BAB 5

Horror & Thriller Completed 1199

Tanpa dapat ditahan, dia terus mendapatkan Cempaka. Semua yang memandang terasa hairan. Begitu juga Cempaka.

“ Cempaka, kau ok? Bukan semalam, kau dah mati ke?” tebak Haslinda.

“ Eh.. Haslinda, apa yang kau repekkan ni? Patutnya aku yang tanya kau. Apsal kau tidur dekat tandas semalam?” tanya Cempaka tanpa menghiraukan persoalan Haslinda sebentar tadi.

Cikgu Amira mula mendekati Haslinda dan menerangkan perkara yang sebenar. Haslinda terdiam seribu bahasa mendengarnya.

Dibenaknya cuma satu, jika Cempaka tidak menemani semalam, jadi siapakah yang bersamanya pada malam itu? Haslinda benar-benar buntu. Masakan Cempaka mereka-reka cerita lagi?

Cikgu Amira yang melihat keadaan Haslinda yang tidak keruan berusaha mendapatkan penjelasan daripada Haslinda.

Tanpa berlengah lagi, Haslinda menceritakan apa yang telah terjadi. Masing-masing saling berpandangan setelah mendengar cerita Haslinda. Cikgu Amira melepaskan keluhan yang maha berat.

“ Kenapa Cikgu?” tanya Cempaka.

Cikgu Amira memandang ke arah tandas. Lama matanya tertancap di situ. Semua pelajar berasa amat hairan melihat tingkah Cikgu Amira. Namun, masing-masing tidak berani untuk menegur.

“ Dia sedang beri amaran kepada kita. Jangan persendakan dia.” ujar Cikgu Amira lambat-lambat. Semua yang mendengar menggigil ketakutan. Haslinda apatah lagi. Cempaka meneguk liur penuh kesat. Adakah ini berlaku kerana dia?

Cempaka mula menapak meninggalkan Haslinda dan lain-lain. Fikirannya mula berkecamuk. Apakah dia sudah melakukan sesuatu yang telah membuatkan “ Antamulo” marah? D

ia sudah tidak senang duduk. Dia perlu berdepan dengan “Kambalung ” sebelum apa yang telah berlaku kepada temannya Haslinda, terjadi pula kepada temannya yang lain. Cempaka cepat-cepat berlalu menuju ke tempat “ Kambalung ”. Sesampainya di sepohon pokok yang rendang, Cempaka mula memanggil “ Kambalung ”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience