BAB 8

Horror & Thriller Completed 1199

Kambalung menjerit kesakitan. Kulitnya hangus dibakar gelombang hitam. Tidak lama kemudian, jasad Antmolu bertukar menjadi debu-debu hitam yang berterbangan di tanah. Debu hitam itu berbau busuk sekali.

Ustaz Rizuan mula memasukkan debu-debu tersebut ke dalam suatu balang kecil yang dibalut dengan kain yang berwarna oren. Dia perlu menyimpan debu-debu tersebut ditempat yang selamat bagi memastikan Kambalung tidak lagi menggangu mereka.

Setelah selesai, Ustaz Rizuan kembali mendapatkan Cempaka dan Khalisa. Cempaka yang masih lagi terperanjat hanya mampu memandang Ustaz Rizuan.

“ Cempaka, kamu mesti tertanya-tanya kenapa Ustaz menghapuskan Kambalung bukan?” Ustaz Rizuan memulakan bicara.

Cempaka mengangguk laju. Walaupun dia tahu Kambalung bukan manusia seperti dia, namun selama ini Kambalung baik dengannya. Malah, Kambalung seringkali menemaninya. Mereka selalu sahaja bergurau senda.

“ Kambalung merupakan penunggu di sini. Lima tahun yang dahulu, dia juga pernah bersahabat dengan seorang pelajar di sini. Sama seperti kamu dan Kambalung. Namanya pelajar tersebut, Izara. Tapi, persahabatan mereka bertukar tragis apabila Izara mula mengabaikan Kambalung. Kambalung mula mengacau pelajar-pelajar di sini dan menyebabkan mereka menghidap penyakit misteri.”

“ Dimana Izara sekarang Ustaz?” tanya Cempaka.

“ Dia meninggal dunia setelah terkena sumpahan Kambalung ”

Cempaka mengucap panjang mendengar cerita Ustaz Rizuan. Patutlah dahulu Kambalung gemar memanggilnya dengan nama Izara. Rupanya ada cerita disebalik panggilan tersebut.

“ Tapi Ustaz. Kenapa sebelum ini kami tidak pernah tahu mengenai kewujudan Kambalung ?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience