BAB 2

Horror & Thriller Completed 1199

Haslinda menolak perlahan-lahan pintu yang tidak berkunci demi mengelakkan kawan-kawannya terjaga. Langkah diatur perlahan-lahan mendekati katil Suzana.

Sekujur tubuh Suzana kelihatan begitu enak dibuai mimpi. Haslinda menjadi serba salah untuk mengejutkan Suzana ataupun tidak.

“ Tak tidur lagi Haslinda ?” tegur satu suara.

Haslinda tersentak. Dia benar-benar takut. Namun, dia cuba memberanikan dirinya untuk melihat empunya suara tersebut.

Haslinda menarik nafas penuh kelegaan apabila terpandangkan wajah Cempaka, teman sekelasnya.

“ Kau ni kenapa Haslinda ? Muka pucat semacam je. Tak sihat ke?” tanya Cempaka.

“ Bukan aku tak sihat. Kau tu yang buat aku takut. Tiba-tiba tegur orang malam-malam ni. Dah la duduk dalam gelap.” Balas Haslinda yang masih lagi terkejut.

Cempaka tersenyum nakal. Tiba-tiba dia terasa mahu mengusik temannya itu.

“ Aku takutlah Haslinda. Sebab tu aku duduk je dalam gelap macam ni. Kau tahu? Tadikan, aku dengar ada bunyi aneh dekat bilik bacaan. Suara dia tu seram gila.”

“ Dahlah Cempaka. Jangan nak mengarut. Tak payah nak jual cerita Hantu Mak Cik Limah kau tu dekat sini plak. Sajalah tu nak takutkan aku. Bukannya aku tak tahu dengan perangai kau yang satu tu.” tempelak Haslinda laju.

Cempaka yang mendengar tersengih bak kerang busuk. Alah! Tak menjadilah plak rancangannya malam ni.

Biasanya, dia berjaya menakutkan semua orang dengan cerita-cerita rekaannya itu. Namun, nampaknya Haslinda langsung tidak takut dengan cerita rekaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience