu gunakan untuk menenangkan aku.Nyampah betul aku dengan adik aku ni.

"It's okay jom kita bersihkan tempat ni"ujar nya sambil melepaskan pelukan.
Aku mengangguk dengan muka yang masih masam.

Kemudian kami bersama2 bersihkan najis coklat yang telah dihadiahkan oleh Mellow buat kami semua.

Sebenarnya yang banyak membersihkan tu Idlan lah.Aku banyak tengok je dan layan perasaan lagi.

"So..Mellow ni macam mana?"soalnya.
Aku memandang Idlan.Muka monyok ditayangkan.Sedihh

"Terpaksa buang dia kat belakang!"ujar aku sedih.

Lalu Mellow di masukkan kedalam cage kucing dan di bawa oleh aku ke belakang rumah.
Sebenarnya belakang rumah tu yang dimaksudkan oleh aku ialah kawasan rumah setinggan yang memang banyak kucing kat situ dan aku pasti mesti Mellow akan berbahagia dekat situ.Lagi2 depan kawasan setinggan tu memang betul2 hadapan pantai.

Okay jarak perjalanan dengan berjalan kaki ke kawasan pantai tu just ambik masa dalam 10 minit macam tu lah.Aku tak bagi Idlan ikut sama sebabnya aku takut aku akan nangis nanti.Jarang okeh aku nangis!Tak macho lah gini.

Idlan berkeras jugak nak teman aku.Dia cakap takkan nak biarkan perempuan jalan sorang diri malam2 kan.Ofkos bahaya.Eh hello!takkan dia lupa yang aku ni strong woman!Kalau haritu yang sado2 aku boleh angkat takkan yang lain tak boleh!Ish.Oleh kerana kepala aku ni keras macam besi jadi dia pun akur dan cakap hati2.Tu jela yang dia mampu nak cakap.Kalah cakap lebih2 nanti takut kena hempuk dengan aku pulak.

Aku meletakkan cage di bawah pasir pantai.
Ombak menderu dengan kuat.
Kedengaran bunyi meaw dari Mellow minta dilepaskan.Ye sabo aku tahu kau nak sangat keluar tinggalkan aku kan!

Aku mencangkung melihat Mellow yang samar2 kerana dek kegelapan malam.

"Sedihnya rasa.!Mellow kau jelah first pet aku tahu!Selama ni aku tak pernah bela mana2 binatang selain kau.Walaupun baru beberapa jam kau jadi pet aku..tapi aku appreciate sangat."ujar aku perlahan sambil membuka pintu cage dan mengusap lembut kepala Mellow.Fuh ayat jiwang betul.

"Ekhemm!"kedengaran seseorang berdehem di belakang aku.Aku menutup pintu cage Mellow dan berpaling ke belakang sambil mendongak memandang insan tersebut potong mood aku je nak berjiwang2 ni.

"Apa kau buat kat sini?"soal Aku.
"Kekadang aku bosan memang selalu singgah sini"ujarnya.

"Sibok je!"ujar aku sambil mengelap air mata yang bertakung.Takut dia cam aku nangis.Tapi mungkin tak nampak kot sebab kat sini gelap sikit so susah nak cam.

Dia gelak.
"Sini best sebab buatkan aku tenang"ujarnya sambil mengambil tempat duduk di sebelah Cage Mellow.

"Meaww!Meaww!"laung Mellow dari dalam.
Aku berpaling kearah Mellow.Muka aku dikerutkan suruh dia diam.Tapi boleh pulak dia makin bising.

Firash tersengih.
"Kau nangis eh tadi"ujarnya.
"Suka hati kau je."dalih aku.
Woish tajam seh mata.Hilang macho aku.

"Ye..kau nangis!Nampak sayang betul eh kau kat kucing ni"ujar Firash lagi.
Aku diam malas nak layan tengah mood sedih ni.
"Kenapa nak buang?"soal nya
"Mama aku tak bagi bela.Lagipun ni binatang pertama aku..Jadi mestilah sedih"luah aku mengelap air mata.

"Nampak kasar tapi lembut"ujar Firash perlahan.
"Apa kau cakap?"soal aku kembali.Aku tak dapat tangkap sangat apa dia cakap.

"Tak..takde"ujar Firash.
Aku mengerlingkan mata keatas.

"Soo..memang sungguh ke nak lepaskan dia kat sini?"soalnya.Haish banyak tanya betul mamat ni.
"Dah tu kemana lagi?Mana nak cari malam2 gini jaga Mellow?"ujar aku.

"Owh nama dia Mellow.Comel"balasnya sambil membuka cage,mengambil dan mendukung Mellow.

"Meaw!"ujar Mellow nampak manja terhadap Firash.

"Dia macam suka kau je"ujar aku.Memerhatikan Mellow di pangkuan Firash.

Firash tersenyum sambil mengusap kepala Mellow.Dah macam layan baby je ni.Kucing yang berwarna putih gebu itu diusap lembut.

"Cantik jugak kucing ni..bulu pun boleh tahan panjang jugak.Mana dapat?"Soalnya seraya menoleh kearah aku yang ralat memerhatikan Mellow di pangkuanya.

"Aku jumpa kat longkang.Dia meaw kuat gila.Badan pun kotor semacam.Then aku bawak balik mandikan dia"ujar aku.

Firash mencium bulu Mellow.
"Hmm patutlah wangi dan lembut"ujarnya sambil tersenyum.
Aku tersengih.Kembang jap dapat pujian.

Suasana sepi seketika tatkala masing melayan perasaan sendiri.Aku masih sedih nak lepaskan Mellow manakala Firash tengah bahagia mengentel bulu Mellow yang panjang tu.

Angin meniup kuat.Menerbangkan rambut panjang aku.

Aku mendengus.Nilah yang susah kalau bela rambut panjang macam ni.
Lalu rambut yang panjang itu diikat menggunakan getah rambut yang sentiasa berada di pergelangan tangan aku ni.

Kemudian aku berpaling kearah Firash untuk cakap sesuatu.Bila paling kearahnya nampak macam dia terus menoleh kearah Mellow di pangkuanya .Hah! apa tengok2 ha!Ada hutang kah? Tapi perasaan aku je kut ni.Mana lah orang nak minat minah lasak macam aku ni.Jalan pun macam robot je.Keras semacam.Bila lawan pula kalah semua laki.Sampai orang tanya kau ni jantan ke tina?Hok aloh.

"Aku rasa kan..daripada kau lepaskan kat sini,baik kau bagi je kat aku"ujar Firash.
Aku terkejut.
"Hah?!bagi kat kau?"

"Haah..sebabnya aku tengok Mellow ni bukan kucing kampung.Jadi kalau dia tinggal kat sini mungkin bulu dia akan kotor dan banyak tercabut.Sian dia."pujuk Firash.

Aku terdiam kejap memikirkan hal bekenaan.Haahlah kesian jugak si Mellow ni nanti.

"Hmm okay lah gitu.Aku bagi kau jelah.Tapi make sure kau jaga dia betul2!Kalau tak..ni ha yang hinggap kat kau"penumbuk aku ditayangkan.

"Uish ganas betul hakak ni.Ye,aku akan jaga dia betul2 jangan risau lah"Ujar Firash nak yakinkan aku.

Aku mengecilkan anak mata.
"Hmm yelah..aku percaya."kemudian Firash menyerahkan Mellow kepada aku.Aku menyambutnya kemudian terus mengomol Mellow.

Ishh geram aku.
Mellow mengiau beberapa kali.Geli lah tu.
Kemudian aku mengusap kepala Mellow.

"Mellow jadi anak yang baik tau.Jangan nakal2.Jangan susahkan tuan baru.Jangan berak merata lagi.Ok?Kalau mummy tahu Mellow nakal,jaga Mellow nanti!"ujar aku lalu menciumnya.Lalu Mellow dimasukkan kedalam cage kucing yang senang dibawa itu.

"Kau ni buat Mellow macam baby je"Ujar Firash sambil ketawa.
"Hmp!His my baby okay!"ujar aku.
"Hmm yelah.So kiranya aku jaga anak kau lah ni.?"

"Obviously yes!"ujar aku yakin.
"Owh..so jom Mellow ikut Daddy balik rumah"ujar Firash sambil tersenyum.Dia berdiri berkira mahu pulang.Aku juga ikut berdiri sama.

"Ehh kau jangan ngada nak bahaskan diri kau daddy dengan anak aku eh"tegas aku.
"Ehh apa salahnya.His mine now."

"Ergh!What ever!"ujar aku mula menapak ke hadapan meninggalkan Firash yang sedang menjinjit cage Mellow di belakang.

"Oi tunggulah"laung Firash.
"Haish cepat betul minah ni"ujarnya cuba mengejar aku dari belakang dan berjalan beriringan dengan aku.

"So aku nak balik dah.Okay lah bye!Bye Mellow.Mummy loves you"ujar aku sambil membongkok melihat Mellow di dalam cage.

"Jom aku teman kau balik.Tak baik perempuan jalan sorang diri."ujarnya terus memegang erat lengan aku dan mula berjalan untuk menghantar aku.

"Eh tak payah!"Aku cuba untuk menarik balik lengan aku.Aish asal susah sangat ni?

Lengan aku cuba ditarik lagi.Oh my!Asal susah ni!
Aku merenung muka Firash yang selamba memandang kehadapan.

"Kalau kau fikir aku termasuk dalam lelaki lembik yang akan tewas dalam tangan kau,Nope!you're wrong"ujarnya sambil tersenyum menoleh kearah aku.

Muka masam mencuka aku tayangkan.
Aku cuba menarik lagi lengan aku.Gilalah,kuatnya tenaga dia.Tak pernah aku jumpa lelaki yang dapat kalahkan aku.

Aku mendengus kasar.Haish reda jelah.
Suasana sepi seketika.

"Seram lah kau ni,kanan kiri hutan kot dah tu nak jalan macam ni sorang2"ujarnya

"Kalau dah kuat dan boleh tewaskan mana2 lelaki,buat apa nak takut"ujar aku dengan nada bangga sikit.

Firash diam.
"Haish,jangan belagak sangat kak..nanti kalau termakan diri..parah jadinya"ujarnya.

Aku mengerlingkan mata keatas.
"Selama bertahun2 aku hidup ni..tak pernah ada mana2 lelaki dapat tewaskan aku kecuali.."
"Hamid"pintas Firash matanya masih memandang kehadapan.

"Yelah!tapi tu pun dia main kotor!Boleh pulak tendang kaki aku yang tengah sakit tu.Mana aci gituh"ujar aku pertahankan diri.

"Ha!tulah sebab aku cakap jangan bangga sangat nanti makan diri.Kau pun satu dah tahu kaki sakit nak jugak lawan.Pandai betul"ujarnya.

"Eh eh dia pulak nak mengajar kita"hati aku jadi panas.

Firash diam dan berhenti di sebuah rumah agam.
"Okay..dah sampai!"ujarnya sambil melepaskan lengan aku.

"Tak sakitkan lengan kau?Aku pegang tak kuat mana pun.Kalau lengan kau sakit.Tu bukan salah aku eh.. siapa suruh kau meroyan nak dilepaskan"ujarnya sambil berpaling mahu pulang ke rumahnya pula

Tipulah kau tak kuat mana.Aku tarik2 tak dapat lepas.

"Eh jap...macam mana kau tahu rumah aku?"soal aku sambil menoleh kebelakang.

Eh dah tak ada.Cepat betul menghilangnya.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience